18 May 2011

Jangan terlalu ghairah dengan Muktamar, keutamaan ialah PRU

Ini adalah harapan penulis kepada semua rakan-rakan bloggers supaya tidak TERPERANGKAP.

Umum sudah sedia maklum bahawa pilihanraya akan diadakan dalam waktu terdekat. Penulis sudah berbincang dengan MP Shah Alam dan Kota Raja bahawa persiapan menghadapi PRU 13 mesti dimulai dari saat ini dan keghairahan kepada pemilihan dalam muktamar ini mesti diminimumkan.

Keghairahan yang keterlaluan  pada muktamar dan pemilihan kali ini dikhuatiri akan membantutkan usaha dan hala tuju parti dan rakan Pakatan Rakyat yang ingin mempertahankan Selangor dan menawan Putrajaya.

Parti PAS yang pada ketika ini mempunyai kelebihan paling ketara untuk menawan pengundi bagi memenangi PRU nanti diharap tidak dirosakkan oleh penulisan dan pemberitaan yang boleh membuatkan pengundi rimas dan muak dengan segala bentuk spekulasi menjelang pemilihan ini.

Tulisan-tulisan dan pemberitaan seperti ini  tidak perlu diulas secara panjang lebar oleh kita, sebaliknya adalah lebih baik bagi kita meneutralise kan nya sahaja.

Jentera Pilihanraya PAS (JPrK) mesti diperkemas diikuti oleh JPrD dan JPrU. 

Semua maklum bahawa antara kelemahan petugas parti semasa PRN ke 10 Serawak yang lalu ialah sewaktu hari mengundi, iaitu Polling Agent & Counting Agent tidak berpengalaman dan berpengetahuan. Jika benar kita kalah kerana kelemahan ini ianya mesti diperbaiki secepat mungkin.

Sudahkah PACA setiap Daerah Mengundi disetiap DUN dan Parlimen dilantik dan diberi kursus?

Jika dalam keadaan kelam kabut dan ribut taufan yang sengaja dibuat oleh Umno atas nasihat APCO, Najib pula akan mengistiharkankan PRU 13 dalam bulan Julai sebelum Ramadhan, adakah kita telah bersedia?

penulis ialah : AJK Jentera Pilihanraya PAS (JPrK) Kota Raja

3 comments:

  1. Hasil pemilihan diMuktamar PAS akan menentukan sama ada PAS mahu,boleh dan mampu menghadapi PRU ke13 akan datang.Sudah lebih dari 3 tahun PAS tidak berbuat apa secara konkrit menyediakan diri untuk PRU ke13.Usul untuk mendapatkan 63 kerusi Parlimen,yang sudah diterima pada Muktamar yang lalu pun belum nampak ada persediaan.Inilah sebabnya Muktamar akan datang begitu penting(kalau nak disebut ghairah pun tak apa)untuk memilih pemimpin-pemimpin yang benar-benar mau bekerja dan punya idea serta keupayaan melaksanakan tugas,bukan sekadar goyang t...dipejabat.Jangan pandai nak sebut "ghairah" aje untuk alih pandangan ahli tentang masaalah yang dihadapi oleh Ibu Pejabat PAS dewasa ini,mengenai senarai calun.

    ReplyDelete
  2. Ingatkan dah selesai kat blog GB

    ReplyDelete
  3. Tak pernah selesai.Tak caya tanya Hassan Ali.

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini