07 August 2010

Misi bantuan kemanusia Munirah Care

Johan Setia, Parlimen Kota Raja - Misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin membuka mata masyarakat dunia tentang keperitan hidup penduduk di sana akibat kezaliman Israel sejak berpuluh tahun.

Pengerusi Munirah Care yang terletak dii Kampung Johan Setia, Tn Tarmizi Ismail merangkap NYD PAS Kawasan Kota Raja (gambar) berkata, prihatin dengan nasib yang menimpa rakyat Palestin, pihaknya mengambil inisiatif menghantar wakil untuk memberikan bantuan kemanusiaan ke sana.

Menurutnya, bantuan yang diberikan adalah hasil sumbangan yang dikumpulkan daripada orang perseorangan, pertubuhan kebajikan dan pihak yang prihatin dengan penderitaan warga Palestin yang saban hari ditindas rejim Zionis.

“Misi ini adalah program kebajikan pertama Munirah Care dan kita akan mempelbagaikan program terutama menjelang Ramadan kelak.

“Malah kita bercadang untuk meneruskan misi terutama dalam aspek pendidikan dengan menaja 145 pelajar di Bangladesh nanti,” katanya.

Sementara itu, wakil Munirah Care, Nor Azli Musa berkata, dia terharu dengan pemilihannya sebagai wakil Munirah Care dan berjanji akan menjalankan amanah sebaik mungkin untuk membantu rakyat Palestin nanti.
Menurutnya, pemergiannya bersama 45 sukarelawan membawa misi yang begitu besar dan di sana sukarelawan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tugasan masing-masing.

“Saya berperanan untuk membuat kajian masjid sekitar Gaza untuk diusahakan bantuan pada masa akan datang dan berharap ia berjaya terutama menjelang Ramadan ini.
“Malah kita juga akan sedaya upaya untuk memasuki kawasan itu melalui apa jua cara bagi memastikan bantuan ini dapat disampaikan terus kepada rakyat Palestin nanti,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini