25 March 2011

Kita terlalu banyak 'bertahan'

Kini sudah tiba masanya stretegi peperangan terhadap UBN di ubah dari 'bertahan' kepada 'menyerang'.

Dalam permainan yang panjang jika sesuatu pasukan itu hendak menang mereka perlu mengubah strategi supaya pada saat ini sudah cukup untuk kita bertahan dan memulakan serangan pula, terlalu lama bertahan sudah pasti sedikit kelemahan akan menyebabkan kita tewas.

Jika diandaikan ini perlawanan bolasepak, pasukan kita selalu dianggap malang kerana diadili oleh pengadil yang 'senget sebelah' dan dengan mudah mendapat 'kad merah' menyebabkan kita kekurangan jentera untuk menyerang kerana ingin bertahan.

Jurulatih yang baik kena mengubah starategi pasukannya supaya boleh menang dalam keadaan apa sekali pun dengan 'menyerang balas kekubu lawan' dengan pantas dan cekap supaya gol dapat dihasilkan.

Pihak lawan bukannya menggunakan idea yang bernas bagi menyerang DSAI, PKR, PAS dan DAP. Idea mereka sungguh tidak baik, profesional, lucah, jijik dan kotor, menunjukkan dalam keadaan 'jurulatih pasukan' yang 'tidak cerdik' pun mereka masih mampu menyerang sekadar untuk mengacah kita dan menipu penonton yang alpha.

Kita ramai bijak pandai disekeliling kita bagi merencanakan 'serangan' supaya kita boleh menang. Gunakanlah dan sia-sia kan mereka.

1 comment:

  1. ... meminjam kata-kata cheGuBard (http://chegubard.blogspot.com/2011/03/isu-video-awat-anak-muda-kalut.html)...

    ... Menyerang sentiasa menjadi sistem pertahanan terbaik...

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini