21 December 2008

Jgn biarkan orang kampung tak kenal Pengerusi JKKK

Malam tadi pada minggu ke 3 setiap bulan Lajnah Tarbiyah & Kepimpinan PAS Kawasan Kota yang diketua oleh Al Fadhil Ust Jeffri Isa mengadakan majlis Qiyam/Usrah bertempat di Markaz PAS Kawasan Bukit Naga. Syabas kepada semua AJK Kawasan yang terus istiqamah hadir dalam majlis tersebut.

Pagi ini Sekretariat Parlimen Kota Raja mengadakan mesyuarat/bengkel bermula jam 8.00 pg hingga jam 1.00 tengahari di On Line Printing Sdn Bhd, pejabat salah seorang Sekretariat iaitu Sdr Azman Mah Hussin di Kota Kemuning.

Sdr Azman memberitahu, bahawa pada masa ini Pengerusi JKKK di setiap kampung di Parlimen Kota Raja yang baru dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor tidak di perkenalkan secara menyeluruh disetiap kampung masing-masing. Masih ramai anak kariah kampung yang tidak mengenali mereka kerana tidak ada usaha-usaha secara sistematik untuk memperkenalkan mereka kepada orang kampung. Oleh yang demikian sempena sambutan Tahun Baru Islam (Maal Hijiriah 1430H) beliau mencadangkan supaya semua Pengerusi JKKK dapat mengeluarkan banner dengan mempamirkan gambar yang besar disamping YB berserta ucapan tahun baru untuk di pamerkan disetiap kampung masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini