14 December 2008

Ramai yg kaya tapi tak sombong, pelik... dahlah miskin sombong pulak tu ...

Kampung Sri Nadi, Ahad 14.12.08 - Bermula semalam saya agak sibuk membantu membuat persiapan jamuan untuk kursus first-aid anjuran Pejabat Parlimen Kota Raja dgn kerjasama Bulan Sabit Merah di Dewan Pejabat Daerah Klang, seramai 105 peserta mendaftar. Tahniah kepada Pn Faridah, Kak Esah, Pn Venny dan tak lupa Ketua Muslimat Kota Raja Pn Rosnah diatas kejayaan majlis ini.

Dalam masa yang sama saya menguruskan kenduri Imam Muhammad Said dgn menjadi wakil tuan rumah untuk majlis walimatulurus tersebut.

Hari ini Lajnah Perpaduan Nasional Kota Raja menganjurkan beberapa aktiviti, antaranya hadir majlis gotong royong bersama YB Dr Mariah dan menziarahi fakir miskin sekitar Kota Raja. Saya sempat mengikuti program disekitar Taman Setia dan Kampung Sri Nadi bagi menyampaikan sumbangan tersebut bermula jam 11.30 pg. Antara yg hadir ialah YB Dr Mariah, Dr Hakim, Pegawai Khas Sdr Azmi Jusuh, Pegawai Sekretariat/AJK LPN Sdr Syed Abd Malek, AJK LPN Sdr Majid, Hj Fakharuddin dan Sdr Md Sidin. Manakala dari Tmn Setia & Sri Nadi ialah Sdr Adam, Imam Napiah, Ketua Muslimat bersama kira-kira 15 ahli rombongan yg lain. Tujuan lawatan ini dibuat bagi mengenal pasti masaalah kemiskinan mereka dan usaha-usaha yang patut dilakukan pada masa akan datang.

Rombongan kami disambut mesra pada setiap kunjungan terutama masyarakat India, selesai memberi sumbangan kepada 2 fakir miskin dan mengenal pasti masaalah mereka di Tmn Setia, rombongan kami meneruskan nya ke Kampung Sri Nadi. Dua rumah awal yg di ziarahi menyambut kami dengan baik sekali, terpancar kegembiraan menyambut kehadiran YB dan rombongan di wajah mereka. Sebagaimana biasa YB yang prihatin mendengar masaalah mereka, sebelum pulang ada yang sempat bergambar dgn YB. Tepat jam 12.50 tgh kami tiba kerumah yang ketiga di Sri Nadi.

Rumah nya memang daif. Sekali pandang dari luaran sesiapa yang melihatnya pasti berkata dlm hati, 'ada juga orang se miskin ini tinggal di Negeri yang telah menjadi negeri maju semenjak tahun 2005 lagi. Melihat kedaifan itu memang menginsafkan kita dan akan melahirkan keinginan membantu sekadar yang termampu. Tak cukup dengan itu ada sebatang pokok kelapa yg kira-kira dua kaki berada betul-betul depan pintu rumahnya, ini menambahkan lagi simpati orang ramai bahawa keluarga ini benar-benar terbiar, berkata juag dalam hati tak ke arang kampung yang nak tolong tebangkan pokok tersebut yang ternyata membahayakan.

Tapi alangkah terkejutnya kami dan rombongan kerana kami disambut dingin oleh penghuninya, tak cukup dgn itu kami diperdengarkan dengan perkataan-perkataan yang tidak diwajar diucapkan oleh orang yang kami mulanya begitu simpati dengan nya. Semuanya begitu nagetif ....... akhirnya kami pulang semula ke Tmn Setia untuk menghadiri majlis walimatulurus .... waktu dalam kereta tak sedar saya tercakap dgn Syed & Adam ... 'apa lah jenis manusia ni .. dahlah miskin sombong pulak tu'

Nota : kesian YB yang padat dengan program terpaksa hadir kemajlis walimatulurus dengan seluarnya berlumpuran tanah selepas gotong royong, tak sempat nak balik ke Pusat Khidmat Masyarakat untuk salin pakaian dan terpaksa tinggalkan anak disana kerana mengejar masa, yg bestnya YB Shuhaimi pun hadir dalam majlis tersebut.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini