06 February 2012

Tahniah DHA (banyak sumbangan & jasanya kepada Islam & Masyarakat)

Parlimen Kota Raja ingin menyampaikan ucapan Tahniah kepada DHA.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad (bukan Datuk Hasan Ali) dipilih sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan sempena sambutan Maulidur Rasul di Masjid Putra di sini semalam.

Pemilihan itu membolehkan Hassan menerima wang tunai RM50,000, trofi, sijil dan hadiah iringan.

Hassan terpilih menerima anugerah tersebut sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam pelbagai aspek merangkumi pengajian Islam, sektor perbankan dan muamalat serta sumbangan kemasyarakatan.

Selain menjadi Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, beliau juga aktif dalam bidang penulisan dan setakat ini telah menghasilkan empat buah buku.

Hassan Ahmad ketika ditemui berkata, beliau amat terharu dengan penerimaan anugerah tersebut kerana tidak pernah menyangka akan diberi pengiktirafan tertinggi tersebut dan tidak langsung menunjukkan ciri-ciri membangga diri, takabur dan riak seperti Hasan yang satu lagi tu.

''Saya ucapkan terima kasih kepada pihak penganjur majlis sambutan yang memilih saya sebagai penerima.

''Saya tidak menyangka akan menerima pengiktirafan ini kerana ramai lagi kawan-kawan yang berhak menerima anugerah ini," katanya kepada pemberita selepas menerima anugerah itu daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini