01 March 2011

Umno dah mula kecut perut

Tindakan Pas menubuhkan 'skuad kamera' untuk mengintip pergerakan menteri, timbalan menteri, ketua bahagian, ketua cawangan, calon, pemimpin dan peraih undi Barisan Nasional (BN) di Merlimau dan Kerdau  membuatkan Umno dan sekutunya Barisan Nasionalnya mula kecut perut.

Tindakan bijak  Ketua Pengarah JPP Datuk Abdul Halim Abdul Rahman yang memberitahu bahawa tujuan PAS menubuhkan 'skuad kamera' adalah bagi membongkar taktir kotor Umno dan Barisan Nasional jika ada memberi habuan kepada mana-mana pengundi menjelang PRK di Kerdau dan Merlimau ini.

Pada perkiraan penulis Umno melalui TPM tidak perlu kecut perut dan melatah dengan tindakan yang diambil oleh PAS ini jika mereka benar-benar bertanding secara gentelman sebelum dan selepas ini.
 
Tetapi seperti diduga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan respon nagetif dengan menuduh 'skuad' berkenaan akan lebih menjurus kepada gejala menabur fitnah dan dakyah yang amat dicela oleh Islam.

Tak pe lah TPM awak boleh cakap apa awak suka tetapi AWAS awak tak boleh buat macam awak dan koncu-koncu awak buat sebelum ini kerana skuad kami sedang mengekori anda
.
Untuk kejayaan lebih besar dalam OPS ini maka lebih ramai pelakon tambahan dari PAS, PKR dan DAP diperlukan bagi menelanjangi keburukan Umno dan Barisan Nasional dalam PRK kali ini.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini