16 August 2010

Timb. Menteri BN pembekal pelacur kelas atasan

KUALA LUMPUR: LAPORAN Harian Metro hari ini menyebut, seorang Timbalan Menteri bakal disiasat polis kerana terbabit dalam kes salah laku seksual dan kegiatan membekalkan pelacur kelas atasan dari kalangan pelajar kolej kepada pelanggan kenamaan. Ini memang menggemparkan betul. Betul-betul menggemparkan!

Disebutkan juga, bahawa Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisiner Khairi Ahrasa mengesahkan menerima laporan mengenai dakwaan itu, cuma enggan mengulas lanjut mengenainya.

Laporan polis mengenai tingkah laku Timbalan Menteri @ Bapa Ayam itu dibuat seorang ahli politik dari Ipoh, di Ibu Pejabat daerah Bricksfield jam 11.08 malam tadi, selepas pengadu menerima maklumat dan bukti mengenai kes salah laku seksual dan pembabitan saspek dalam pelacuran gadis bawah umur. Seterusnya baca disini

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini