04 May 2010

SUK JPrN Selangor kemalangan

UPDATE 10.25pm: Abdul Halim bin Muda, Setiausaha Kerja "SUK" Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Selangor (JPrN) kini sedang dirawat di Wad 6 bersama isterinya yang cedera ringan di Hospital Sri Manjung. Beliau mengalami patah tangan dan kaki kanan. 

Dimaklumkan kemalangan berlaku disebabkan mengantuk lalu kenderaan yang dipandu telah terbabas ke dalam gaung. Lokasi kemalangan berdekatan pekan Pantai Remis.

Untuk makluman, ketika PRK Hulu Selangor beliau telah bertugas sepenuh masa bermula seminggu sebelum penamaan calon. Harap sahabat dan jamaah yg membaca artikel ini dapat mendoakan agar beliau sihat dan seterusnya segera pulih dari kecederaan yg dialami.


Pada jam 4 +_ tadi aku terima call dari Albanjari, memaklumkan seorang ahli jemaah PAS Selangor, Saudara Abdul Halim Muda (SUK JPrN Selangor) telah mengalami kemalangan di Pantai Remis, menurutnya mangsa dalam perjalanan ke Hospital Manjung.

Aku tak dapat nak buat apa-apa melainkan menelefon YDP Lumut, memohon jasanya untuk membantu, lalu YDP meminta Pegawai Khidmat DUN Saudara Hamidon membantu kes tersebut.

Rupanya sewaktu itu mangsa masih lagi di Klinik Kesihatan Pantai Remis, lalu aku telefon Ciberboron, mohon jasa baik beliau untuk pergi ke Pantai Remis, Ciberboron call balik mangsa dah pun pergi ke hospital Manjung.

Jam 5 aku balik kerja terus ke hospital, pergi ke Wad Kecemasan, mangsa waktu itu tengah menerima rawatan dalam bilik wad kecemasan, Saudara Hamidon ada bersama-sama isteri mangsa dan anak kecil perempuan mangsa. Oleh kerana tiada apa-apa yang perlu aku bantu, aku telah balik sekejap dan pergi ke klinik, setelah selesai pergi beli barang sekejap.

Dalam aku tengah menunggu order makanan, Ciberboron call lagi, memaklumkan barang-barang mangsa telah dijumpai disimpan oleh penduduk berdekatan kemalangan berlaku, malangnya tuan yang memegang tidak mahu memberi kepada Ciberboron, dia nak bercakap dahulu dengan tuannya.

Terpaksa aku bergegas semual ke hospital, sampai saja di hospital isteri mangsa pun turut sama dimasukkan ke wad 6, rupa-rupa pengsan sekejap tadi..., tak dapat isterinya nak bercakap dengan ciberboron, Anak perempuannya nasib baik isteri Encik Hamidon ada bersama dan menolong menjaganya.

Apa yang aku nampak mangsa dalam keadaan cedera teruk, dan ada anggota yang patah, isterinya aku agak mungkin telampau letih dalam perjalanan, kemudian kemalangan, mungkin perut kosong dan sebagainya, menyebabkan pengsan seketika.., alhamdulillah anak perempuannya sihat.

Kereta mangsa Perodua Kembara telah ditarik ke woksyop Happ Soon Kampung Acheh Stiawan. Menurut Albanjari wakil mangsa dalam perjalanan dari Selangor, manakal isterin mangsa pun memaklumkan keluarha mangsa dalam perjalanan.

Sama-samalah kita berdoa kepada allah S.W.T memberikan kesehatan kepada mangsa...Amin. sumber : http://manjongmari.blogspot.com/2010/05/berita-terkini-keadaan-ahli-pas.html

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini