28 December 2008

Letih kita dapat pemimpin macam ni .....

Mike says this time it’s for real, raising comment that perhaps it’s time for Kapar folk to tell him what they really want - a KeADILan MP, an Independent or a Barisan man

KeADILan MP S Manikavasam - popularly known by colleagues as Mike - has threatened to resign from the party, citing in-fighting among state leaders as his reason for wanting to quit.
Mike is expected to make the official announcement before Wednesday.

“I have made up my mind and it’s final. I’m not joking and I’m very serious this time,” the parliamentarian for Kapar, Selangor, told the Star.

Aduhhhh.... letih kita dapat pemimpin macam ni...masih terasa penat memenangkan dia tempuh hari belum habis....masa bergembira menyambut kemenangan setelah menunggu lebih 50 tahun belum selesai.... tup...tup... dia cakap macam ni...ini antara keluhan ramai sahabat-sahabat dari meru.

Apa nak jadi dgn PKR & PR....

Israel Laknatullah Mengganas Lagi


Kita buat ape bila Lebih 200 orang gugur syahid dalam serangan udara terbaru pengganas Israel di Gaza manakala lebih 300 cedera.


Kita buat ape bila Pengganas yang menjadi Menteri Pertahanan entiti haram Israel, Ehud Barak la'natuLlah dengan penuh kedurjanaan menyatakan serangan "Operation Cast Lead" itu akan berlanjutan selagi diperlukan.


Kita buat ape bila Salah seorang pemimpin kanan Hizbullah, Sheikh Hashem Safieddine menegaskan: "Rakyat Gaza tidak bersendirian...perkembangan dalam beberapa hari lagi akan membuktikannya.


Kita buat ape dengan berita sebegini

26 December 2008

PELANCARAN KEMPEN JOMSERTAI PAS



http://jomsertaipas.com/


PELANCARAN KEMPEN JOMSERTAI PAS
Written by webmaster
Pelancaran kempen "JOM SERTAI PAS" akan diadakan seperti berikut :

Tarikh: 27 Disember 2008 (Sabtu)

Masa: 3.00 Petang

Tempat: Dataran Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Perasmi: YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi bin Awang (Presiden PAS)

Turut Hadir

: Ust Hj Ahmad Awang (Naib Presiden PAS)

: YB Salahuddin Ayub (Ketua Pemuda PAS)



http://jomsertaipas.com/

25 December 2008

Jom Futsal

Cerita Lama, Bila dekat Pilihanraya, Isu Hudud Pasti Timbul ~ Khalid Samad

The Issue of Hudud Laws

[Dalam Dwibahasa]

Once again, like clockwork, just before a bye-election to be contested by a PAS candidate, the issue of Hudud laws takes centre stage. I personally did not follow Husam’s debate with Khairy but I was told that Husam, in response to Khairy’s statement responded by saying that if given control over the federal government, Hudud laws would be implemented!

I asked Husam, did he say ‘PAS’ would implement Hudud if given power at the Federal Government or ‘PR’? Husam said he said ‘PAS’. OK. If he said PAS, I contemplated, that meant that he was referring to a time in the future, distant or otherwise, when PAS, on its own, has managed to convince the Malaysian electorate of the correctness and effectiveness of the Islamic system as a whole, including the Hudud laws and wins the elections on this basis. In other words, PAS wins the elections on an Islamic agenda. That did not sound too bad.

In such a situation, it is obvious, that PAS will implement the Hudud laws as that is what the electorate has accepted and supported. That is what the electorate, having been convinced by PAS, wants to see implemented. I mean, that is what Democracy is about, isn’t it?

I was recently told that Husam, in his enthusiasm to respond to Khairy’s statement, had stated that ‘PR’ and not PAS, would implement the Hudud laws if given power at the Federal level! My heart sank! Husam was overly enthusiastic so much so that he was himself unaware that he responded on behalf of the PR!

With all due respect, it is obvious that Husam made a mistake by answering the question in the affirmative because in the first place, he had no right to speak for the PR as a whole. Actually, no one party has the right to speak on behalf of all three and whatever laws or policies to be implemented must first get the agreement of all three parties. Governance must be on the basis of consensus.

More importantly, the public has also to be referred to. We cannot implement the Hudud laws or any other law which was not specified and agreed to by the people who elected us into power. That would be a breach of trust of our part. It is obvious that the PR did not win in the 5 states on the basis of the implementation of the Islamic legal system and to implement the Islamic legal system in such a circumstance would be improper. Obviously, our partners in the coalition would also not allow it.

This however does not mean that PAS therefore has no purpose or reason to be with the PR government. After all, good governance is as equally an important element of the Islamic agenda as any other aspect of the Islamic system, Hudud laws included. Furthermore, through the PR governments, each and every party can now explain and express their ideas freely to the electorate. The DAP and PKR as well as PAS are free to express their views and opinions and do their level best to convince each and every member of the public of the correctness of their vision.

Anyway, it goes without saying that UMNO/BN will make this an issue for the KT bye-elections. It is up to the electorate in KT to prove their maturity in understanding the issues at hand and not be swayed by what is obviously a lapse of concentration on the part of Husam. PR is not PAS alone and neither does PAS subscribe to the concept of coercion when it comes to the question of achieving the Party’s objectives. Persuasion is our ONLY weapon and that’s why we exist as a political party involved in the elections.

WalLahu 'Alam

********************************************************************************************************
Isu Hudud

Sekali lagi, seperti biasa, sebaik sahaja sebelum pilihanraya kecil yang akan ditandingi oleh calon PAS, isu Hudud diketengahkan. Secara peribadi, saya tidak mengikuti debat diantara saudara Husam dan Khairy tetapi difahamkan bahawa dalam membalas hujah Khairy, Husam telah menyatakan bahawa Hudud akan dilaksanakan jika diberi mandat diperingkat pusat!

Saya bertanya sendiri kepada Husam, adakah beliau menyatakan bahawa ‘PAS’ akan melaksanakan Hudud diperingkat pusat atau ‘PR’? Husam kata ‘PAS’. OK. Jika beliau kata ‘PAS’, saya fikir ianya merujuk kepada satu masa yang akan datang, dekat atau sebaliknya, apabila PAS dengan keupayaannya sendiri berjaya meyakinkan pengundi di Malaysia berkenaan kebenaran dan keberkesanan sistem pemerintahan Islam secara menyeluruh, termasuklah hukum Hudud dan secara langsung berjaya memenangi pilihanraya diatas dasar ini. Itu tidaklah teruk sangat bunyinya.

Dalam situasi sebegitu, adalah jelas, bahawa PAS akan melaksanakan hukum Hudud sepertimana kehendak pengundi yang telah menerima dan menyokong PAS. Ia adalah apa yang diinginkan oleh pengundi, setelah diterangkan oleh PAS, maka mereka bersetuju ianya dilaksanakan. Dalam erti kata lainnya, itu adalah demokrasi yang sebenarnyakan?

Saya pula baru ini diberitahu bahawa Husam, dalam keghairahan beliau membalas hujah Khairy, telah menyatakan bahawa ‘PR’ dan bukan PAS yang akan melaksanakan hukum Hudud jika diberi mandat diperingkat pusat! Saya terkejut! Husam telah begitu ghairah dan dengan kerana itu tidak sedar yang beliau telah berhujah bagi pihak PR!

Dengan rasa penuh hormat, ia adalah jelas bahawa Husam telah tersasul dalam menjawab pertanyaan tersebut kerana pertamanya beliau tidak berhak bercakap bagi pihak PR secara keseluruhannya. Sebenarnya, tiada satu parti pun yang mempunyai hak ke atas mana-mana parti lain, dan apa juga undang-undang atau polisi yang ingin dilaksanakan perlulah dipersetujui oleh ketiga-tiga pihak. Pemerintahan mestilah berdasarkan persetujuan bersama.

Apa yang lebih penting, rakyat perlulah dirujuk terlebih dahulu. Kita tidak boleh melaksanakan hukum Hudud atau apa sahaja undang-undang yang tidak ditentukan dan dipersetujui oleh rakyat jelata yang melantik kita ke tampuk kuasa. Itu merupakan sesatu yang tidak amanah. Adalah jelas PR tidak memenangi kelima-lima negeri berdasarkan usul perlaksanaan sistem undang-undang Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam dalam keadaan sebegitu merupakan seseuatu yang tidak sesuai. Juga jelas, rakan- rakan kita dalam pakatan tidak akan membenarkannya berlaku.

Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna PAS tidak mempunyai tujuan atau sebab untuk kekal bersama kerajaan PR. Ini kerana pemerintahan yang baik adalah sama penting dalam agenda Islam sepertimana aspek lain dalam sistem Islam, termasuklah dalam soal hukum Hudud. Lebih utama lagi, melalui kerajaan PR, setiap parti boleh menjelas dan menerangkan pandangan dan pendapat mereka sebaik mungkin bagi meyakinkan setiap rakyat jelata tentang kebenaran perjuangan mereka.

Walaubagaimanapun, ia tidak perlu dinyatakan lagi bahawa UMNO/BN akan mempermainkan isu ini demi kepentingan mereka di dalam PRK-KT. Ini terpulang kepada para pengundi di KT sendiri untuk membuktikan kematangan dan kefahaman mereka di atas isu yang ada dan tidak terpengaruh dengan apa yang jelas sebagai kealpaan bagi pihak saudara Husam sendiri. PR bukannya milik PAS sendiri dan PAS tidak boleh menerapkan konsep paksaan dalam usaha kita mencapai objektif parti. Meyakinkan rakyat adalah merupakan satu-satunya senjata kita dan kerana itulah kita memilih untuk menjadi sebuah parti politik yang terlibat di dalam pilihanraya.

22 December 2008

Tn Hj Salehuddin Sentosa .... raja sms kotaraja

Sebelum PRU, semasa PRU, selepas PRU, semasa di Mekah mengerjakan ibadah haji dan sekarang telah pulang ke tanah air Tn Hj ni telah ratusan kali mengirimkan sms kepada saya dengan hampir seluruh isi kandungan sms nya menunjukkan semangat juang yang tinggi dan tulin dari beliau. Saya dan YDP Kota Raja menggelarnya raja sms.

Diturunkan sms beliau kepada saya pada 21 Dec 2008 tentang P36 Kuala Terengganu

"Assalamualaikum YB Dr Mariah, Cikgu Jaafar dan Sheikh Razif. Ana sudah menempah tikit bas pada tarikh penamaan calun pada 6.01.09 dan tarikh pembuangan undi pada 17.01.09, ana sudah bersiap sedia untuk gerak kerja ke kuala Terengganu selepas tarikh penamaan calun, cuma ingin mengetahui tempat penamaan calun dan UPU mana kita kena jaga, jika menerima maklumat terkini maklumkan ana dgn segera bagi membuat persipan awal. wasallam 'TAKBIR !!!, MEMBANGUN BERSAMA ISLAM, HIDUP PAKATAN RAKYAT"

Payah nak cari Ansarullah macam ni ...... kita macamana ye?

Lawatan Kelab Penyokong PAS Kota Raja ke Kelantan menemui Tok Guru Nik Aziz

Lajnah Pepaduan Nasional Kota Raja akan mengadakan lawatan ke Kelantan pada 23 hb Januari hingga 25 hb Januari 2009. Mengikut perancangan sebanyak 2 buah bas akan digunakan untuk lawatan nanti. Semua persiapan termasuk urusan yang bersabit dengan kerajaan negeri Kelantan telah diatur oleh AJK LPN.

Lawatan ini dibuat sebagai memenuhi janji PAS Kota Raja kepada KPP atas sokongan padu mereka bagi memenangkan YB Dr Siti Mariah Mahmud dengan undi majoriti terbanyak yang diperolehi oleh calun PAS dalam PRU 12 yang lalu.

Bas yang digunakan amat selesa dan sempurna sila rujuk www.roslitravel.com untuk melihat bas tersebut

21 December 2008

Kad Ahli Kelab Penyokong PAS

Lajnah Perpaduan Nasional Negeri Selangor dengan kerjasama Lajnah Perpaduan Nasional serta Sekretariat Parlimen Kota Raja akan mengeluarkan Kad Keahlian secara percuma kepada semua Ahli Kelab Penyokong PAS Negeri Selangor mengikut Kawasan masing-masing selewat-lewatnya pada Januari tahun 2009.

Pemberian secara percuma ini dimaklumkan oleh Pengerusi LPN Negeri YB Dr Shafie dalam mesyuarat baru-baru ini.

Reka bentuk kad tersebut secara umumnya telah dipersetujui oleh semua pihak terlibat dan terima kasih kepada Sdr Azman Mah Hussin dari Sekretariat Parlimen KR diatas usaha beliau.

Jgn biarkan orang kampung tak kenal Pengerusi JKKK

Malam tadi pada minggu ke 3 setiap bulan Lajnah Tarbiyah & Kepimpinan PAS Kawasan Kota yang diketua oleh Al Fadhil Ust Jeffri Isa mengadakan majlis Qiyam/Usrah bertempat di Markaz PAS Kawasan Bukit Naga. Syabas kepada semua AJK Kawasan yang terus istiqamah hadir dalam majlis tersebut.

Pagi ini Sekretariat Parlimen Kota Raja mengadakan mesyuarat/bengkel bermula jam 8.00 pg hingga jam 1.00 tengahari di On Line Printing Sdn Bhd, pejabat salah seorang Sekretariat iaitu Sdr Azman Mah Hussin di Kota Kemuning.

Sdr Azman memberitahu, bahawa pada masa ini Pengerusi JKKK di setiap kampung di Parlimen Kota Raja yang baru dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor tidak di perkenalkan secara menyeluruh disetiap kampung masing-masing. Masih ramai anak kariah kampung yang tidak mengenali mereka kerana tidak ada usaha-usaha secara sistematik untuk memperkenalkan mereka kepada orang kampung. Oleh yang demikian sempena sambutan Tahun Baru Islam (Maal Hijiriah 1430H) beliau mencadangkan supaya semua Pengerusi JKKK dapat mengeluarkan banner dengan mempamirkan gambar yang besar disamping YB berserta ucapan tahun baru untuk di pamerkan disetiap kampung masing-masing.

20 December 2008

Bantuan Bloger untuk Kelab Penokong PAS


Ibnu Hasyim
Catatan Santai

MALAM tadi, saya sempat bersama-sama beberapa teman-teman mengiringi Dr Mujahid Yusuf Rawa berceramah pada orang-orang bukan Islam, di dalam kawasan Ampang. Turut hadir dan berceramah di situ ialah YB Kassim ADUN kawasan itu.

Dr Mujahid merasmikan penubuhan serentak 5 Kelab Penyokong PAS (KPP) dalam kawasan itu, termasuk salah seorang dari ketuanya yang dipilih adalah seorang wanita keturunan India. Syabas kepada beliau dan mereka yang menyokong perjuangan PAS!

“Sekarang kira-kira 30,000 kawan kita yang bukan Islam telah mendaftar sebagai ahli KPP. Kita mahu naikkan taraf dari kelab kepada Dewan, seperti Dewan Pemuda, Dewan Ulama atau Dewan Muslimat dalam PAS. Kita sentiasa mengalu-ngalukan sokongan mereka. Dah 3 tahun kita sama-sama bersama dalam KPP ini, tak ade pun yang kami paksa orang bukan Islam masuk Islam! Hampir 20 tahun PAS perintah Kelantan, tak ade satu kuil atau rumah ibadat orang bukan Islam yang PAS roboh! Oleh itu, marilah kita sama-sama perjuangkan keadilan dan kebenaran melalui kelab ini!!” Tegas Dr Mujahid dalam ceramah tersebut, disambut dengan tepuakan.

Selepas ceramah, kami sempat bincang-bincang. “Mengapa PAS tidak manfaatkan rangkaian media internet antara yang memenangkan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu sepenuhnya, secara menyeluruh, berkesan dan lebih professional lagi?” Kata Saudara Jamaludin yang kini jadi Pengulu Kampung di Parit Buntar Perak, bekas ahli lama PAS di kawasan itu, yang ada bersama-sama kami.

“..maka, pertemuan dengan bloger-bloger perlu diwujudkan, sebagai tindakan lanjut seterusnya, bagi membantu kawan-kawan kita yang bukan Islam…” Saran Dr Mujahid.

Maka catatan santai kali ini mempelawa bloger-bloger di Malaysia atau di seluruh dunia sekali pun, bagi menyumbangkan khidmat dan sumbangan idea mereka, atau untuk menyertai petemuan yang akan diwujudkan itu. Sila hubungi (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) atau Blog Ahli Parlimen PAS Dr Mujahid sendiri.

salam perjuangan ....... part III

Keutamaan dalam perjuangan PAS
Muhammad Nuruddin Bashah
Fri | Dec 19, 08 | 5:51:30 pm MYT

Saudara Pengarang,

Saya diajukan beberapa soalan berkaitan keutamaan amal Islami yang dilakukan oleh PAS. PAS dikatakan sebuah parti politik, bukan lagi badan dakwah. PAS telah lari dari tradisi ulama'. Saya terdiam. Malah sumber kenyataan yang dibuat ini kata mereka hanyalah pendapat pemikir-pemikir bebas semata-mata.



Pendapat lain turut bertanyakan di mana PAS dalam isu memperjuangkan Bahasa Melayu dalam Matematik dan Sains (PPSMI)? Di mana ulama' PAS dalam perjuangan anti FTA atau perjuangan anti Islam Liberal? Ingin sahaja saya mendiamkan diri dengan kedangkalan kata-kata tanpa asas berkenaan.

Namun begitu memandangkan saya seorang ahli Jamaah Parti Islam SeMalaysia, malah saya diamanahkan sebagai anggota penerangan dakwah parti, maka ingin saya menulis berkaitan isu awlawiyyah dalam pertimbangan kerja-kerja Islam sekadarnya sahaja. Sebagai insan, saya bukanlah pejuang agama yang hebat untuk berbicara keutamaan kerja dalam Islam.

Pejuang Islam tidak akan mendabik dada bahawa dirinya pejuang. Pejuang agama hanya menceritakan serba sedikit teknik kerja Islaminya agar dicontohi oleh pejuang dan rakan-rakan yang lain. Pejuang Islam tidak akan menuduh melulu rakan seperjuangan agamanya sendiri. Pejuang agama tidak akan menidakkan usaha dakwah pihak lain demi menyatakan kerja-kerja agama dan kerja-kerja amal mereka.

Dalam usia PAS lebih daripada setengah abad, PAS tidak pernah menyelar atau mengkritik pemimpinnya secara jahar(terbuka) sama ada benar atau salah. Teguran dan usaha baik pulih dilakukan secara mahabbah dan tidak dihebahkan. Aib yang dihebahkan adalah sikap para munafik.

PAS tidak pernah menghina Dato' Asri yang meninggalkan perjuangan PAS dengan menyertai UMNO. Malah perjuangan Dato ' Asri menulis lirik lagu tema PAS kini, perjuangan Dato' Asri memperjuangkan bahasa Melayu di saat akta 152 ingin dipugarkan masih segar dalam ingatan semua. Teguran dan kritikan hanya dilakukan secara dalaman untuk meningkatkan dakwah, bukan menghina atau merosakkan.

Hanya gerakan sekular yang akan menghina pemimpin atau ketua mereka sendiri kerana idealisme mereka adalah akal mereka. Apa sahaja yang dikatakan dogmatik pada pandangan mereka, mereka akan menentang. Apa sahaja yang dilihat sebagai bercanggah akan disebar luaskan aib dan sebagainya.

Alangkah malang apabila hari ini ada petugas Islam yang mendabik dada menyelar usaha amal Islami pihak lain hanya kerana kedangkalan kajian dan kebutaan sejarah gerakan Islam itu sendiri.

Jika kita berjuang membela bahasa Melayu, sejak tahun berapakah kita memulakan usaha itu. Sejauh manakah keefektifan kerja-kerja pemuliharaan kita itu? Dalam masa yang sama adakah kita cakna dengan perbincangan akta Rasuah di parlimen yang bakal membina landskap sosial yang bersih jika rasuah berjaya diperangi?Adakah kita ambil tahu isu rasuah dan penyelewengan harta? Apa pula tindakan kita?

Dalam kekalutan kita mencari kelemahan gerakan Islam, adakah kita sedar kesengsaraan keluarga si mangsa ISA? Tahukah kita ISA itu haram dalam agama? Di mana kita dalam isu berkenaan? Dalam hal kebajikan, di mana pula kita semasa banjir teruk di utara tanahair serta pantai timur hari ini? Adakah kita hanya berbincang di kafe-kafe semata-mata?

Jika kita pemula isu anti FTA atas wazan kita ahli intelek yang berfikiran, adakah idea kita akan disambut jika tiada harakah Islamiyyah yang mendidik pengikutnya agar menentang kemungkaran dan menegakkan negara yang berteraskan agama? Dari mana datangnya peserta-perserta demostrasi anti FTA? Adakah kita yang mendidik mereka selama ini?

Atas tiket intelek kita berbicara. Tetapi intelek juga menjadi asas kepada kebangkitan pemikir liberalis dan sekularis. Mereka akan berfikir untuk meruntuhkan agama demi menaikkan kelompok-kelompok mereka walau atas nama apa sekalipun.

Dakwah ada tingkat-tingkat keutamaannya. Dalam isu PPSMI, PAS telah lama menentang penggunaan bahasa Inggeris dalam pelbagai lapangan. Malah debat-debat di kampus banyak diadakan oleh persatuan-persatuan mahasiswa Islam, serta disuarakan juga oleh ramai pemimpin PAS dalam siri ceramah umum mereka. Dalam sesuatu keadaan, keutamaan kerja perlu diberikan kepada isu lain. Sedarkah kita, isu yang membelenggu umat Islam hari ini amat banyak?

Jika kita ada kemampuan untuk melakukan sesuatu kerja Islam, teruskan. Itu hadiah dari Allah. Tetapi jika peluang kerja agama tersebut dijadikan hujah untuk menidakkan usaha dakwah lain, ia adalah sikap para juhala' yang bakal merosakkan agama. Kita masih ada pelbagai cara yang beradab dan tawadhu' untuk menyuarakan pendapat membina dakwah Islam. Bukannya mengikut cara gerakan liberal menyuarakan hati mereka sedangkan kita sendiri menentang Islam liberal?

Ada yang tidak mahu berjuang menentang ISA atas alasan ia bukan kerja gerakan Islam malah ia banyak didominasi oleh gerakan hak asasi bukan Islam serta gerakan yang liberal. Ahli PAS telah lama menjadi mangsa ISA. Malah gerakan mansuh ISA juga diasaskan oleh Dato' Fadhil Noor di saat kita masih mentah di sekolah rendah. Kini gerakan mansuh ISA telah disahut oleh kaum Cina dan India.

Adakah kita ingin meninggalkan wadah anti kezaliman itu hanya disebabkan ia telah banyak disertai oleh kaum bukan Islam? Adakah ini sikap pendakwah Islam yang istiqamah? Lihat sahaja bagaimana JIM pada awalnya tidak menyertai mana-mana gerakan politik demi menumpukan dakwah dalam bidang pendidikan dan tarbiyyah. Kini JIM juga mengambil pendekatan siasah demi melestarikan amal Islam bersama gerakan Islam yang lain. Itu awlawiyyah bagi jamaah JIM dan ia kena pada kondisi dan keperluan amal Islami JIM.

Setiap gerakan Islam ada keutamaan masing-masing berdasarkan kemampuan ahli dan materi dakwah mereka. Individu-individu sedar juga memiliki keutamaan mereka yang tersendiri. Adakah wajar kita menghina sesuatu gerakan Islam hanya kerana mereka tidak menggariskan isu bahasa Melayu? Jika kita menganggap kita memahami teras idealisme Melayu Islam, kita tidak akan mengeluarkan kenyataan menghina rakan sepetugas agama.

Ini kerana ia sikap sekular. Persoalan saya yang terakhir, adakah kita mengkaji hingga mendalam benarkah gerakan itu tidak berjuang isu yang kita gariskan? Adakah kita benar-benar ikhlas berjuang kerana Allah? Kajilah sejarah gerakan Islam di Malaysia. Bacalah sirah perjuangan cara Rasulullah dan Sahabat. Kita akan mengetahui awlawiyyah dalam pertimbangan kerja-kerja Islam.

Kata Imam Malik , kita tidak berjaya mengikut satu amal bagi seorang anbiya' pun walaupun kesemua amal kita hari ini dikumpulkan serentak. Kegopohan dan gejala ghulu' (melampau) serta isti'jal (melulu) adalah antara punca kita jauh daripada perjuangan Islam malah kita mungkin menikam kebangkitan Islam di tanah kita berdiri.-azm

(Penulis adalah Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Pulau Pinang) _

KT voters - show the way, reject BN for trying to privatise IJN ~ Malaysiakini

The people would have ended up bearing higher medical costs, while the nation would have lost RM10 mln of income annually

Pakatan Rakyat partner KeADILan has accused the Barisan Nasional government of trying to shirk its responsibility to provide affordable and high-quality health-care services by trying to privatize the National Heart Institute (IJN) just when the economy was about to enter a long, lean spell.

KeADILan Information Chief Tian Chua said although the privatization plan has been put on hold, voters - especially those in Kuala Terengganu - should still send the BN a strong message to register their displeasure.

“KeADILan therefore urges the voters in Kuala Terengganu not to be misled and to reject the Barisan Nasional in the by-election next month. Send them a strong message not to try to privatise IJN just because the economy is slowing down,” Chua said in a statement.

The government had given plantations-and-services conglomerate Sime Darby Bhd approval-in-principle to take a 51 percent stake in IJN.

But the news sparked a huge outcry as the people worried the stake sale would lead to even higher medical costs - forcing Deputy Prime Minister and Finance Minister Najib Abdul Razak to freeze the deal.

“This privatization proposal has created strong reaction from the public,” Najid admitted to reporters yesterday.

However, he denied the decision was made with an eye on the upcoming Kuala Terengganu by-election.

Seen as a crucial test of popularity for Najib and the Umno-led Barisan, the KT parliamentary seat fell vacant after deputy education minister Razali Ismail died last month. Nomination date for the by-election candidates will fall on Jan 6, while polling day is on Jan 17.

How can the deal benefit the people?

The divestment would have also cost the nation a loss of RM10 million a year as the 99.99 percent government-owned IJN was a profitable company that made about RM20 million in profits each year.

Conversely, Sime’s purchase of the 51 percent stake from the finance ministry would mean the company stood to gain RM10 million annually. In the long run, the investment would have provided Sime with a stable and strategic source of income.

“But it is not clear how the privatization of IJN can benefit the people, especially since the people would be forced to bear higher health care costs, while the country loses a good and steady source of income,” Chua said.

Majority of patients from middle and lower income groups

Chua also pointed out that the majority of IJN’s patients were from the middle and lower income groups as well civil servants.

“Sime Darby as a private-sector company will have to focus on profit maximization. To fully unlock IJN’s potential, Sime will have to transform IJN into a commercial vehicle focused on churning out profits until the privatization project is successfully paid off,” he said.

For example, Subang Jaya Medical Centre - which is currently owned by Sime - charges RM40,000 to 50,000 for a ‘single bypass’ operation compared with IJN’s RM25,000 to 30,000.

“The people, in particular the civil servants, who need medical treatment would have to bear the higher costs if Sime Darby took over IJN,” Chua said.

By contrast, the Pakatan Rakyat had in its alternative budget proposal for 2009 unveiled last October proposed that public health service charges be either reduced or scrapped altogether to ease the burden of the people, especially those who cannot afford to pay, he added.

salam perjuangan ..... part II

Patut la otak aku aktif! (Jangan angin satu badan pulak. Ni lawak hari Sabtu ja ni...). Tertarik pula berita di bawah:
Browsing Internet aktifkan otak

Penelitian terbaru menunjukkan bahwa menjelajah website di internet ternyata dapat membuat otak Anda tetap fit. Lebih jauh lagi, diungkapkan bahwa otak bekerja lebih aktif ketika mencari informasi di internet daripada sekedar membaca artikel pada sebuah website.

"Aktivitas komputer sehari-hari ternyata mengaktifkan sirkuit saraf di otak," ujar Dr Gary W. Small, direktur University of California, Los Angeles.

Small dan rakannya melakukan suatu penelitian terhadap relawan berusia 55-76 tahun, sebagain biasa menggunakan komputer dan yang baru menggunakan komputer untuk pertama kalinya.

Kelompok tersebut dibagi lagi menjadi dua. Yang satu bertugas menjelajah internet dengan menggunakan 'mesin pencari' sedangkan yang satunya lagi hanya membaca teks yang tertera pada website.

Hasilnya, kelompok yang menggunakan 'mesin pencari' aktifitas otaknya lebih aktif dibanding kelompok yang hanya membaca. Paul Sanberg, direktur University of South Florida, mengatakan bahwa mungkin 'pencarian' di internet dapat meningkatkan otak.

"Ada bukti bahwa ketika otak lebih aktif, maka otak lebih banyak membuat sambungan," katanya, "Hal itu memaksa otak terus berfungsi dan memberikan perlindungan pada sistem saraf," tambah Sanberg (Suara Merdeka 19/12/08 and photo courtesy of Snow Zenith's "Dad's journey to recovery").

Nah... sahabat seperjuangan Kota Raja, apa lagi hasilkan sesuatu yang bermenafaat dari setiap sumber yg ada, jangan asyik merungut tentang orang yang tak buat kerja, hantar sebarang berita kepada kami di Sekretariat KR, Insa Allah kami akan siarkan jika ada menafaatnya untuk semua.

19 December 2008

Lawatan Ke Rumah Ahli Kelab Penyokong PAS



Lawatan telah dibuat pada hari Ahad (14/12/08) yang lalu di Jalan Sri Tanjung Tmn Sri Andalas, Klang. Lawatan bersama YB Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja turut disertai oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Kota Raja.
Sdr Vijayaprasad selaku tuan rumah amat berbesar hati dan gembira dengan kehadiran YB serta rombongan. Turut tinggal bersama beliau ialah ibunya yang berusia 96 tahun (masih sihat cuma ada masalah penglihatan).
Kita sempat membantu dengan mendaftarkan ibu beliau termasuk Sdr Vijaya sendiri sebagai Warga Emas Negeri Selangor dengan mengisi borang berkenaan.
Dr Hakim, suami kepada YB Dr Siti Mariah Mahmud juga turut serta dalam lawatan tersebut manakala Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Kota Raja diwakili oleh Sdr Mohd Sidin, Sdr Abd Majid, Sdr Bakhirudin & Sdr Syed Abd Malek.
Posted by:
Sekretariat Syed Abd Malek



14 December 2008

Ramai yg kaya tapi tak sombong, pelik... dahlah miskin sombong pulak tu ...

Kampung Sri Nadi, Ahad 14.12.08 - Bermula semalam saya agak sibuk membantu membuat persiapan jamuan untuk kursus first-aid anjuran Pejabat Parlimen Kota Raja dgn kerjasama Bulan Sabit Merah di Dewan Pejabat Daerah Klang, seramai 105 peserta mendaftar. Tahniah kepada Pn Faridah, Kak Esah, Pn Venny dan tak lupa Ketua Muslimat Kota Raja Pn Rosnah diatas kejayaan majlis ini.

Dalam masa yang sama saya menguruskan kenduri Imam Muhammad Said dgn menjadi wakil tuan rumah untuk majlis walimatulurus tersebut.

Hari ini Lajnah Perpaduan Nasional Kota Raja menganjurkan beberapa aktiviti, antaranya hadir majlis gotong royong bersama YB Dr Mariah dan menziarahi fakir miskin sekitar Kota Raja. Saya sempat mengikuti program disekitar Taman Setia dan Kampung Sri Nadi bagi menyampaikan sumbangan tersebut bermula jam 11.30 pg. Antara yg hadir ialah YB Dr Mariah, Dr Hakim, Pegawai Khas Sdr Azmi Jusuh, Pegawai Sekretariat/AJK LPN Sdr Syed Abd Malek, AJK LPN Sdr Majid, Hj Fakharuddin dan Sdr Md Sidin. Manakala dari Tmn Setia & Sri Nadi ialah Sdr Adam, Imam Napiah, Ketua Muslimat bersama kira-kira 15 ahli rombongan yg lain. Tujuan lawatan ini dibuat bagi mengenal pasti masaalah kemiskinan mereka dan usaha-usaha yang patut dilakukan pada masa akan datang.

Rombongan kami disambut mesra pada setiap kunjungan terutama masyarakat India, selesai memberi sumbangan kepada 2 fakir miskin dan mengenal pasti masaalah mereka di Tmn Setia, rombongan kami meneruskan nya ke Kampung Sri Nadi. Dua rumah awal yg di ziarahi menyambut kami dengan baik sekali, terpancar kegembiraan menyambut kehadiran YB dan rombongan di wajah mereka. Sebagaimana biasa YB yang prihatin mendengar masaalah mereka, sebelum pulang ada yang sempat bergambar dgn YB. Tepat jam 12.50 tgh kami tiba kerumah yang ketiga di Sri Nadi.

Rumah nya memang daif. Sekali pandang dari luaran sesiapa yang melihatnya pasti berkata dlm hati, 'ada juga orang se miskin ini tinggal di Negeri yang telah menjadi negeri maju semenjak tahun 2005 lagi. Melihat kedaifan itu memang menginsafkan kita dan akan melahirkan keinginan membantu sekadar yang termampu. Tak cukup dengan itu ada sebatang pokok kelapa yg kira-kira dua kaki berada betul-betul depan pintu rumahnya, ini menambahkan lagi simpati orang ramai bahawa keluarga ini benar-benar terbiar, berkata juag dalam hati tak ke arang kampung yang nak tolong tebangkan pokok tersebut yang ternyata membahayakan.

Tapi alangkah terkejutnya kami dan rombongan kerana kami disambut dingin oleh penghuninya, tak cukup dgn itu kami diperdengarkan dengan perkataan-perkataan yang tidak diwajar diucapkan oleh orang yang kami mulanya begitu simpati dengan nya. Semuanya begitu nagetif ....... akhirnya kami pulang semula ke Tmn Setia untuk menghadiri majlis walimatulurus .... waktu dalam kereta tak sedar saya tercakap dgn Syed & Adam ... 'apa lah jenis manusia ni .. dahlah miskin sombong pulak tu'

Nota : kesian YB yang padat dengan program terpaksa hadir kemajlis walimatulurus dengan seluarnya berlumpuran tanah selepas gotong royong, tak sempat nak balik ke Pusat Khidmat Masyarakat untuk salin pakaian dan terpaksa tinggalkan anak disana kerana mengejar masa, yg bestnya YB Shuhaimi pun hadir dalam majlis tersebut.

12 December 2008

salam perjuangan

masajie said

......bila bercerita ttg perjuangan, sudah tentu ia sinonim dgn pengorbanan.........biar pun kecik besar pergorbanannya itu dlm perjuangan tetap ada nilai disisi Allah, biarpun kadang2 manusia memandang sepi saja pengorbanan itu,sebagaimana mahalnya nilai syurga itu, sudah tentulah lebih mahal lagi nilai redho Allah yg mampu kita kecapi, justeru itu bila berbiacara ttg perjuangan ini, maka nilai ikhlasan itu amat tinggi martabatnya didlm perjuangan ini.

Apatah lagi perjuangan menegakkan daulah islamiah ini.sudah lah tentu mehnah, tribulasi, halangan dan sebagainya silih berganti, kadang2 kita tak sempat pun utk melihat apatah lagi mengecapi nikmat kemenangan, namun begitulah fitrah perjuangan.

Apa yg kita boleh saksikan dakwah akan berjalan terus sambil menghasilkan duat yang silih berganti.

petikan daripada kata2 yang mashyur oleh Mustapha Masyhur........'aslih nafsa wadu'ghairuka.........baiki diri kamu dan serulah yang lainnya (manusia)....dan begitu juga kata2 daripada Hasan Hudaibi ......."nahnu duat la qudhat".........kita adalah penyeru bukan penghukum.....sewajarlah 2 sifat ini menjadi darah daging dan bekalan dijalan dakwah serta perjuangan kita dalam usaha mengembalikan manusia kepada fitrahnya, namun begitu kata2 ini mmg lunak utk diucapkan tetapi penuh ranjau utk dilaksanakan, maka disitu bantuan Allah senantiasa bersama2 ...........ansorulloh.

buat teman seperjuangan semua........Eid Adha yang baru berlalu ini, Insya Allah akan menjadikan suntikan atau dinamo baru buat kita dlm perjuangan ini, apatah lagi Hijrah pula semakin menghampiri kita,yang sudah tentu mengkehendaki perubahan yg lebih besar buat kita, sebagaimana besarnya cita2 kita untuk melihat Islam kembali bertahta dimukabumi ini.Insya Allah. Wallahu'alam............Allahu Akbar! 3X

smt
kota raja.

11 December 2008

Rift does exist within PAS

Sin Chew Daily

PAS national unity bureau chief Mujahid Yusof Rawa said, other than facing the challenges of ideological struggles between the reformists and conservatives within the party, PAS must also try to woo both Malay and non-Malay voters.

Mujahid, who is also the MP for Parit Buntar, said there were indeed two different factions existent within the party--one interpreting Islam in a more conservative approach while the other holding more open views. He said this had resulted in an ideological confrontation between the two differing camps.

Realistic issue arising from ban of alcohol

Mujahid said the more radical people are the grassroots, who fail to understand that the banning of alcohol will entail some real-life issues, as we must take into consideration the feelings and opinions of other people even if we were to ban alcohol, citing the example of the major controversies arising from Selangor PAS councillors' suggestion to ban alcohol.

"The party is also encountering a certain level of dilemma. While on the one hand we must take care of Malay supporters, we must also look into the needs of non-Malays on the other hand. As such, PAS has attempted to protrude its multiracial image through the setting up of the PAS Supporters Club, and outsiders will have no reasons now to criticise PAS as a political party for the Malays."

Adherence to religious principles,

Mujahid is the PAS leader instrumental in the establishment of the PAS Supporters Club. During an exclusive interview with Sin Chew Daily, he said many PAS MPs, including the MP for Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud and MP for Kuala Selangor Dr Zulkifly Ahmad, have defeated BN candidates mainly because of non-Muslim voters, and they therefore must know how to please non-Muslims.

However he said he would not forego Islamic principles just to please non-Muslims. For example, he declined the invitation from a political leader to sponsor a beer party celebration after his election victory.

Pakatan foundation still frail, Mujahid said, although leaders from the three Pakatan Rakyat parties have signed a joint agreement, the foundation of the opposition pact remains weak, and no powerful unanimous stand has been achieved on many fine details.

He said PAS advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim, DAP's opposition leader Lim Kit Siang and PAS president Datuk Seri Hadi Awang agreed that the federal constitution has made Islam the country's official religion, and Malay as the official language, along with the statutory status of Malay rulers, Malays and bumiputras, when signing the joint agreement to establish Pakatan Rakyat.

"We still lack some solid substance, a common theme and principles that can be accepted by all, among the three parties."He said, Pakatan Rakyat leaders have only agreed on the major directions, while many grey areas still exist, such as PAS does not agree to the setting up of multilingual road signs in Penang, as this will affect the status of Bahasa Malaysia as the country's official language. However he said PAS still accepted the decision eventually.

PAS, jgn kembali kedaerahan ~ ref : malaysiakini

saye setuju benar dengan cadangan tuan guru nik abd aziz..untuk menjadikan mohammad sabu sebagai calon pada pilihan raya kecil kuala terengganu..tuan guru dapat melihat kemasa depan pas, dimana dimasa ini dalam parlimen pas kekurangan tukang berhujjah yang petah berbicara dan dengan senang dapat mematahkan hujjah lawan..

ini kurangnya pemimpin pas yang ada kini..bukan untuk menidakkan cadangan pas kt..demi kelangsungan pas dan penilaian masyarakat untuk mendepani pilihan raya umum yang ke 13 nanti..adalah baik pas menampilkan mohammad sabu untuk kembali ke parlimen secepat mungkin.. dan nanti bila pilihan raya ke 13 baharulah kalau memang mahu menggunakan kembali anak tempatan..kalau memang itu pilihannya..

tapi tidak buat masa ini,dimana pas amat nampak kekurangan pemimpin yang boleh diandalkan untuk mematahkan hujjah lawan,kita harus hebat dan menggentarkan lawan dan nampak hebat dimata lawan..dengan demikian akan lahirlah penghormatan buat pas dan rasa segan dan perkiraan dapat di miliki..di mana rasa perkiraan yang ada di pihak lawan itu akan membuat mereka berfikir dua kali untuk merendah rendahkan pas..

adalah malang bagi pas untuk kembali membangkitkan semangat kedaerahan,sedangkan sudah sekian lama kita mentarbiyah ahli bahwa islamlah harus di utamakan dan kepentingannyalah yang di dahulukan,nah kepentingan itu yang harus melebur semangat kedaerahan yang sudah mula tumbuh kembali kini..amat sayang dan disesalkan bila kita mundur kebelakang setelah puluhan tahun berjuang..tak mengapalah kita korbankan sementara kt ini,asalkan pada pilihan raya umum ke 13 nanti kemenangan dapat kembali ketangan kita.. saye percaya dengan jiwa yang besar yang dimiliki mohammad sabu..andainya dia tak terpilihpun dia tak mengapa..dan begitu juga saye amat berharap pada pas kt andainya pimpinan memilih mohammad sabu dapatlah kiranya memberi kerjasama penuh demi pas dan apa yang telah kita perjuangkan selama ini.. dan saye percaya pada pru 13 nanti pilihan saudara pas kt akan di tunaikan juga oleh pimpinan..

semoga kebijaksanan pimpinan dan paling utama pengorbanan pas kt dapat merai ridho alloh demi kemenangan pas pada pru ke 13 nanti..karena masa amat pantas berlalu..pejam celik sudah sampai juga..

salam majujaya buat teman yang memperjuangkan kebenaran sejati..demi tertegaknya sebuah impin yaitu islam yang tinggi dan di tinggikan dengan kemuliyaannya.

Perbahasan : Isu menghadkan perjualan arak

mokhtarproton said


Isu arak bukan issue umat islam sahaja,tetapi isu manusia semenjak Adam dijadikan.Kalau ditempat kite yg majmuk kena ada pendekatan/usub yg agak lunak dan bersifat universal sesuai dgn islam itu sendiri bersifat universal.

Arak merosakan akal dan kesihatan.Berlaku banyak kemalangan dan kehancuran rumahtangga berpunca dari arak.

Cadangan saya:

1- Buat satu kajian atau search dlm internet info tentang keburukan dan akibat dari minum arak (buat koleksi). Kemudian buat satu bengkel dan setiap orang present hasil masing masing.Lagi banyak orang terlibat lagi bagus.

2- Buat satu perbandingan agama (Islam,kristian,buldha,hindu dll agama) mengenai hukum arak.setahu saya semua agama melarang minum arak.

3- Adakan perjumpaan bersama NGO yg berbilang kaum yg mereka ni concern pasal arak.

4- Buat perjumpaan dgn penduduk Kota Raja yg bukan islam yg mana mereka ni hidup derita kerana suami atau anak atau jiran kaki minum arak. kalau boleh ambil biodata/gambar mereka tapi jangan dedah,hanya untuk rujukan aje. Kemudian masukan dlm risalah atau artikel.

5- Adakan pertemuan dgn jabatan kerajaan (hospital,bomba dan yg berkaitan) untuk dapat info pasal arak.

6- Dapakan ulasan atau komen dr semua kaum tentang persetujuan mereka tentang keburukan arak dan langkah mengawal penjualan arak adalah satu langkah yg tepat.


Lepas semua langkah diatas diambil maka barulah kita buat satu benkel/perjumpaan dan bincang macam mana nak buat satu presentation yg canggih supaya boleh dibentangkan kat mane mane tempat (MPK/MBSA/dewan udangan ke atau mane mane tempat).kalau boleh bila orang tengok presentation kite orang menangis,insaf, sedar dan bersemangat untuk membasmi arak.Jadikan kempen BENCI ARAK ini kempen semua kaum dan agama.JANGAN JADIKAN IA ISSUE UMAT ISLAM SAHAJA.

Kalau kite boleh kempen rakyat perbagai kaum untuk menolak/membenci BN yg bawa keburukan masa depan Negara,mengapa kite tak boleh kempen orang membenci ARAK?

Rasullulah bersabda yg bermaksud:

Sesungguh nya Allah amat menyukai seseorang apabila ia melakukan sesuatu pekerjaan/amalan maka ia melakukan nya dengan terbaik/excellent.

Dengan demikian itu sama sama kita membaiki dan memantapkan lagi kerja kerja kita. Jangan kerana issue penjualan arak ini menjauhkan bukan islam dari islam,menakutkan mereka pada PAS dan mengakibatkan kita hilang kerusi di negeri lain dan melonggarkan ikatan PR.

Semoga Allah memberkati amal amal kita dan menjadikan ulama tempat kita merujuk dlm satu satu pekara.

Segala yg baik dr Allah,Yg silap dr nafsu hamba sendiri.

ALLAHU AKBAR.

10 December 2008

KURSUS FIRSTAIDER IN EVERY HOME

KURSUS FIRSTAIDER IN EVERY HOME

KURSUS UNTUK WANITA SAHAJA

13-12-2008 (SABTU)
9.00 PAGI - 5.00 PETANG
DEWAN SERBAGUNA PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG
JALAN KOTA, KLANG

ANJURAN BERSAMA PERTUBUHAN KEBAJIKAN IBU TUNGGAL DAN WANITA MISKIN
KOTARAJA DAN
PBSMM CAWANGAN SELANGOR

HUBUNGI PUAN VENI
PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT
AHLI PARLIMEN KOTA RAJA
TEL: 03-5161 9000

03 December 2008

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini