20 March 2011

Korban kematian rakyat akibat keangkuhan seorang manusia

"Kini gudang senjata telah dibuka dan semua rakyat Libya telah dipersenjatai untuk menentang kuasa barat," kata Presiden Libya Muaamar Ghadafi dengan angkuhnya dengan mengeluarkan kenyataan bila tentera bersekutu membedil 112 peluru berpandu kenegaranya bagi melumpuhkan kekuatan tentera udaranya.

Kini keangkuhan seorang manusia akan mengakibatkan kematian manusia yang tidak berdosa dan tidak tahu berapakah bilangan mereka dan kerosakan yang maha dahsyat. Jika kedua-dua belah pihak tidak mahu mengaku kalah sudah pasti negara Libya akan menjadi Iraq kedua kerana geografinya tidak jauh beza dimana ia juga merupakan pengeluar minyak utama dunia.

Mari sama-sama kita doakan agar peperangan ini dapat ditamatkan dalam kadar yang segera, semoga Allah melindungi manusia yang tidak berdosa menjadi Korban kepada keangkuhan Ghadafi ini.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini