23 January 2010

Letak jawatan beramai-ramai : SPRM kena siasat

 Berhubung dengan lapuran bahawa seramai 13 AJK cabang PKR Kuala Selangor meletak jawatan secara beramai-ramai kelmarin telah menimbulkan keraguaan yang amat munasabah bahawa terdapat banyak kemungkinan yang belum terjawab.

Suatu siasatan yang menyeluruh hendaklah dijalankan secara adil supaya dapat merungkai dan mengenal pasti siapa dalang dalam isu ini. Komen-komen semasa yang diberikan oleh pimpinan UBN merujuk kepada kes ini sengaja digembar gemburkan dengan matlamat untuk merendah-rendahkan tahap kepimpinan TS Khalid Ibrahim MB Selangor, tambahan kes ini berlaku di Kuala Selangor.

Sementara itu Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor Syed Shahir Syed Mohamud berkata  "Dakwaan bahawa PKR Kuala Selangor sudah bubar dengan peletakan jawatan 13 ahli jawatankuasanya tidak benar,"

Kata beliau, perlembagaan PKR jelas menyatakan bahawa sebarang pembubaran sesuatu cabang hanya boleh dibuat menerusi Mesyuarat Agung Khas Cabang selaras dengan fasal 25.8 perlembagaan parti.

"Jika benar majoriti AJK cabang meletak jawatan, ini bermakna bahawa Mesyuarat Agung Khas Cabang harus diadakan bagi melantik semula barisan AJK yang baru bersesuaian dengan fasal 25.9 perlembagaan parti," kata beliau ketika mengulas kenyataan Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Kuala Selangor baru-baru ini.

Tambah Syed Shahir, Majlis Pimpinan Negeri Selangor akan menyiasat sepenuhnya dakwaan perletakan jawatan tersebut dan akan memaklumkan kepada Majlis Pimpinan Pusat agar tindakan yang bersesuaian dapat diambil ke atas mana-mana ahli parti yang bertindak di luar perlembagaan, selaras dengan perlembagaan parti.

Beliau berkata, perkembagan di Cabang Kuala Selangor mutakhir ini adalah sangat positif dengan penyertaan ribuan anggota baru berbanding sebelum PRU-12 yang lalu.

"Jadi, saya mengesyaki bahawa perkembangan terbaru ini adalah sebahagian daripada agenda terdesak pihak tertentu untuk menekan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor," tambah Syed Shahir.

6 comments:

  1. Apa lagi yang mahu disembunyikan? Sememangnya Pembubaran itu berlaku.. Yang peliknya jika perletakan Jawatan beramai2 ahli PR SPRM diminta siasat kononya berlaku komplot disitu tapi Kalau berlaku di Pihak BN membubarkan cabanya mengapa tidak dipanggil SPRM siasat? Ape ni?????/

    Jika pekong orang lain Pakatan Rakyatlah Baruanya tapi kalau dalam kain sendiri yang sudah terburai busuknya sampai berkilometer baunya masih tak mengaku dan menyalahkan orang lain.. Inilah sifat dan tabiat ahli dan pemimpin PR... Bukankah begitu?

    Tolong JawaB!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!11

    ReplyDelete
  2. comment 1, i rasa memang patut kena siasat, sebabnya dah banyak sejarah-sejarah kotor yang dimainkan oleh UMNO-BN ni, contohnya apa yang berlaku di negeri Perak 3 monyet dah bertukar menjadi katak dengan melompat keluar dari Pakatan Rakyat sebab apa, semuanya sebab duit, memang ini taktik kotor and dah menjadi trend sekarang

    ReplyDelete
  3. Saya berharap PR utk mendesak penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat siapakah dalang disebalik pembubaran Cabang PKR Kuala Selangor. Apakah ada ugutan, salah laku rasuah oleh Khalid Ibrahim dlm mentadbir atau memang kerja azmin ali.

    Tubuh jangan tak tubuh, kita mencari keadilan utk semua

    ReplyDelete
  4. Mungkin mereka yg letak jawatan dan bubar cabang telah terminum air seliper TGNA. Sampai tak boleh menerima TS Khalid Gagap. Elok saja Mak Cik ajak mereka join sekli dalam PAS, tak payah buat kerja mencuri sliper TGNA

    ReplyDelete
  5. Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Selangor dilaporkan makin mantap dan kukuh walaupun berita perletakan jawatan AJK Cabang Kuala Selangor dilihat memanaskan suasana.

    Ketua Penerangannya, Mohd Ezli Mashut berkata, pertemuan tertutup di antara ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kuala Selangor bersama Majlis Pimpinan Negeri Selangor malam kelmarin menjelaskan mengenai status kedudukan sebenar Cabang Kuala Selangor masa kini.

    Menurutnya, PKR Cabang Kuala Selangor tidak bubar dan boleh bergerak seperti biasa.

    “Dalam pertemuan tertutup itu, AJK Cabang Kuala Selangor bersama Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita Cabang Kuala Selangor menyatakan muafakat kukuh dalam masa sama meletakkan keyakinan tinggi kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk terus menerajui kepimpinan Cabang PKR Kuala Selangor serta Menteri Besar Selangor,” katanya melalui kenyataan media, semalam.

    Katanya, Cabang PKR Kuala Selangor juga menerima sokongan mantap daripada seluruh ranting-ranting yang terdapat di Dewan Undangan Negeri) DUN Jeram, DUN Melawati dan DUN Ijok yang bersama-sama berdiri teguh bersama peneraju utama Cabang PKR Kuala Selangor.

    “Pertemuan itu turut mempertikaikan perletakan jawatan AJK Cabang Kuala Selangor kerana ada keraguan dalam soal menandatangani surat perletakan jawatan tersebut.

    “Cabang PKR Kuala Selangor menegaskan bahawa gerak kerja membela rakyat dan menjana kemenangan Pilihan raya Umum (PRU) Ke-13 semakin rancak dan giat selepas ini,” katanya.

    Mohd Ezli berkata, iltizam dan semangat yang ditunjukkan oleh semua anggota PKR di Cabang Kuala Selangor juga utuh dan bersemangat tinggi.

    Menurutnya, dalang komplot cubaan membubarkan PKR Kuala Selangor gagal dan tidak mendapat sokongan kerana tindakan itu menjejaskan imej PKR serta Pakatan Rakyat keseluruhannya.

    “Tindakan menggunakan media terbuka mendapat kecaman hebat daripada pelbagai peringkat PKR.

    “Justeru, Cabang PKR Kuala Selangor berharap seluruh pendukung PKR di Kuala Selangor fokus kepada gerak kerja membela rakyat dan memperkasa gerak kerja kerana jentera parti tidak ada masa melayan karenah politik remeh-temeh kerana PKR mempunyai banyak agenda untuk membela rakyat di Selangor dan negara ini,” katanya.

    ReplyDelete
  6. adakah kes/komplot ini merujuk kepada tulisan RPK bahawa PR Selangor akan tumbang sekitar January?

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini