12 March 2011

Bagi orang Islam : ekor tetap haram

Pada setiap orang Islam tak kisahlah kamu orang Melayu dari Umno ke, PAS ke, PKR ke atau kaum lain yang beragama Islam seperti Cina, India, Kadazan, Iban, dusun dan sebagainya .... hukum Islam telah telah menetapkan bahawa berjudi seperti tikam ekor tetap haram.

Kalau kamu orang Islam yang berpegang teguh kepada agama yang kamu anuti ini kamu tak payahlah mempolitikkan isu ekor di Kelantan, Selangor dan Kedah kerana hanya untuk meraih sokongan politik di dunia yang fana ini.

Tindakan Takiyuddin di Kelantan patut diberi oleh mana-mana orang Islam tidak kira dari politik mana pun termasuk Umno sokongan 100% dan tidak berbelah bagi, bahawa ianya adalah satu keputusan terbaik. Bagi non-muslim ini hanya technical problem dan ianya boleh diatasi. Selain itu umum mengetahui bahawa judi bukan sahaja diharamkan dalam agama Islam tetapi agama lain seperti  Kristian yang mengatakan ianya sebagai "Something for Nothing" dan Buddha yang mengatakanya "sebagai jahat yang boleh mencetuskan krisis moral yang serious"

Dalam pada itu Kerajaan Kelantan sedia untok berdialog sekali lagi dengan mana-mana pihak bagi menjelaskan kedudukan sebenar penguatkuasaan larangan menjual tiket loteri tersebut walau pun pernah diadakan pada tahun 1990 yg turut dihadiri oleh bukan Islam bagi mengelak sebarang kekeliruan dan salah faham.

Dari segi politik pula ianya tidak perlu diperbesarkan kerana penguatkuasaannya mengikut Undang-Undang Kecil Trade Perniagaan dan Perindustrian MPKB 1989 dibawah seksyen 102 Akta Kerajaan tempatan dan telah diluluskan pada 7.12.1989

Sementara itu soalan pemberita kepada Hassan Ali di Selangor lebih merupakan soalan perangkap politik dan jawapan yang diberi oleh Exco Agama tersebut yang disiarkan dalam Harakahdaily dan Malaysiakini memang cukup memadai dan cukup wajar pada ketika ini.

Cuma Umno yang ramai ahlinya orang Islam kini berpihak kepada siapa dalam isu ini?

2 comments:

  1. Assalam Tuan. Mohon dapat linkkan blog Panglima7 di dalam blog tuan. Kebaikan tuan Allah jua yang dapat membalasnya. aaminn.

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini