13 August 2010

Drama "Sesumpah" kembali lagi ...

Sehari selepas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengeluarkan kenyataan akan menyaman Senator Mohamad Ezam Mohd Nor, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu pula mencabarnya bersumpah.

"Saya cabar Azizah bersumpah di depan ulama di tempat yang dipilih sendiri olehnya. Saya tidak takut atau gentar kerana Mahkamah Allah sentiasa menyebelahi orang yang benar. Tidak perlu menunggu mahkamah awam yang tidak tentu bila kesudahannya.

"Saya bersedia bersumpah mengatakan saya bercakap benar, bukan menyebarkan fitnah. Apa yang saya katakan adalah benar berlaku.


"Jika Azizah hendak juga membawa perkara ini ke mahkamah, silakan, saya bersedia menghadapinya dan akan mendedahkan perkara ini di mahkamah," katanya.

Kelmarin, Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan berkata, dia tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap Ezam.

Beliau mendakwa Ezam menuduhnya pernah menghubungi beliau dan memberi arahan supaya orang ramai tidak mendekati Anwar.

1 comment:

  1. Ezam ni buat malu bangsa melayu ajelah. Mohon pihak pemuda PKR himpunkan ramai-ramai ahli dan solat hajat untuk melaknatkan binatang seekor ni. Solat itu amat sesuai diimamkan oleh Ust Badrul Amin. Jangan banyak fikir... kita akan tengok kesannya secepat mungkin, kerana orang-orang munafik seperti Ezam ni perlu dihukum oleh penciptanya sendiri. Nah, apa lagi?

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini