31 March 2011

Semakin ramai yg memilih PAS


Kelibat Cico Uji Rashid kelihatan bersama dengan Sdr Bob Lokman dan Ustaz Zulkifli Ahmad selepas kuliah mahgrib yang dijalankan di Masjid Al Azim, Pandan semalam (30 Mac 2011)...

Pemuda PAS Wangsa Maju

30 March 2011

Video yang memperkukuh imej DSAI

Pendedahan rakaman video seks awal minggu lalu boleh memperkukuh imej Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau dapat meyakinkan rakyat bahawa beliau bukan lelaki dalam rakaman itu, demikian menurut Wall Street Journal  hari ini.
Akhbar yang mempunyai edaran di seluruh dunia menulis, jika Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berjaya dalam usahanya menafikan pembabitan beliau, ia akan memperkukuh kepercayaan bahawa bekas timbalan perdana menteri itu adalah mangsa komplot politik dan akan mendatangkan kesan buruk ke atas Umno, yang dilihat ramai sebagai pihak di sebalik pendedahannya.
“Jika Encik Anwar boleh meyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau bukan lelaki dalam rakaman itu, serangan terbaru ini hanya akan menjadikannya lebih kuat, ia akan memperkukuhkan kepercayaan di dalam dan luar negara bahawa beliau adalah mangsa pendakwaan bermotifkan politik,” kata akhbar itu.
“Ia akan membawa berita buruk bagi Umno, yang telah pun mengatakan rakaman video itu tidak kaitan dengan mereka,” tulis akhbar itu dalam ruangan pendapatnya, siaran hari ini.
Ia menulis bahawa Barisan Nasional (BN) diterajui Umno kini terdedah kepada tanggapan tidak memihak mereka meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada dalam “kapal selesa” sejak menerajui kepimpinan pada April 2009.
Jumaat lalu, Najib yang Presiden Umno berkata, partinya tidak terlibat dalam skandal pendedahan rakaman video seks oleh tiga “Datuk T”, yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.
“Soalnya sama ada rakaman itu benar atau tidak, sebab kalau benar maknanya ada satu perbuatan mungkar yang berlaku. Itu perkara utama yang perlu ditentukan,” kata Perdana Menteri selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.
“... sebab ada pihak condong untuk bangkitkan soal konspirasi dan sebagainya jadi ini mengalih dari soal pokok sama ada berlaku atau tidak perbuatan yang mungkar itu dan dirakamkan atau tidak,” tambahnya.
Anwar yang membuat laporan polis Selasa lalu mendakwa wujud pembabitan Najib dan juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang juga Naib Presiden Umno, dalam isu ini.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mahu Najib dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memikul tanggungjawab dalam hal ini ekoran pengakuan “Datuk T’ bahawa mereka yang mendedahkan rakaman video seks ini.
Najib berkata apa yang penting adalah untuk menyiasat kesahihan dan ketulenan video itu kerana parti berpegang kepada prinsip kebenaran sama ada perbuatan itu benar-benar berlaku dan dirakamkan.
Rabu lalu,  bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan seorang ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah memberi keterangan
mengenai video itu di Ibu pejabat Polis Bukit Aman serta menyerahkan rakaman video itu serta seutas jam tangan Omega kepada pihak polis.
Abdul Rahim merupakan bekas ketua Pemuda Umno pusat dan Pengerusi Risda.
Akhbar Wall Street Journal menambah, waktu rakaman video seks ini didedahkan juga signifikan dari segi politik memandangkan pilihan raya umum tergempar dijangkakan lewat tahun ini.
Pilihan raya negeri Sarawak yang pembangkang meletakkan sasaran untuk merekodkan prestasi lebih baik kali ini akan berlangsung 16 April.
Anwar kini berhadapan dengan kes liwat kedua dan nasibnya dijangka diketahui bulan depan selepas pendakwa telah menutup kes mereka baru-baru ini.

Ikon Baru PAS

Semua di Jemput Hadir dan Tolong Sebarkan
Baca : Cikgu Mala sebagai aura baru PAS
  •  

26 March 2011

Najib Bengang

He he nak tergelak pun ada, nak marah pun ada bila Najib kata Umno tidak terlibat dalam Video Seks melibatkan DSAI.

Ialah ramai juga yang akan setuju dengan Najib ni sebab yang buat kerja tu tak de seorang pun yang nama mereka atau bin mereka 'Umno' ..... jadi Umno tak terlibatlah.

Najib wajar keluarkan kenyataan ini seawal mungkin kerana skrip dan video yang dihasilnya oleh pengarah filem porno ini memang menyedihkan hatinya kerana dalam keadaan zaman yang serba maju, alih-alih kita dihidangkan dengan filem porno tahun enam puluhan 'macam filem P. Ramlee', kata seorang Dato Seri yang saya tonton dalam youtube diharakahdaily semalam.

Apa yang rakan-rakannya dalam dalam team 'Mr T' laku kan kononnya untuk membantu Najib menang besar dalam PRU akan datang hancur berkecai.

"Mereka bukan membantu tapi menghancurkan rancangan kita" rungut Rosmah kepada suaminya.

"Baik kita tak mengaku sahaja bahawa kita dan umno bersekongkol dalam kerja ni dan nyah kan saja mereka supaya kita tidak mendapat malu besar berdasarkan rancangan mereka yang 'bodoh' dan mudah dihidu pihak lawan menyebabkan kita kantoi" bebel Rosmah lagi.

Untuk menghentikan tangisan Rosmah yang betul-betul marah dan bengang serta menghentak-hentak kaki ni akhirnya pada malam semalam Najib mengeluarkan kenyataan berikut :- 

KUALA LUMPUR, 26 Mac — Umno tidak terlibat dalam skandal pendedahan rakaman video seks oleh tiga “Datuk T”, yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, kata Presidennya Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi.

Tahniah kepada mengeluar Video box office minggu ini (ratusan ribu telah menontonnya hingga kini), "Dato Seri" bukan DSAI benar-benar tertekan tertekan kerananya.

Roadshow "DNA" : DSAI tidak dibenarkan "Jawab Fitnah"


Lebih 5,000 rakyat pelbagai lapisan kaum hadir program pelancaran Kempen Tolak kes Fitnah II anjuran KEADILAN di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati di sini, malam ini
.
Seperti kelaziman, program anjuran KEADILAN itu dihalang polis hingga menyebabkan majlis yang dijadual bermula jam 9 malam ditangguh kira-kira sejam.

Polis dikatakan hanya membenarkan sesi ucapan selama 30 minit sahaja, menyebabkan pegawai kepada Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali terpaksa berunding dengan polis Ampang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang turut muncul hingga menggamatkan hadirin.

Bagaimanapun, polis hanya membenarkan Anwar memberi ucapan selama 15 minit sahaja, malah mematikan pembesar suara dan mengheret Ketua Umum KEADILAN itu turun dari pentas, hingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Kehadiran polis, FRU hanya menyebabkan kekecohan berlaku

Pada jam 11.30 malam, polis menyerbu ke arah orang ramai hingga menimbulkan kekecohan sedangkan program itu, asalnya berlangsung aman.

Suasana terus kecoh dan tiga orang dipercayai ditahan polis.

Dalam pada itu, seorang wartawan Free Malaysia Today, Fazy Sahir cedera terkena lontaran kerusi dalam suasana kecoh itu.

Kempen itu dinamakan sebagai ‘DNA’ atau ‘Datuk Najib-Altantuya’ bertujuan mengupas perkembangan terkini kes yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan fitnah terbaru mengenai rakaman video seks yang didalangi Umno melalui ‘Datuk T’.

Turut hadir dalam ceramah ialah Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib.

25 March 2011

Tan Sri Khalid Ibrahim

Jumaat tadi Tan Sri Khalis Ibrahim Menteri Besar Selangor menunaikan solat jumaat di Masjid Ar Rahimiah, Lipat Kajang Klang. Ketibaan beliau disambut oleh Nazir Masjid Ustaz Nasaruddin dan Timbalan Nazir En Jaafar Samsudin merangkap YDP PAS Kawasan Kota Raja.

Kita terlalu banyak 'bertahan'

Kini sudah tiba masanya stretegi peperangan terhadap UBN di ubah dari 'bertahan' kepada 'menyerang'.

Dalam permainan yang panjang jika sesuatu pasukan itu hendak menang mereka perlu mengubah strategi supaya pada saat ini sudah cukup untuk kita bertahan dan memulakan serangan pula, terlalu lama bertahan sudah pasti sedikit kelemahan akan menyebabkan kita tewas.

Jika diandaikan ini perlawanan bolasepak, pasukan kita selalu dianggap malang kerana diadili oleh pengadil yang 'senget sebelah' dan dengan mudah mendapat 'kad merah' menyebabkan kita kekurangan jentera untuk menyerang kerana ingin bertahan.

Jurulatih yang baik kena mengubah starategi pasukannya supaya boleh menang dalam keadaan apa sekali pun dengan 'menyerang balas kekubu lawan' dengan pantas dan cekap supaya gol dapat dihasilkan.

Pihak lawan bukannya menggunakan idea yang bernas bagi menyerang DSAI, PKR, PAS dan DAP. Idea mereka sungguh tidak baik, profesional, lucah, jijik dan kotor, menunjukkan dalam keadaan 'jurulatih pasukan' yang 'tidak cerdik' pun mereka masih mampu menyerang sekadar untuk mengacah kita dan menipu penonton yang alpha.

Kita ramai bijak pandai disekeliling kita bagi merencanakan 'serangan' supaya kita boleh menang. Gunakanlah dan sia-sia kan mereka.

22 March 2011

Video : Respon En Khir

Bekas menteri besar Selangor En Mohamad Khir Toyo menggesa BN supaya tidak menggunakan "isu-isu dalam kelambu" Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi melemahkan Pakatan Rakyat, terutamanya menjelang pilihan raya negeri Sarawak.

Ini kerana, kata En Khir, rakyat tidak mengukur keburukan pemimpin politik tetapi menilai kejayaan pemerintahan dalam bidang ekonomi, keselamatan dan pendidikan yang sedang dilaksanakan.

"Justeru saya khuatir ialah kemungkinan video sebegini dicipta oleh mereka yang mahu memerangkap BN.

"Jika BN terlalu ghairah memainkan isu ini dan akhirnya terbukti lelaki tersebut bukan Anwar, maka Anwar akan mendapat kemenangan besar dari segi populariti politiknya," tulis En Khirdalam blognya yang bertajuk Permainan Politik Siapa?

21 March 2011

Lucah, Kotor & Politik tidak bertamadun

Ralat

Maaf, entah dimana silapnya, dalam keadaan kelam kabut & terpaksa keluar kerana ada call mustahak, saya terposting artikal berkenaan apa yg berlaku di Carcosa Sri Negara dalam keadaan tidak sempurna, saya tarik balik buat sementara waktu, harap maaf.

20 March 2011

Polis UK pakai Proton, apa hal pulak PDRM pakai Mitsubishi

Tahniah kepada Proton Holding.

Pada tahap ini kita patut berbangga kerana kereta Proton digunakan oleh Polis UK. 

Tapi kenapa pulak Polis Malaysia pakai kereta Mitsubishi?

t




Korban kematian rakyat akibat keangkuhan seorang manusia

"Kini gudang senjata telah dibuka dan semua rakyat Libya telah dipersenjatai untuk menentang kuasa barat," kata Presiden Libya Muaamar Ghadafi dengan angkuhnya dengan mengeluarkan kenyataan bila tentera bersekutu membedil 112 peluru berpandu kenegaranya bagi melumpuhkan kekuatan tentera udaranya.

Kini keangkuhan seorang manusia akan mengakibatkan kematian manusia yang tidak berdosa dan tidak tahu berapakah bilangan mereka dan kerosakan yang maha dahsyat. Jika kedua-dua belah pihak tidak mahu mengaku kalah sudah pasti negara Libya akan menjadi Iraq kedua kerana geografinya tidak jauh beza dimana ia juga merupakan pengeluar minyak utama dunia.

Mari sama-sama kita doakan agar peperangan ini dapat ditamatkan dalam kadar yang segera, semoga Allah melindungi manusia yang tidak berdosa menjadi Korban kepada keangkuhan Ghadafi ini.

19 March 2011

DUN Serawak di bubar dalam keadaan serba tak kena.

Dalam keadaan ketakutan yang amat sangat akhirnya DUN Serawak akan dibubar Isnin ni. Tak tahu lah mengapa? Takut sangat nampaknya mereka kali ini. Macam serba tak kena aje.

Apakah mereka termimpi-mimpi dan  terbayang-bayang bahawa mereka akan kalah teruk kali ini dengan beberapa lagi kerusi akan jatuh melayang ketangan Pakatan Rakyat?

Saya tak tahu, anda juga tak kan tahu, yang tahu mungkin Najib & Taib : baca lagi disini

18 March 2011

Pembunuh No 1

Cardiovascular diseases (CVDs)


KEY FACTS

  • CVDs are the number one cause of death globally: more people die annually from CVDs than from any other cause.
  • An estimated 17.1 million people died from CVDs in 2004, representing 29%of all global deaths. Of these deaths, an estimated 7.2 million were due to coronary heart disease and 5.7 million were due to stroke.
  • Low- and middle-income countries are disproportionally affected: 82% of CVD deaths take place in low- and middle-income countries and occur almost equally in men and women.
  • By 2030, almost 23.6 million people will die from CVDs, mainly from heart disease and stroke. These are projected to remain the single leading causes of death. The largest percentage increase will occur in the Eastern Mediterranean Region. The largest increase in number of deaths will occur in the South-East Asia Region.

What are cardiovascular diseases?

Cardiovascular diseases (CVDs) are a group of disorders of the heart and blood vessels and include:
  • coronary heart disease – disease of the blood vessels supplying the heart muscle
  • cerebrovascular disease - disease of the blood vessels supplying the brain
  • peripheral arterial disease – disease of blood vessels supplying the arms and legs
  • rheumatic heart disease – damage to the heart muscle and heart valves from rheumatic fever, caused by streptococcal bacteria
  • congenital heart disease - malformations of heart structure existing at birth
  • deep vein thrombosis and pulmonary embolism – blood clots in the leg veins, which can dislodge and move to the heart and lungs.
Heart attacks and strokes are usually acute events and are mainly caused by a blockage that prevents blood from flowing to the heart or brain. The most common reason for this is a build-up of fatty deposits on the inner walls of the blood vessels that supply the heart or brain. Strokes can also be caused by bleeding from a blood vessel in the brain or from blood clots.

What are the risk factors for cardiovascular disease?

The most important behavioural risk factors of heart disease and stroke are unhealthy diet, physical inactivity and tobacco use. Behavioural risk factors are responsible for about 80% of coronary heart disease and cerebrovascular disease.
The effects of unhealthy diet and physical inactivity may show up in individuals as raised blood pressure, raised blood glucose, raised blood lipids, and overweight and obesity; these are called 'intermediate risk factors'.
There are also a number of underlying determinants of CVDs, or, if you like, "the causes of the causes". These are a reflection of the major forces driving social, economic and cultural change – globalization, urbanization, and population ageing. Other determinants of CVDs are poverty and stress.

What are common symptoms of cardiovascular diseases?

Symptoms of heart attacks and strokes
Often, there are no symptoms of the underlying disease of the blood vessels. A heart attack or stroke may be the first warning of underlying disease. Symptoms of a heart attack include:
  • pain or discomfort in the centre of the chest;
  • pain or discomfort in the arms, the left shoulder, elbows, jaw, or back.
In addition the person may experience difficulty in breathing or shortness of breath; feeling sick or vomiting; feeling light-headed or faint; breaking into a cold sweat; and becoming pale. Women are more likely to have shortness of breath, nausea, vomiting, and back or jaw pain.
The most common symptom of a stroke is sudden weakness of the face, arm, or leg, most often on one side of the body. Other symptoms include sudden onset of: numbness of the face, arm, or leg, especially on one side of the body; confusion, difficulty speaking or understanding speech; difficulty seeing with one or both eyes; difficulty walking, dizziness, loss of balance or coordination; severe headache with no known cause; and fainting or unconsciousness.
People experiencing these symptoms should seek medical care immediately.
What is rheumatic heart disease?
Rheumatic heart disease is caused by damage to the heart valves and heart muscle from the inflammation and scarring caused by rheumatic fever. Rheumatic fever is caused by streptococcal bacteria, which usually begins as a sore throat or tonsillitis in children.
Rheumatic fever mostly affects children in developing countries, especially where poverty is widespread. Globally, almost 2% of deaths from cardiovascular diseases is related to rheumatic heart disease, while 42% of deaths from cardiovascular diseases is related to ischaemic heart disease, and 34% to cerebrovascular disease.
Symptoms of rheumatic heart disease
  • Symptoms of rheumatic heart disease include: shortness of breath, fatigue, irregular heart beats, chest pain and fainting.
  • Symptoms of rheumatic fever include: fever, pain and swelling of the joints, nausea, stomach cramps and vomiting.
Treatment
  • Early treatment of streptococcal sore throat can stop the development of rheumatic fever. Regular long-term penicillin treatment can prevent repeat attacks of rheumatic fever which give rise to rheumatic heart disease and can stop disease progression in people whose heart valves are already damaged by the disease.

Why are cardiovascular diseases a development issue in low- and middle-income countries?

  • Over 80% of the world's deaths from CVDs occur in low- and middle-income countries.
  • People in low- and middle-income countries are more exposed to risk factors leading to CVDs and other noncommunicable diseases and are less exposed to prevention efforts than people in high-income countries.
  • People in low- and middle-income countries who suffer from CVDs and other noncommunicable diseases have less access to effective and equitable health care services which respond to their needs (including early detection services).
  • As a result, many people in low- and middle-income countries die younger from CVDs and other noncommunicable diseases, often in their most productive years.
  • The poorest people in low- and middle-income countries are affected most. At household level, sufficient evidence is emerging to prove that CVDs and other noncommunicable diseases contribute to poverty. For example, catastrophic health care expenditures for households with a family member with CVD can be 30 per cent or more of annual household spending.
  • At macro-economic level, CVDs place a heavy burden on the economies of low- and middle-income countries. Heart disease, stroke and diabetes are estimated to reduce GDP between 1 and 5% in low- and middle-income countries experiencing rapid economic growth, as many people die prematurely. For example, it is estimated that over the next 10 years (2006-2015), China will lose $558 billion in foregone national income due to the combination of heart disease, stroke and diabetes.

How can the burden of cardiovascular diseases be reduced?

Heart disease and stroke can be prevented through healthy diet, regular physical activity and avoiding tobacco smoke. Individuals can reduce their risk of CVDs by engaging in regular physical activity, avoiding tobacco use and second-hand tobacco smoke, choosing a diet rich in fruit and vegetables and avoiding foods that are high in fat, sugar and salt, and maintaining a healthy body weight.
Comprehensive and integrated action is the means to prevent and control CVDs.
  • Comprehensive action requires combining approaches that seek to reduce the risks throughout the entire population with strategies that target individuals at high risk or with established disease.
  • Examples of population-wide interventions that can be implemented to reduce CVDs include: comprehensive tobacco control policies, taxation to reduce the intake of foods that are high in fat, sugar and salt, building walking and cycle ways to increase physical activity, providing healthy school meals to children.
  • Integrated approaches focus on the main common risk factors for a range of chronic diseases such as CVD, diabetes and cancer: unhealthy diet, physically inactivity and tobacco use.
There are several treatment options available.
  • Effective and inexpensive medication is available to treat nearly all CVDs.
  • Survivors of a heart attack or stroke are at high risk of recurrences and at high risk of dying from them. The risk of a recurrence or death can be substantially lowered with a combination of drugs – statins to lower cholesterol, drugs to lower blood pressure, and aspirin.
  • Operations used to treat CVDs include coronary artery bypass, balloon angioplasty (where a small balloon-like device is threaded through an artery to open the blockage), valve repair and replacement, heart transplantation, and artificial heart operations.
  • Medical devices are required to treat some CVDs. Such devices include pacemakers, prosthetic valves, and patches for closing holes in the heart.
There is a need for increased government investment through national programmes aimed at prevention and control of CVDs and other noncommunicable diseases.

16 March 2011

Ada berani ka?

Kami di Sekretariat Parlimen Kota Raja membuka ruang bicara maya bersama semua peringkat ahli dan penyokong PAS berkenaan keputusan terkini Liga PRK "M" yang kini berkedudukan 8 sama.

Umum sudah banyak memperkatakannya termasuk pandangan pimpinan Barisan Nasional, Pakatan Rakyat, Ahli Akedamik, Bloggers, rakyat jelata dikedai kopi.

Cuma kami ingin kongsikan pandangan En Ir. EH Onn dari Bukit Rimau, Kota Kemuning yang juga merupakan AJK DHPP Kota Raja Yang sangat aktif dalam kerja-kerja parti.

Kami siarkan tanpa edite tulisan beliau yang diemailkan kepada kami.

The objective of politics is to seize power.  That power must be sustained by the rakyat who support the people in power who implement policies that will benefit the rakyat using, among other means, the natural resources of that country.

It is serious business, and those immersed in political struggle must remain focused and committed.  Strong character and personal qualities must be possessed by those who lead.

Then there must be strategy and tactics, thought out and planned, and an organisation built up to implement the plans.

At this point of our nation’s history, the greatest enemy to progress is UMNO/BN.  To fight them, political leadership demands that unity be forged among the rakyat to fight the common enemy.  Our country is unique because of the diversity of races and religions.  We must bring down walls erected by UMNO in the last 50 years to keep us divided.

We must fight with issues which can unite us, not play up issues which can cause confusion among the rakyat of various races and religions.

The path to victory is not strewn with roses.  There will be setbacks, but we should learn from our mistakes and rise again to fight.

Even if we do not see victory in our lifetime, we leave this world with our contribution.  We would have nurtured the soil of our motherland with our toil, and watered it with our sweat.

14 March 2011

PKR akan bertindakbalas

Setelah agak lama berdiam diri, akhirnya PKR akan menghidupkan semula Altantuya Shaaribuu.

PKR akan menggerakkan jenteranya di seluruh negara dengan membangkitkan semula isu kontroversi sekitar kematian model Mongolia Altantuya Shaariibuu yang didakwa sesetengah pihak melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Program itu dirancang sebagai tindak balas kepada demonstrasi bersama - antaranya melibatkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) - bagi mendesak Anwar menyerahkan sampel DNA kepada pihak pendakwaan di mahkamah.
pkr congress pc 271110 saifuddin nasutionIa akan digelar DNA sebagai singkatan untuk "Datuk Najib Altantuya", kata setiausaha agungnya Saifuddin Nasution dalam sidang media selepas mesyuarat majlis tertinggi Pakatan Rakyat di parlimen.

Saifuddin (kiri) yang juga anggota parlimen Machang berkata program itu melibatkan ceramah dan pengedaran risalah.

Ditanya tentang bantahan kumpulan NGO di ibu pejabat PKR semalam, Anwar mengaitkannya dengan usaha Umno untuk menanganinya.

Menurut ketua pembangkang itu, beliau tidak takut menyerahkan sampel DNA, tetapi memandang berat kaedah yang digunakan oleh pendakwaan dan siasatan pihak polis.

Secara sinis, beliau berkata dimaklumkan oleh "Tuan Judi" bahawa sampel itu disimpan dalam kabinet, bukan peti ais.

Justeru, beliau meminta ditunjukkan pakar manakah yang akan menerima keputusan sebegitu.... M.K.

Faekah mahu Umno Selangor di siasat

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat Umno Selangor dan Yayasan Kelana Ehsan (YKE) yang menyumbang lebih setengah juta dalam misi menghantar pelajar Malaysia kembali ke Mesir.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berkata, tindakan itu sangat menghairankan kerana Umno Bahagian Shah Alam masih mempunyai hutang tertunggak melebihi RM236,000 dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sejak lebih setahun lalu.

"Jika Umno Selangor berkobar-kobar membelanjakan lebih setengah juta untuk sumbangan itu, mengapa tidak pula bersungguh-sungguh untuk melunaskan hutang dengan MBSA.

"Kerajaan Selangor akan meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menyenaraikan semua hutang UMNO kepada PBT dan melakukan tuntutan dalam tempoh dua minggu," katanya.

Beliau mengulas tindakan kedua-duanya yang didakwa menyumbang wang tunai RM500 kepada pelajar yang dihantar kembali ke Mesir oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu menghantar 1,200 pelajar dari negeri ini termasuk membelanjakan lebih RM2 juta untuk membiayai kos menghantar pulang mereka menggunakan pesawat yang ditempah khas.

Ujarnya lagi, kes ini juga turut menuntut tindakan SPRM untuk menunjukkan amalan telus dan kebertanggungjawaban mereka agar tidak lagi dilihat 'double standard'.

Apatah lagi katanya, SPRM begitu bersemangat menyiasat laporan Umno yang menuduh Kerajaan Negeri Selangor menerusi Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) membelanjakan wang meraikan tetamu-tetamu Kerajaan Negeri dari Sabah dan Sarawak sebelum ini.

"Kita mahu bertanyakan isu yang sama kepada Umno Selangor, dari manakah mereka dan YKE memperoleh begitu banyak dana untuk membiayai sumbangan ini?

"Apakah aset dan perniagaan yang dijalankan oleh YKE sehingga mampu untuk bekerjasama dengan Umno Selangor menghulurkan sumbangan?, "soal Faekah.

12 March 2011

Bagi orang Islam : ekor tetap haram

Pada setiap orang Islam tak kisahlah kamu orang Melayu dari Umno ke, PAS ke, PKR ke atau kaum lain yang beragama Islam seperti Cina, India, Kadazan, Iban, dusun dan sebagainya .... hukum Islam telah telah menetapkan bahawa berjudi seperti tikam ekor tetap haram.

Kalau kamu orang Islam yang berpegang teguh kepada agama yang kamu anuti ini kamu tak payahlah mempolitikkan isu ekor di Kelantan, Selangor dan Kedah kerana hanya untuk meraih sokongan politik di dunia yang fana ini.

Tindakan Takiyuddin di Kelantan patut diberi oleh mana-mana orang Islam tidak kira dari politik mana pun termasuk Umno sokongan 100% dan tidak berbelah bagi, bahawa ianya adalah satu keputusan terbaik. Bagi non-muslim ini hanya technical problem dan ianya boleh diatasi. Selain itu umum mengetahui bahawa judi bukan sahaja diharamkan dalam agama Islam tetapi agama lain seperti  Kristian yang mengatakan ianya sebagai "Something for Nothing" dan Buddha yang mengatakanya "sebagai jahat yang boleh mencetuskan krisis moral yang serious"

Dalam pada itu Kerajaan Kelantan sedia untok berdialog sekali lagi dengan mana-mana pihak bagi menjelaskan kedudukan sebenar penguatkuasaan larangan menjual tiket loteri tersebut walau pun pernah diadakan pada tahun 1990 yg turut dihadiri oleh bukan Islam bagi mengelak sebarang kekeliruan dan salah faham.

Dari segi politik pula ianya tidak perlu diperbesarkan kerana penguatkuasaannya mengikut Undang-Undang Kecil Trade Perniagaan dan Perindustrian MPKB 1989 dibawah seksyen 102 Akta Kerajaan tempatan dan telah diluluskan pada 7.12.1989

Sementara itu soalan pemberita kepada Hassan Ali di Selangor lebih merupakan soalan perangkap politik dan jawapan yang diberi oleh Exco Agama tersebut yang disiarkan dalam Harakahdaily dan Malaysiakini memang cukup memadai dan cukup wajar pada ketika ini.

Cuma Umno yang ramai ahlinya orang Islam kini berpihak kepada siapa dalam isu ini?

11 March 2011

Sah PM Bubar Parlimen Mei, PRU Julai

Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva berkata Parlimen negara itu akan dibubarkan minggu pertama Mei ini, membuka laluan kepada pilihan raya umum yang perlu diadakan sebelum awal Julai.


Abhisit mengumumkan perkara ini selepas mengadakan pertemuan dengan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya bagi membincangkan peraturan pilihan raya.

Sebelum ini beliau bercadang untuk membubarkan Parlimen pertengahan tahun ini. — Reuters

10 March 2011

Kena Sabotaj

Membaca email dari rakan-rakan seperjuangan termasuk dari AJK PAS Kawasan, Dewan Pemuda dan rakan-rakan seperjuangan membuatkan hati ini meluat melihat tingkah laku mereka yang berfikiran dan mengunakan undang-undang rimba.
Lihatlah sendiri gambar asal banner program sambutan 3 tahun pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat dan banner yang kena toreh oleh manusia durjana ini.

Apa kah mereka fikir perbuatan sabotaj ini akan menyebabkan program kali ini tidak akan mendapat sambutan? Oh tidak sama sekali kerana penganjur meramalkan perbuatan keji ini akan menyebabkan lebih ramai lagi Rakyat dari Kota Raja dan Negeri Selangor yang akan datang memberikan sokongan dan mendengar taklimat penting ini.

Dewan Pemuda PAS sendiri diberitakan telah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan bagi menjamin keselesaan dan keselamatan pengunjung yang hadir pada malam ini. Selain itu semua PAS Cawangan diminta menghantar petugas seramai mungkin bagi mengelakan keadaan yang tidak diingini berlaku.

09 March 2011

DSAI di Kota Raja 10.03.2011

Sempena sambutan 3 tahun pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor, satu ceramah besar-besaran akan diadakan di Dewan Sukan Andalas Taman Sri Andalas pada malam esok.

Selain Dato Seri Anwar Ibrahim, ceramah ini akan disertai juga oleh Ahli Parlimen Kota Raja, ADUN Sri Andalas dan ADUN Sri Muda.


Semua Rakyat Malaysia di Jemput Hadir .... Rakyat akan lebih selesa tanpa Barisan Nasional.

03 March 2011

Umno Kecut Perut (bhg - 3), 15 Salah laku Umno didedahkan

Wan Nik Wan Yussof   -Harakahdaily
Skuad Pemantau PAS telah merakam 15 salah laku Umno dan Barisan Nasional di Merlimau & Kerdau. Berdasarkan pendekatan BN yang tidak bermoral, tiada integriti dan mencabar amalan demokrasi di PRK Merlimau-Kerdau telah dicemari secara berluas-luasa disana tanpa kawalan oleh SPR, kerana SPR asyik bercakap tentang tidak cukup bukti untuk melakukan pendakwaan.

1. Pada Seminar Kecemerlangan Institusi Keluarga di Sekolah Kebangsaan Chenderah di Kampung Chenderah di Merlimau, Rabu (2 Mac) - Mohd Ali, Ketua Menteri Melaka menyogok 70 basikal kepada murid sekolah SK Chenderah (MstarOnline 3 Mac) dengan taktik memancing undi ibu bapa pelajar terbabit.

2. Muhyiddin dalam lawatannya ke DUN Merlimau (1 Mac), memancing undi dengan menjanjikan peruntukan geran pembinaan sekolah agama rakyat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau berjumlah RM1.5 juta (Utusan online 3 Mac).

3. Pihak Felda turut membantu BN di PRK Kerdau membeli undi melalui pengumuman bayaran ses di bawah Skim Insentif Tanam Semula yang diberi kepada 433 peneroka dengan bayaran wang insentif RM1,000 sehektar atau bersamaan RM4,000 seorang yang kesemuanya bernilai RM1.8 juta. Majlis membeli undi itu dijadualkan pada Jumaat ini (4 Mac), dua hari menjelang pengundian (Umno online 2 Mac; Utusan online 3 Mac).

4. Umpan untuk beli undi ibu bapa pelajar telah dilakukann oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dengan memberi sumbangan kepada seramai 34 pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu termasuk 29 pelajar dari Sekolah Menengah Dang Anum. Majlis mengumpan itu diadakan di Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang dan Jamuan Rakyat DUN Merlimau (dlm. Sinar Haroiana online -  http://www.sinarharian.com.my/merlimau/).

5. PAS menerusi Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Sabki telah mengadu secara rasmi kepada pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melibatkan penggunaan jentera kerajaan/premis awam pihak BN di Kerdau sebagai tindakan salah guna kuasa dan penggunaan melampau premis Sekolah Rendah Batu Sawar, Padang Awam Teluk Sentang dan Dewan Orang Ramai Felda Jengka 23 serta Balai Raya Kuala Tekal. Di situ telah didirikan khemah dan menaikkan bendera parti serta aktriviti kempen.

6. Tan Sri Muhyiddin telah berjanji bersifat menyogok 300 seramai ibu bapa merupakan pengundi Dun Kerdau sedia meluluskan pembinaan blok tambahan untuk bengkel kemahiran hidup dan makmal bernilai RM5 juta di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau dan turut mempengaruhi pengundi sebagai pancing undi dengan sanggup dimasukkan cadangan dalam projek Rancangan Malaysia ke-10. Di samping turut berjanji untuk menyiapkan 18 sekolah di parlimen Kuala Krau yang akan diberikan peruntukan penyelenggaraan sebanyak RM1.9 juta (Malaysiakini 1 Mac).

7. Berlaku pengedaran kotak barangan kepada pengundi Cina di Kerdau dan dilihat menyogok dan merasuah pengundi apabila peenerima diarahkan memasang pelekat BN pada rumah masing-masing dan dibuktikan lagi (sogokan dari BN) kerana pada kotak itu ada gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil. Setiap kotak mengandungi nasi, Milo, biskut, susu tepung dan sardin dalam tin (Malaysiakini 28 Februari).

8. Datuk Seri Najib Razak mengumumkan satu nilai sogokan untuk memancing undi berjumlah hampir RM10 juta bagi projek pembangunan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau menjelang hari penamaan calon. Pengumuman itu dibuat di dua majlis perjumpaan berasingan di hadapan pengundi di Batu Sawar dan pengundi Cina, India dan Orang Asli di Kampung Baru Kerdau. Sogokan sebanyak RM10 juta itu dalam bentuk sogokan projek mengganti paip bernilai RM9.25 juta, gelanggang serbaguna masyarakat Cina RM400,000, membina kuil Hindu RM100,000, dan Balai Bomba sukarela RM150,000 (Malaysiakini 27 Februari).

9. Kehadiran Mohd Najib dan isterinya Rosmah menaiki helikopter berkempen sebelum penamaan calon di sekitar daerah mengundi Kerdau dan 'kawasan 3+1' – gugusan Felda Jengka 22, Felda Jengka 23, Felda Jengka 25 dan Felcra Rumpun Makmur dilihat sebagai salah guna kuasa kerana menggunakan wang kerajaan. Helikopter itu tidak dibiayai oleh Umno Kerdau (Malaysiakini 28 Februari).

10. Masjid as-Sujjah Merlimau (premis awam) juga digunakan sebagai pentas menyampaikan kempen oleh pengkuliah antara waktu maghrib-isyak (pada Isnin, 2 Feb). Antara ucapan pengkuliah yang sempat dicatatkan ialah "Yahudi menguasai ekonomi di Amerika Syarikat kerana ia adalah negara mereka, dan di Malaysia, orang Melayu tidak menguasai ekonomi, tetapi sebaliknya mereka menguasai politik. Jadi, anda mesti menyokong parti yang melindungi dan mempertingkatkan martabat Melayu... Saya berharap rakyat akan membuat keputusan yang betul dalam pilihan raya supaya martabat kita dapat dipertahankan." Memahami konteks itu, jelas pengkuliah itu adalah berkempen untuk BN atas masjid (Malaysiakini 2 Mac).

11. Tan Sri Muhyidin mengumumkan akan membina sekolah agama rakyat di Taman Muhibah dekat Masjid as-Sujjah Merlimau berjumlah RM1.5 juta di majlis perjumpaan pegawai agama masjid yang dihadiri sama calon BN Roslan (Berita Harian 2 Mac). Pengumuman itu satu sogokan dan mempengaruhi pengundi dari kalangan pegawai masjid seluruh Dun Merlimau.

12. Satu majlis di SMK Dang Anum, Merlimau (premis awam) pada hari Isnin (28 Februari) Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengeluarkan kenyataan, berikutan pengumuman kenaikan gaji para guru oleh Tan Sri Muhyidin, lalu beliau meminta 311 orang guru di Merlimau dapat membalasnya dengan mengundi BN (Malaysiakini 2 Mac).

13. Agensi kerajaan Pusat, Biro Tata Negara Negara (BTN) turut menyertai kempen pilihan raya kecil Merlimau dengan mengadakan tiga ceramah setiap hari bermula Ahad (27 Mac) lalu. Misinya ialah memburuk-burukkan DAP yang kononnya ‘menentang Islam dan mengancam orang Melayu’ (Malaysiakini 1 Mac).

14. Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari telah membuat laporan SPRM berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan pentadbrian di bawah Mohd Ali Rustam melibatkan projek dan dana Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berjumlah RM13.85 juta. Penyelewengan didakwa berlaku dalam kes pembinaan kompleks MAIM dan penyerahan milik lot PT 83 kepada kontraktor dan penjualan lot 106 dan 106 oleh kontraktor terbabit kepada pihak ketiga serta kelewatan jadual pembinaan kompleks yang tidak diambil sebarang tindakan (Berita Harian 2 Mac). Atas kes ini ada isu amalan kronisme, subhat dan semacam melindungi penyelewengan oleh MAIM dan Mohd Ali selaku Ketua Menteri.

15. Mohd Ali Rustam juga diketahui umum oleh para kontraktor yang menyertai tender projek negeri Melaka, sebagai ketua menteri yang mengamalkan kronisme dan rasuah. Mana-mana kontraktor yang ingin mendapatkan projek dan kelulusan tender perlu mendapat surat akuan daripada runnernya dan perlu berjumpanya terlebih dulu, kemudian membuat beberapa komitmen untuk kepentingannya (Laporan menerusi SMS 3 Mac).
 


Umno Kecut Perut (bhg - 2)

Susah nak percaya, kalau berita ni dari Kelantan tak pe lah sebab fenomena Tok Guru dan semua telah sedia maklum. Tapi bila berita ni dari Pahang negeri suami Kak Rosmah ... susah benar nak diterima oleh  semua termasuk pemimpin -pemimpin, ahli dan penyokong Umno dan sekutunya. Ini benar-benar berita yang mengecut kan perut Umno.

Beberapa hari yang lalu satu Malaya dihebohkan oleh Bernama bahawa ribuan ahli PAS & PKR keluar parti (sila klik dan baca)  melompat parti menyeberangi jambatan dengan menyertai Umno .... ini pun cuma dari satu Kawasan Parlimen sahaja .... dan di Kelantan pulak tu. Membaca dan mempercayai berita ini akan membuat kita semua kecut perut kerana membayangkan berapa ramai pula yang akan melompat di Merlimau dan Kerdau sehari dua ni. Akan berpesta lah media Umno menyebarkan berita paling sensasi ini.

Tup tup diberitakan pula bahawa Pengasas Umno Jengka 25  Sdr Muzamil yang juga merupakan pembantu khas kepada bekas Adun Kerdau Allahyarham Datuk Abdullah Kia telah meninggalkan Umno dan menyertai PAS bersama 11 ahli Umno yang lain malam semalam menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden PAS.

Dengan penyebaran berita ini Umno pasti melakukan tindak balas dengan mengutip pula  seberapa ramai pelakon tambahan yang entah sesiapa dari PAS dan PKR KONON nya bagi melompat parti dan menyertai Umno dan berita tersebut sudah pasti akan disebar luas keseluruh Malaysia dengan TV3/suku akan menayangkan berita tersebut jika terjadi berulang-ulang kali sampai ada yang termuntah. Kita tunggu ..... selain mnenunggu berita sensasi dari "Skuad Kamera"

01 March 2011

Umno dah mula kecut perut

Tindakan Pas menubuhkan 'skuad kamera' untuk mengintip pergerakan menteri, timbalan menteri, ketua bahagian, ketua cawangan, calon, pemimpin dan peraih undi Barisan Nasional (BN) di Merlimau dan Kerdau  membuatkan Umno dan sekutunya Barisan Nasionalnya mula kecut perut.

Tindakan bijak  Ketua Pengarah JPP Datuk Abdul Halim Abdul Rahman yang memberitahu bahawa tujuan PAS menubuhkan 'skuad kamera' adalah bagi membongkar taktir kotor Umno dan Barisan Nasional jika ada memberi habuan kepada mana-mana pengundi menjelang PRK di Kerdau dan Merlimau ini.

Pada perkiraan penulis Umno melalui TPM tidak perlu kecut perut dan melatah dengan tindakan yang diambil oleh PAS ini jika mereka benar-benar bertanding secara gentelman sebelum dan selepas ini.
 
Tetapi seperti diduga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan respon nagetif dengan menuduh 'skuad' berkenaan akan lebih menjurus kepada gejala menabur fitnah dan dakyah yang amat dicela oleh Islam.

Tak pe lah TPM awak boleh cakap apa awak suka tetapi AWAS awak tak boleh buat macam awak dan koncu-koncu awak buat sebelum ini kerana skuad kami sedang mengekori anda
.
Untuk kejayaan lebih besar dalam OPS ini maka lebih ramai pelakon tambahan dari PAS, PKR dan DAP diperlukan bagi menelanjangi keburukan Umno dan Barisan Nasional dalam PRK kali ini.

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini