23 May 2011

Jangan tunggu pilihanraya

Jika Pakatan rakyat ingin terus memerintah Selangor dan menawan Putrajaya, mulakanlah program turun padang dan penerangan kesetiap daerah Mengundi dan Lokaliti. Anda jangan berkempen macam UBN yang hanya turun padang 5 tahuin sekali menjelang PRU dan selepas itu tidak nampak batang hidung kerana sibuk mengumpul duit dan kekayaan sendiri.

Korbankanlah masa, harta, tenaga, buah fikiran dan wang ringgit untuk perjuangan ini, Ingat janji kita semasa mengisi borang PAS "kita adalah Nahnu Ansorullah"

Putra Height - Dewan Pemuda PAS Kota Raja yang diketuai oleh Sdr Zainal Said telah mengadakan program Daftar Pemilih, Skuad buku jingga dan MES di sekitar Putra Height dan Bukit Lanchung.


Majlis yang bermula jam 8.00 pagi telah berjaya mengumpul lebih 30 petugas untuk melakukan kerja-kerja diatas.




 Setiausaha Pemuda, Sdr Zubir
 Setiauasaha JPrK sibuk mencatat sesuatu
 Petugas khusuk  mendengar ucapan dari YDP Kota Raja
 Tak pe lah - naluri wanita - kira posting terbaik lah nie.
 Tahniah muslimat yang selalu berada dibarisan hadapan da;am kerja-kerja seperti ini.
 Selain memberi penerangan kesetiap rumah yang dikunjungi, skuad ini juga mengedarkan risalah buku jingga, MES dan akbar Selangor Kini.





 Bersedia nak bergerak




Menariknya program ini ialah kesanggupan Yang Di Pertua PAS Kawasan En Jaafar Samsuddin, Setiausaha PAS Kawasan, Setiausaha JPrK dan  Ketua Pemuda mengetuai Skuad turun padang ini dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan penuh bertanggung jawab.

Kira-kira jam 11.00 pagi YB Dr Siti Mariah Mahmud serta suami Ybhg Dr Hakim menyertai skuad ini selepas beliau selesai melakukan kerja-kerja gotong royong di Taman Sentosa.

Berita mengenai Dr Mariah dalam kempen ini. sila klik  sini... 

Kaunter Daftar Pemilih juga dibuka hingga jam 9.00 malam. Setelah bertugas dikaunter ini hingga kemalam seorang bekas pemimpin PAS Kawasan Kota Raja, Sdr Azmi Awang telah sudi menjemput kami untuk makan malam dirumahnya iaitu Ketua Pemuda, Setiausaha Pemuda, Sdr shamsul Bharin, Sdr Mohd  Iqbal dan penulis

1 comment:

  1. Hebat PKRaja...Insyaallah semoga usaha gigih diberkati ALLAH

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini