22 February 2010

Perginya seorang pejuang (bahagian 2)

Almarhum Ustaz Hj Hambari yang saya kenali : PAS Kawasan Kota Raja telah kehilangan seorang pejuang yang gigih , seorang yang banyak berkorban untuk Jemaah. 

Dalam kehidupannya yang penuh dengan usaha dan pengharapan yang amat tinggi , kerajinan dirinya yang tidak pernah duduk diam , setidak tidaknya batang penyapu mesti ada ditangannya, kerajinannya menyebabkan beliau tidak mengenal sakit dan penat. 

Sesiapa saja yang datang ke Markaz akan disambutnya dengan penuh keriangan , beliau akan bermuram jika markaz sepi dengan kekurangan aktiviti dan sebaliknya akan merasa gembira dan ceria sekiranya program dijalankan di Markaz.

Baginya kejayaan PAS adalah kejayaan dirinya  yang merupakan penyumbang terbesar Kepada PAS Kota Raja dimana beliaulah yang menginfakkan tapak untuk bangunan PAS  Kawasan Kota Raja.

Masa terus berlalu dan setiap ahli dan Ustaz terus berkerja dan berusaha, hasilnya alhamdulillah dengan keizinan Allah SWT, Calun PAS pada PRU 12 YB Dr Mariah telah meraih kemenangan luar dugaan dan mendapat majoriti yang paling tinggi , usaha beliau telah menampakkan hasil dimuka bumi ini …….beliau ialah Almarhum Ustz Hj Hambari.

Saya masih teringat semasa Majlis Perasmian Markaz PAS Kawasan Kota Raja dan Cawangan Bukit Naga diadakan , pada ketika itu Pas kawasan menjemput Dato Dr Hasan Ali – Pesuruhjaya PAS Selangor merasmikannya. Dato Dr Hasan Ali bertanya kepada saya bagaimana Markaz PAS Kawasan Kota Raja dan Cawangan Bukit Naga dapat dibina.

Saya menerangkan satu persatu pengorbanan ahli – ahli Pas Kawasan terutama cawangan Bukit Naga yang berusaha dengan bersungguh – sungguh. Dato ada bertanya siapakah yang bermurah hati menyumbangkan tanah untuk mendirikan markaz tersebut saya menyatakan pada Dato , tuan rumah ni , ketika itu kami berada di dalam rumah Ustaz Hambari sementara Majlis belum bermula, saya terus mencari dan meminta petugas mendapatkan Ustaz Hambari.

Seorang petugas datang kepada saya dan memaklumkan bahawa Ustaz Hambari sedang menjaga pakir kereta . 

Pada kita itu Dato Dr Hasan Ali terdengar dan alangkan terkejut dan teruja para tertamu ,bayangkan tuan punya tanah yang mendermakan tapak untuk Markaz dibina dan ketika markaz dirasmikan , tuan punya tanah tersebut menjaga pakir ….itu Ustaz Hambari … sedikit pun dia tidak merasa bangga dengan pengorbanan yg besar dilakukan.

Pernah satu ketika sewaktu saya dan rakan – rakan sedang bermesyuarat pada jam 3 pagi untuk mengatur gerak kerja pilihanraya yang ke 12 Parlimen Kota Raja   yang lalu , dalam keadaan yang penat lagi meletihkan dan saya juga percaya bukan pimpinan Kawasan sahaja keletihan malahan seluruh penyokong dan pendukung PAS berusaha untuk memenangkan PAS ,  tiba – tiba pintu bilik gerakan diketuk , saya terus membuka pintu tersebut , terlihat Ustaz Hj Hambari dalam keadaan yang amat ceria ( saya masih lagi boleh bayangkan wajah Ustaz Hambari yang memakai baju singlet dan kain yang diikat besar seolah-olah akan jatuh jika ditarik , gelaknya membuat matanya tertutup sedikit. 

Dalam wajahnya yang riang dan bercakap dalam ketawa kecil , katanya “ ni Ustaz bawa cempedak goreng untuk hidangan para perjuang PAS yang sedang bermesyuarat, kamu semua tentu lapar, Ustaz sempat goreng yang seadanya sahaja”.

Saya kata padanya Ustaz tak tidur lagi ke?, kan Ustaz penat , sebab pada siang harinya saya melihat bagaimana Ustaz seorang diri memacakkan bendera Pas di sepanjang parit di hadapan Markaz Pas kawasan, Ustaz Hambali tersenyum sahaja.

Seperkara yang hendak saya kongsikan , di mana saya pernah melihat beliau menangis dan memegang bahu saya dan mengadu kepada saya supaya terus berjuang mempertahankan supaya Dr Mariah menjadi calun Parlimen Kota Raja ( ketika itu PAS Kawasan dan JPRK masih belum terima keputusan daripada pusat sama ada Dr Mariah menjadi calun atau sebaliknya.Mungkin Ahli PAS Kota Raja masih ingat bagaimana Ustaz Hambari dengan lantangnya mempertahankan Dr Mariah untuk menjadi calun di hadapan tetamu kita, pada ketika itu Dato Kamarudin Jaafar ( Setiausaha Agung Pusat). Ketika itu beliau bercakap dalam keadaan yang amat pilu , sempat saya berbisik ke telinga Dato KJ , kata saya Dato Ustaz Hambali cakap bukan melalui nafsunya tetapi ikhlas dari hatinya. 

Terlalu banyak kisah beliau kalau dicatit satu persatu  sudah tentu boleh menjadi sebuah novel , Tapi kini beliau telah tiada , dan beliau meninggalkan kita tapak tanah untuk kita langkah ke satu langkah seterusnya  , belari kecil dan terus belari laju dan terus berjuang memartabatkan islam .

Perbanyakkan aktiviti dan program dimarkaz , selagi kita mengunakan markaz tersebut selagi itulah pahala akan mengalir Kepada Almarhum Ustz Hj Hambari, 

Beliau umpama jentera berat yang berusaha menumbangkan pokok – pokok yang besar, berusaha menarah Bukit – Bukit keras , menolak batu – batu degil yang menghalang sehingga menjadi jalan yang telah sempurna dan mudah untuk perjuang yang terkemudian bergerak laju , kita tidak perlu menumbang kan pokok – pokok , kita tidak perlu lagi menarah Bukit, kita tidak perlu lagi menolak batu yang kita perlu ialah meimarahkan jalan tersebut, yang perlu bagi kita terus berusaha dan jangan sampai pokok kembali tumbuh, bukit rebah jatuh kerana terhakis , dan batu kembali bergolek untuk menghalang perjuangan kita .

Insyaallah kita akan terus berjuang sehingga diakhir hayat.  

Catatan oleh : Norhalim Sorome 
                                  TYDP PAS Kawasan Kota Raja

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini