29 August 2009

Video : Tindakan melampau, 1 Malaysia yang gagal

6 comments:

  1. Permintaan UBN untuk meminta pindahkan kuil tersebut dari Sek 23 ke Sek 22 adalah helah semata-mata.

    Asalnya kuil ini dibina oleh UBN di Sek 19 puluhan tahun dulu melalui PKNS dimana tapak kuil (asal)yg tidak sesuai ini telah ditipu kepada pembeli rumah melayu dikawasan tersebut (tidak ditunjukkan dalam plan).

    YB Khalid Samad, atas usaha murninya telah menyediakan tapak yg paling sesuai kerana pada masa ini kedudukan Shah Alam itu sendiri telah terlalu padat (itulah tapak yang paling sesuai) dibandingkan dgn kedudukan sekarang di Sek 19.

    Alasan minta pindah ke Sek 22, tidak munasabah kerana selepas ini akan ada juga tindakkan terancang oleh individu tertentu yang berkepentingan dalam parti tertentu yang akan menyatakan keduduk kuil di Sek 22 juga tidak sesuai dan minta pindahkan ketempat lain.

    Orang-orang yg buat protes ini telah menghancurkan gagasan 1 Malaysian ciptaan DS Najib.

    Moga Rakyat terus menolak tindakan pelampau seperti ini dalam mana-mana PRK (jika ada selepas ini) seterusnya menumbangkan mereka dalam PRU 13 akan datang.

    ReplyDelete
  2. Pakatan Rakyat Selangor mendakwa perarakan 'kepala lembu' yang masih segar berdarah semalam di depan Pejabat Menteri Besar Selangor sebagai usaha terbaru 'pelampau Umno' untuk menjatuhkan kerajaan negeri itu.

    Bercakap di depan Balai Polis Seksyen 11 Shah Alam pagi tadi, Ahli Parlimennya Khalid Samad mendesak pihak polis segera bertindak ke atas ekstremis-ekstremis Umno terbabit supaya insiden yang sama tidak lagi berulang.

    "Umno ini sudah jadi parti yang ekstrem. Di tempat-tempat-tempat lain pun, Umno sudah berdemontrasi ekstrem sebegini, di Kuala Selangor, Ijok, Tanjong Karang.

    "Mana-mana tempat yang dia nak api-apikan semangat perkauman yang sempit (serta) sentimen agama (Islam) yang salah, mereka terus buat. Sebab itu, Polis perlu bertindak.

    "Kalau polis tidak bertindak dan dilihat seolah-olah bersama-sama mereka (pelampau Umno), ini akan menyebabkan tindakan yang lebih liar berlak," kat Khalid.

    Beliau yang dikenali sebagai penyokong kuat PAS dalam Pakatan Rakyat turut mempersoal sikap 'tunggu dan lihat' Polis ketika perhimpunan itu berlangsung.

    "Mereka (Polis) tidak boleh kata: Kami menunggu laporan mana-mana pihak dibuat dahulu. Bolehkah Polis tunggu dan lihat cermin sebuah kereta dipecah penceroboh, atas alasan menunggu rakyat atau pemilik kereta itu sendiri buat laporan; baru boleh bertindak," katanya.

    Bercakap pada sidang media yang sama, Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr. A. Xavier Jayakumar turut melahirkan rasa kesal atas pelampau-pelampau terbabit.

    Image"Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demopntrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku," katanya.

    Ujarnya lagi, mana-mana pihak termasuk Umno sendiri dibenarkan berdemontrasi secara aman. Kerajaan negeri konsistan tidak akan menentang hak asasi tersebut.

    Namun, demontrasi ekstrem seperti semalam sebenarnya melanggar undang-undang serta perlu tindakan segera oleh pihak Polis.

    "Mereka boleh demontrasi. Kita tidak akan tentang. Tetapi, demontrasi yang melampau seperti itu sesiapa pun lihat melampaui undang-undang. Jadi, saya gesa polis bertindak pada demontran yang melampau," katanya.

    Beliau turut menjelaskan inti maklum balas pihak Polis sebelum membuat kenyataan media di sini.

    "Saya diberitahu dia ada masalah peribadi di Alor Star. Pegantinya juga ada masalah peribadi di Shah Alam. Jadi, dia menyuruh kita (Pakatan) bertemu dengan Ketua Polis Daerah Shah Alam," katanya.

    Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demontrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku," katanya.

    Turut menyertai kenyataan media di sini, Adun Batu Tiga dan Exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.

    ReplyDelete
  3. Ketua Penerangan PAS Pusat Idris Ahmad pada satu kenyataan media yang lain petang tadi, menegaskan demontrasi melampau itu bukannya berdasarkan ajaran Islam, sebaliknya amalan tradisi Umno sejak ditubuhkan lagi.

    Tambahnya lahi, "Apa yang mereka buat itu bukan sahaja melampaui undang-undang negara, tetapi jelas membelakangi agama Allah, iaitu Islam dan Rasulullah s.a.w tidak pernah menyuruh ummatnya berbuat demikian atas nama Islam.

    "Jika berjuang atas nama Melayu, beginilah akibatnya (melampau)," tegas beliau.

    Katanya, PAS berpegang dengan prinsip Islam yang menghargai kehormonian penganut agama-agama lain serta melarang ahli-ahlinya (umat Islam) memaki-hamun kegamaan lain; sebagaimana dalam ayat 108 dari Surah al-Anaam.

    Firman Allah bermaksud, Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan.

    Beliau turut mempersoal kredibiliti Polis dan FRU yang tidak membedil kumpulan ekstremis Umno tersebut dengan gas pemedih mata dan pacutan meriam air berasid, sebagaimana beberapa demontrasi aman rakyat seperti Anti-iSA, Mansuh PPSMi dan BERSIH lalu.

    Ketua Polis Daerah Shah Alam, Noor Azam Jamaluddin menjelaskan bahawa pegawainya tidak boleh terus bertindak waktu insiden itu berlaku, demi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.

    Bagaimanapun, beliau memberi jaminan agar insiden itu disiasat dan demontrans yang didakwa ekstrem itu akan dibawa ke muka pengadilan.

    Noor Azam juga memaklumkan bahawa pasukannya sudah ditempatkan di beberapa lokasi strategik demi memastikan insiden terbabit tidak berulang.

    Nasihatnya, semua rakyat diminta bersabar dan tidak lagi mengeruhkan keadaan, terutamanya di kala negara bakal menempuhi Hari Kemerdekaan ke-54 Isnin depan.

    Semalam, kira-kira 50 orang Melayu dari pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang pro Umno mengarak kepala lembu yang masih segar berdarah dari Masjid Negeri menuju ke pejabat Menteri Besar.

    Berdepan Bangunan MBSA, pemuda-pemuda ekstrem terbabit kelihatan saling menendang bangkai itu sambil melaungkan Kami Bantah

    Pada masa yang sama, kelihatan Pejabat Adun Batu Tiga turut dijadikan medan bantahan dengan contengan, Khalid-Rodziah, Pengkhianat Bangsa.

    Laungan dan bantahan itu dipercayai khalayak ekoran keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memindahkan kuil Hindu ke lokasi yang baru di Syeksyen 23 Shah Alam.

    Insiden Kepala Lembu Berdarah itu merupakan cabaran tergenting Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, setelah isu arak dan penternakan babi yang dipercyaai dicetuskan juga oleh Umno mulai reda belakangan ini.

    Sebelum ini, sebuah akhbar politik melaporkan Umno akan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor pada Hari Kemerdekaan, 31 Ogos ini. _

    ReplyDelete
  4. Pihak yang terlibat: dalam perarakan membawa kepala lembu ke Bangunan Setiusaha Kerjajaan (SUK) sebagai tindakan membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam wajar dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

    Exco Selangor, Rodziah Ismail, akta berkenaan diwujudkan untuk menghalang sebarang aktiviti yang menjurus kepada ketegangan perkauman di negara ini seperti mana yang dilakukan 50 penduduk kelmarin.

    “Saya sarankan agar kerajaan tangkap sahaja pihak-pihak yang terlibat bagi menunjukkan tidak ada ‘double standard’ diamalkan,” katanya selepas merasmikan Pusat Khidmat Komuniti Kitar Semula (PKKKS) di sini, semalam.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga berkata, tindakan mengarak kepala lembu adalah keterlaluan kerana ia merupakan simbol kesucian Hindu.

    Selain itu katanya, majoriti pihak yang menyertai perarakan dan bantahan berkenaan terdiri daripada ahli UMNO dan hanya sebilangan kecil sahaja daripadanya merupakan penduduk Seksyen 23.

    “Tidak ada ahli Pas mahupun PKR yang terlibat menyertai bantahan berkenaan tetapi majoriti daripada mereka merupakan ahli UMNO.

    “Betulkah majoriti penduduk Seksyen 23 membantah pembinaan kuil berkenaan atau terdapat pihak lain yang sengaja memperbesarkan isu ini,” katanya.

    Katanya, sebarang keputusan hanya akan diambil selepas majlis perbincangan bersama penduduk Seksyen 23 pada 5 September ini.

    “Anjakan 300 meter dari tapak asal kuil berkenaan hanyalah antara cadangan mengatasi masalah ini. Keputusan akan dibuat selepas mengadakan perbincangan bersama penduduk pada 5 September ini,” katanya.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Jangan cetus pertelingkahan

    Oleh SAIFULIZAM MOHAHAMAD
    pengarang@utusan.com.my

    Pihak polis telah diarahkan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang sengaja mencetuskan pertelingkahan kaum tanpa mengira sesiapa termasuk 200 penduduk Islam yang berarak membawa kepala lembu bagi membantah pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam .

    Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan seumpama itu terpaksa diambil kerana keutamaan kerajaan ketika ini adalah keselamatan rakyat serta keamanan negara.

    "Pertimbangan dan keutamaan saya adalah keamanan negara dan keselamatan rakyat pelbagai kaum.

    "Oleh itu saya telah mengarahkan pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang boleh menjejaskan hubungan antara kaum tidak kira kaum dan agama,'' katanya.

    Beliau mengulas tindakan 200 penduduk Islam di Seksyen 23, Shah Alam dan beberapa NGO berarak ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sebagai tanda membantah cadangan pembinaan kuil di kawasan yang majoriti penduduk Islam itu.

    Kumpulan itu berkumpul di Masjid Negeri selepas solat Jumaat sambil membawa sepanduk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negeri.

    Bagaimanapun ia telah mencetus kontroversi apabila terdapat sebilangan penduduk yang menggunakan kepala lembu berarak dan meletakkannya di hadapan pejabat SUK.

    Dalam pada itu, Hishammuddin sedar tanah yang diluluskan oleh kerajaan Selangor untuk pembinaan kuil tersebut tidak sesuai kerana majoriti penduduk di kawasan berkenaan adalah orang Islam.

    Keadaan itu, katanya telah membangkitkan kemarahan penduduk tetapi beliau amat berharap isu tersebut tidak sampai ke tahap berlakunya pertelingkahan kaum.

    "Membawa kepala lembu memang tidak sensitif tetapi harus diingat pernah ada satu insiden yang mana bendera UMNO telah digunakan membalut kepala babi dan kemudian ditinggalkan di depan bangunan UMNO," katanya.

    Sementara itu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Dr. Rais Yatim berkata, rakyat perlu belajar daripada peristiwa 13 Mei 1969 agar dapat mengekalkan tahap perpaduan antara kaum di negara ini.

    Katanya, setiap kaum perlu menyelaraskan perasaan serta sentimen emosi mereka secara rasional.

    Beliau berkata, soal agama dan budaya adalah perkara yang sensitif serta tidak boleh diperlekehkan.

    "Mereka tidak boleh terbawa-bawa dengan perasaan sebegitu, kita perlu menjaga suasana harmoni di dalam negara ini,'' katanya semasa ditemui selepas majlis raptai sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 di Dataran Parlimen hari ini.

    Rais berkata, tindakan yang berlaku semalam perlu dielakkan pada masa akan datang.

    "Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara ini berdasarkan apa yang terjadi semalam yang mana mereka seolah-olah menghina kepercayaan agama lain.

    "Sepatutnya di bulan puasa yang mulia ini, kita sebagai umat Islam perlu mempunyai sifat sabar yang tinggi,'' katanya.

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini