09 February 2010

MAKKAL PONGGAL (PONGGAL RAKYAT) DI DUN JERAM BUAT KALI PERTAMA







Penganjur Utama: S.Letchumanan (Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor Zon Jeram/Sg Buloh merangkap Pengerusi Kelab Penyokong PAS Selangor dengan Kerjasama: Tuan Hj Hairi Darmo (Ketua Penyelaras PR DUN Jeram Merangkap Ahli Majlis MDKS), Dibantu oleh: Jawatankuasa Kuil-Kuil Hindu DUN Jeram.Tempat: Padang Permainan Taman Permai, Jeram Tarikh/masa: 21 Jan 2010 / 2:oopm~5:30pm

VIP: -EXCO Kerajaan Negeri Selangor, YB Dr A.Xavier Jayakumar
-Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr Dzulkefly Ahmad
-YDP PAS Kawasan Kuala Selangor
-Ketua-Ketua Kg DUN Jeram
Perasmian: ADUN Kota Alam Shah, YB M. Manoharan & Isteri (Pn S.Pusphalela)

Acara-Acara:-
-memasak ponggal (seramai 54 wanita mengambil bahagian)
-memecah periuk
-kerusi muzik
-meniup belon (kanak-kanak)
-menaiki pokok yang licin (vazluku maram erutal)
-mengendang urumi permainan muzik tradisional (urumi melam) kesemua pemenang diberi hadiah

Lebih 600 orang memeriahkan Makkal Ponggal (Ponggal Rakyat)

Ponggal merupakan perayaan kaum Tamil dan merupakan Tahun Baru untuk Kaum Tamil (bulan Thai dan juga bermaksud Thai Ponggal dalam kalender Kaum Tamil). Ponggal juga disebut sebagai "aruvadai thirunal" yang bermaksud Pesta Menuai. Ianya paling popular dan disambut secara meluas oleh masyarakat petani di India Selatan-Tamil Nadu.

Di Malaysia, Kaum Tamil tidak mengira agama meraikan ponggal sejak dulu lagi dengan memasak Ponggal (menggunakkan beras, manisan, gula melaka, susu lembu) di awal pagi sewaktu matahari terbit yang menandakan lahirnya bulan Thai.

Ponggal juga merupakan hari penghormatan kepada matahari di mana sumber yang begitu penting kepada masyarakat petani untuk menjalankan pertanian.

Kedua, tanda penghormatan kepada lembu (disebut sebagai mathu ponggal) di mana lembu bersama-sama dengan masyarakat petani yang menjalankan aktiviti-aktiviti pertanian membajak sehingga membawa muatan pertanian ke pasar.

Ketiga, tanda penghormatan kepada kaum wanita yang juga berganding tenaga dengan kaum lelaki disawah padi dan di dalam aktiviti pertanian yang lain.

Harus diingatkan Perayaan Ponggal tidak kena mengena dengan Agama Hindu. Ianya lebih berkait rapat dengan kaum iaitu Kaum Tamil yang menganuti pelbagai agama.

Nota: peruntukan sebanyak RM10 ribu telah diberikan kepada Kuil Sri Thandayuthapani, Jeram pada hari yang sama. Pengerusi Kuil En M.Ramanujam telah menerima cek daripada YB Dr A.Xavier.

Artikel asal: Ms Vicky/Surat Akhbar NANBAN

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini