12 July 2010

Realiti .... cabaran untuk PAS menguasai 60 Parlimen

Sasaran yang ingin dicapai oleh PAS seperti yang dinyatakan oleh Pengarah Jabatan Pilihan raya Pemuda PAS Pusat merangkap MP Jerai, Mohd Firdaus Jaafar sangat baik tetapi untuk mencapainya tidak semudah menyebut A,B,C.

Jika ianya merupakan cabaran/tugasan bagi setiap ahli parti maka bermula dari kepimpinan yang paling tinggi di peringkat pusat, negeri, kawasan dan cawangan  WAJIB untuk semua orang menggandakan usaha berkali-kali ganda dari apa yang ada sekarang.

Jika anda pimpinan Negeri, Kawasan dan Cawangan anda balik dan check Jabatan/Jentera Pilihanaraya masing-masing. Master Plan nya dah siap ke belum? Jika ada tengok pula pelaksanaan sudah sampai tahap mana?  Ada  banyak benda yang kena check disana sini termasuk komitmen AJK disemua peringkat.

Menurut Dato Abdul Halim Abd Rahman, Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat dalam sessi taklimat kepada Jawatankuasa Unit Pendaftaran Pemilih (UPP) Kota Raja pada 20.6.2010 yang lalu, Barisan Nasional akan menggunakan "grant plan" yang mereka gunakan semasa menumbangkan kerajaan sepenggal Terengganu untuk merampas kembali Selangor dan Kedah dari Pakatan Rakyat.

Untuk "meneutralize" grant plan tersebut Dato Pengarah JPP menyarankan agar Gerak Kerja Daftar Pemilih MESTI di aktifkan disemua kawasan terutama yang PAS bertanding dan bagi menyelamatkan Selangor dari tumbang kepada barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti tambahan 350,000 pengundi baru mesti dibuat oleh PAS, PKR & DAP.

Inilah gerak kerja yang paling penting dan utama. Kelantan yang sudah dikuasai oleh PAS lebih 20 tahun meletakkan gerak kerja ini sebagai suatu keutamaan bagi setiap ahli parti, cawangan, kawasan, ahli majlis, jkkk dsbnya.

Saya tertarik dengan ungkapan yang dibuat oleh YB Dr Zulkifli Ahmad MP Kuala Selangor merangkap Sekretariat Pakatan Rakyat Pusat semasa taklimat kepada UPP tempuh hari bahawa untuk menang dalam pilihanraya umum akan datang ada 3 syarat yang utama yang perlu dipenuhi oleh setiap kawasan.
  1. Daftar Pemilih
  2. Daftar Pemilih
  3. Daftar Pemilih
Sudahkah anda melakukannya atau kawasan anda dilanda sindrom bisu, pekak dan tuli. Tidak usah marahkan sesiapa, saya faham kerana saya juga merupakan salah seorang jentera parti, saya amat memahami keadaan sekeliling kita semua. Menjadi seorang Jentera Parti tidak semudah menjadi comentator dalam blog ... wallahuaklam
razifpas kota raja

KUALA LUMPUR, 12 Julai: Harakahdaily - Sasaran PAS adalah merampas 37 kerusi Parlimen daripada Umno pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), selain mempertahankan 23 kerusi yang sedia dikuasai oleh PAS, tegas Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

Menurut beliau, usul 'menguasai 60 Parlimen' itu telahpun dipersetujui dalam Muktamar PAS kali ke-56 pada 12 Jun lalu demi memastikan PAS bersama-sama Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih kerajaan Persekutuan dari Umno BN tidak lama lagi.

Sehubungan itu, beliau mewakili jentera pilihan raya pemuda menolak pelawaan Umno untuk kerjasama demi kepentingan parti perkauman itu.

"Sasaran kita yang sebenar adalah 60 Parlimen ke Putrajaya, janganlah main isu lain," tegas beliau petang tadi di Lobi Parlimen.

Baginya, PAS mempunyai harapan yang cerah untuk menguasai kesemua Parlimen sasaran tersebut jika berdasarkan demografi pengundian rakyat pada PRU12 lalu.

"Saya ingat cerah, kalau jentera lebih berkerja keras dari apa yang sedia ada," ujar beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihan raya Pemuda PAS Pusat.

Ini kerana, beliau berkata, sebanyak 16 kerusi Parlimen menyaksikan PAS kalah kurang dari 5 ribu undi.

Manakala, katanya lagi, lapan kerusi parlimen sasaran yang lain menyaksikan PAS kalah kurang dari 10 ribu undi.

13 kerusi berbaki, menurut beliau lagi, menyaksikan PAS kalah 13 ribu undi sahaja.

"Kita kena gandakan fokus dan kerja, kalau nak pujuk rakyat tolak politik zalim dalam pilihanraya depan," tegasnya lagi.

Ditambah dengan mood rakyat yang kian sedar ekoran melihat isu penyerahan tanah KTM di Tanjong Pagar pada Singapura; gadai dua telaga minyak (Blok L dan Blok M) pada Brunei; kes pembunuhan Altantuya; skandal kapal selam Scropene; serta perlantikan Firma Perunding Antarabangsa APCO Worldwide (IAC) yang dikatakan pro Yahudi sebagai syarikat komunikasi kerajaan, beliau berkata, sudah tentu memberi kelebihan pada PAS dan Pakatan Rakyat.

Penegasan '60 Kerusi Parlimen' itu sekaligus menjawab pelawaan Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas, Lokman Nor Adam kononnya PAS lebih mudah melaksanakan Islam sekiranya bekerjasama dengan Umno adalah sandiwara Umno semata-mata.

Menurut beliau, tujuan pelawaan itu demi kepentingan Umno semata-mata, bukannya Islam.

"Kalau Umno ikhlas nak laksana Islam, mereka boleh buktikan sekarang, tak perlu 'main wayang' dengan PAS," ujar beliau sambil menyifatkan kenyataan Lokman itu bertujuan memecahbelah muafakat Pakatan Rakyat.

"Saya tak mahu Negara Islam versi Umno sebab negara kekal dalam kezaliman ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), mahkamah tidak bebas, rasuah sana sini, sokong judi bola, amalkan politik membenci kaum-kaum lain yang tidak sokong Umno dan banyak lagi sebenarnya."

Sebaliknya, beliau berkata, pendirian PAS bersama-sama DAP dan PKR atas nama Pakatan Rakyat demi memujuk rakyat menolak kezaliman Umno BN; sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

"Dalam Perjanjian Fudhul Hudaybiah, sebelum Perang Badar dan waktu memeterai Perjanjian Madinah pun, Nabi sendiri bersama-sama orang Islam dan yang bukan Islam untuk lawan kezaliman, apa masalahnya dengan DAP dan PKR," soal beliau.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Lokman turut mendakwa DAP anti Islam, manakala PKR pula adalah parti yang memperjuangkan kepentingan peribadi pemimpin utamnya.

Lokman turut mengumpan PAS kononnya boleh melaksanakan Hudud sekiranya parti itu bersedia bekerjasama dengan Umno dalam masa terdekat ini.

Difahamkan, pujukan Lokman itu demi memulihkan semula sokongan masyarakat Melayu pada Umno yang belakangan ini dilihat kian pudar sejak parti perkauman itu menggadai kepentingan agama, negara dan bangsa.

2 comments:

  1. Perwakilan Muktamar
    to me

    show details 1:10 AM (17 hours ago)

    Perwakilan Muktamar has left a new comment on your post "Realiti .... cabaran untuk PAS menguasai 60 Parlim...":

    Kenyataan YB Mohd.Firdaus Jaafar ni wajar disambut dan dilaksanakan oleh semua peringkat ahli PAS.Usul ini telah diluluskan sebulat suara pada Muktamar PAS diPutik baru-baru ini.Inilah satu usul yang dianggap penting,bernas dan amat wajar dilaksanakan segera memandangkan PRU ke13 munkin akan diadakan tidak berapa lama lagi.Kertas usul itu disertakan dengan banyak fakta dan telah menetapkan tidak kurang dari 15 gerak-kerja yang sepatutnya sudah dimulakan tatkala selesai sahaja Muktamar.Malangnya,Pengarah Pilihanraya PAS Pusat nampaknya belum lagi berbuat sesuatu yang konkrit untuk merialisasikan usul itu. Ayuh! Pemuda PAS,mulakan gerak-kerja.Sasar sudah ditetapkan dan gerak-kerja pun sudah dirangka.
    ------------------------------------------------
    Sorry bro, terpaksa edit sikit supaya tidak mengeruhkan suasana, jgn marah tau

    ReplyDelete
  2. No harm done.Yang you edit to dimasukan sekadar nak beri "wake-up call" kepada Pengarah Pilihanraya PAS Pusat dan sohabat-sohabat yang sealiran dengannya.Square peg in round hole.

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini