19 February 2012

BN parti talam 2 muka

PAS menyifatkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hanya bermain 'politik hipokrit' apabila mendakwa setiap undi yang diberi kepada DAP akan memperkukuhkan PAS menguasai kerajaan negeri ataupun persekutuan.

Malah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, politik jenis itu bukan sahaja dimainkan MCA, namun juga oleh pemimpin Umno komponen BN yang lain.

"Bila MCA jumpa orang Cina dia kata undi DAP akan bagi kuasa pada PAS, bila Umno jumpa orang Melayu mereka canang kata undi PAS akan bagi kuasa kepada DAP.

"Saya nak kata bahawa ini adalah sikap hipokrit BN yang mesti ditolak rakyat," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan Chua di persidangan sehari "Cina Malaysia di Persimpangan Politik" anjuran bersama Institut Strategi dan Kepimpinan  Asia (ASLI) serta kumpulan pemikir MCA, Insap siang tadi.

Dalam ucapannya, Chua mendakwa setiap undian kepada DAP akan membuka jalan bagi PAS menjadi "taiko" dalam kerajan negeri dan persekutuan.

Beliau juga berhujah contoh "taiko" PAS itu boleh dilihat di Perak selepas PRU-13 di mana DAP memenangi 18 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tujuh dan PAS hanya enam, tetapi wakil PAS yang menjadi menteri besar.

Selain Perak, beliau juga mendakwa kononnya terbaru PAS sedang membuat tuntutan untuk kerusi menteri besar Johor sedangkan DAP berkelebihan kerusi di negeri itu.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata, politik hipokrit yang dimainkan Umno, MCA dan komponen lain BN itu harus ditamatkan pada PRU-13 nanti.

Sehubungan itu, rakyat digesa menggunakan kuasa undi mereka menolak parti-parti yang bergelumang dengan politik hipokrit tersebut.

"PRU akan datang rakyat perlu humban politik hipokrit dan perkauman ini.

"Kita perlu pastikan tidak ada tempat untuk politik hipokrit dalam pembentukan Malaysia baru selepas PRU-13 nanti," katanya.

1 comment:

  1. 1.UMNO itu FASIK lagi MUNAFIK -
    2.MCA itu Kafir HARBI - WAJIB DIPERANGI

    TOLAK DUA DI ATAS

    3.Bukan Islam DAP itu Zimmi

    ReplyDelete

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini