02 May 2010

Kesesakan di Klang akan berakhir

KLANG - Isu jalan sesak di Klang bakal selesai apabila kontraktor yang dilantik Majlis Perbandaran Klang (MPK) memaklumkan, laluan Shah Alam ke Pelabuhan Klang akan dibuka pada 24 Mei dan laluan dua hala pula dijangka pada 31 Julai ini.

Perkembangan terbaru isu menaik taraf jalan di bandar ini melegakan banyak pihak kerana masalah kesesakan yang berlaku kian serius dan membebankan penduduk di sini.

Ahli Majlis MPK merangkap NYDP Kawasan Kota Raja, Tn Hj Mohd Termizi berkata, kenyataan itu sudah pasti disambut baik oleh warga daerah ini dan pengguna lain yang sekian lama tertekan berikutan kesesakan yang dialami sebaik sahaja projek naik taraf itu dimulakan.

“Selain daripada pengumuman itu, majlis juga meminta pihak yang berkenaan memantau keadaan jalan yang sedang dinaiktaraf kini kerana terdapat banyak lubang yang menjejaskan aliran trafik khususnya pada waktu puncak.

“Keadaan itu adalah antara penyebab utama berlakunya kesesakan selain faktor lain yang ada kesan dari projek naik taraf yang dijalankan,” katanya ketika menghadiri Mesyuarat Bulanan di Bangunan MPK, di sini.

Hadir sama, Yang Dipertua MPK, Mislan Tugiu, ahli majlis, ketua jabatan dan wakil agensi serta jabatan yang terlibat.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini