11 August 2010

Ezam Penipu No Wahid di Malaysia

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan tegas menafikan tohmahan jahat Ezam Mohd Nor.

"Pada pagi 10 Ogos 2010, di perkarangan mahkamah, pemberita Berita Harian menyatakan beliau diarahkan menanyakan soalan mengenai tuduhan Ezam Mohd Nor mendakwa kononnya saya telah menelefon beliau mengarahkan supaya menghalang lelaki mendekati Saudara Anwar," kata Wan Azizah.

Sehubungan itu, beliau dengan tegas menafikan tohmahan jahat Ezam yang sengaja mereka cerita setelah bersama Umno dan tidak sebelumnya.

“Saya tidak pernah menelefon beliau mengaitkan Saudara Anwar seperti tohmahan tersebut. Saya kesal kerana nafsu politik beliau tidak ada batas; sehingga sanggup memfitnah saya selaku isteri dan ibu. Ternyata untuk kekal relevan sebagai alat pimpinan Umno, kerja beliau hanya mencerca kami,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, beliau telah enggan melayan sebarang kenyataan Ezam yang dibuat hasil menerima upah pimpinan Umno.

Walaubagaimanapun kerana tuduhan tersebut berulang dan mengaitkan nama beliau secara peribadi, beliau mengingatkan Ezam supaya menghentikan kerja fitnah yang jelas fasiq.

“Sekira beliau mengulangi fitnah tersebut, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan merujuk beliau ke mahkamah dan Mahkamah Syariah,” ujarnya.

2 comments:

  1. ezam matnor memang anjing umno, jangan tak tau ye

    ReplyDelete
  2. bukan anjing saja malah bewak lidah bercabang,perangai cukup huduh sanggup telan ludah sendiri muka kulit babi.

    ReplyDelete

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini