01 August 2010

Shahrizat sokong hukuman mati Karpal

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyambut baik cadangan Karpal Singh agar perogol kanak-kanak dikenakan hukuman mati, tetapi Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berpendapat hukuman berat seperti itu belum tentu boleh menghalang kesalahan sedemikian.

Shahizat, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang menyambut baik cadangan Karpal itu bagaimanapun berkata, soal hukuman bukan jalan penyelesaian kepada jenayah terbabit yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

“Ini masalah yang sangat serius. Kita tidak harus hanya melihat hukuman maksimum dikenakan, tapi hal-hal penting adalah langkah-langkah pencegahan untuk mengatasi jenayah itu daripada berulang.
 
Semalam, Karpal, Pengerusi DAP kebangsaan meminta kerajaan meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan agar perogol kanak-kanak boleh dikenakan hukuman mati.

Mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan, hukuman bagi kesalahan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah ialah penjara tidak melebihi 30 tahun dan sebatan.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini