Setelah agak lama berdiam diri, akhirnya PKR akan menghidupkan semula Altantuya Shaaribuu.
PKR akan menggerakkan jenteranya di seluruh negara dengan membangkitkan semula isu kontroversi sekitar kematian model Mongolia Altantuya Shaariibuu yang didakwa sesetengah pihak melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Program itu dirancang sebagai tindak balas kepada demonstrasi bersama - antaranya melibatkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) - bagi mendesak Anwar menyerahkan sampel DNA kepada pihak pendakwaan di mahkamah.

Ia akan digelar DNA sebagai singkatan untuk "Datuk Najib Altantuya", kata setiausaha agungnya Saifuddin Nasution dalam sidang media selepas mesyuarat majlis tertinggi Pakatan Rakyat di parlimen.
Saifuddin (kiri) yang juga anggota parlimen Machang berkata program itu melibatkan ceramah dan pengedaran risalah.
Ditanya tentang bantahan kumpulan NGO di ibu pejabat PKR semalam, Anwar mengaitkannya dengan usaha Umno untuk menanganinya.

Menurut ketua pembangkang itu, beliau tidak takut menyerahkan sampel DNA, tetapi memandang berat kaedah yang digunakan oleh pendakwaan dan siasatan pihak polis.
Secara sinis, beliau berkata dimaklumkan oleh "Tuan Judi" bahawa sampel itu disimpan dalam kabinet, bukan peti ais.
Justeru, beliau meminta ditunjukkan pakar manakah yang akan menerima keputusan sebegitu.... M.K.
Aku tak mengaji tinggi terutama dalam bidang sains. Tapi adalah sikit pengetahuan pasal DNA ni. Setahu aku memang dah ada maklumat DNA DSAI tu. Mengikut hukum sains, DNA adalah bahan yang boleh sangat lama. Pernah juga dikaji dinasor yang pernah hidup berjuta-juta tahun dulu masih utuh DNAnya. Jadi apa pasal pula nak suruh DSAI serah DNA yang baru. Bodoh betul lah puak yang buat demo ni. PKR nak desak Najib dan Rosmah serah DNA bagi membuktikan mereka tak terlibat dengan kes pembunuhan Altantuya tu wajar benar. Adakah mereka berani bagi? Kita tunggu dan lihat.
ReplyDelete