Chua Jui Meng berkata, isu perkauman tidak perlu dipanjangkan kerana semua manusia merupakan adik-beradik yang berketurunan dari Adam dan Hawa.
Justeru, beliau berkata, undi Melayu berpecah cuma kerana perbezaan fikiran, prinsip dan idelaisme bukan kerana kaum.
"Kita semua turun dari satu pasangan yang sama iaitu Adam dan Hawa. Semua Melayu, Cina, India ialah adik-beradik. Soalan Melayu, Cina dan India berpecah tak relevan lagi.
"Oleh itu, apa yang manusia hendak? Mereka mahukan kerajaan yang tidak haprak dan rasuah, yang tidak salah guna kuasa. Tetapi ada yang mahu kekalkan regim yang lama ini hingga menyebabkan negara kita hampir muflis," katanya.
Dengan merujuk kepada pilihan raya umum dalam waktu terdekat, kata bekas Menteri Kesihatan ini, perubahan kepimpinan negara perlu dilakukan
Jelasnya, ia perlu dilakukan dengan memilih pemimpin yang adil yang berpandukan pada al-Quran dan Hadis berbanding bercakap mengenai politik 'asobiyah' (perkauman).
"Jangan kita asyik berbincang mengenai Melayu nak bersatu padu. Itu politik 'asobiyah'. Kita perlu berubah kepada siapa lebih adil dan lebih berpandukan pada al-Quran dan Hadis. Bukan bercakap mengenai Melayu jangan berpecah," ujarnya
amat bersetuju dengan cjm....umno masih kekal haprak dan membusuk!!!!
ReplyDeletemalulah bila cjm cakap mcam itu.....kita yang semelayu pun tak ngam......mcam mana nie.......asyik nak gadoh2.......
Delete