10 March 2011

Kena Sabotaj

Membaca email dari rakan-rakan seperjuangan termasuk dari AJK PAS Kawasan, Dewan Pemuda dan rakan-rakan seperjuangan membuatkan hati ini meluat melihat tingkah laku mereka yang berfikiran dan mengunakan undang-undang rimba.
Lihatlah sendiri gambar asal banner program sambutan 3 tahun pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat dan banner yang kena toreh oleh manusia durjana ini.

Apa kah mereka fikir perbuatan sabotaj ini akan menyebabkan program kali ini tidak akan mendapat sambutan? Oh tidak sama sekali kerana penganjur meramalkan perbuatan keji ini akan menyebabkan lebih ramai lagi Rakyat dari Kota Raja dan Negeri Selangor yang akan datang memberikan sokongan dan mendengar taklimat penting ini.

Dewan Pemuda PAS sendiri diberitakan telah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan bagi menjamin keselesaan dan keselamatan pengunjung yang hadir pada malam ini. Selain itu semua PAS Cawangan diminta menghantar petugas seramai mungkin bagi mengelakan keadaan yang tidak diingini berlaku.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini