29 November 2010

IDEA Dr. Asri

Bekas mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mencadangkan perkahwinan dijadikan antara faktor bagi mendekatkan hubungan antara kaum yang berbeza di negara ini.

Sehubungan itu, katanya golongan yang berpengaruh dan kerajaan hendaklah menggalakkan perkhwinan campur termasuk memberikan insentif tertentu kepada pasangan yang berkahwin rentas kaum berkenaan.

asri jais record statment colum upacara telan air ludah ustaz 100410 pcMenurutnya, sejarah telah membuktikan perkahwinan telah menjadi faktor perdamaian dan interaksi harmoni antara budaya dan kaum. 

“Perkahwinan antara kaum hendaklah tidak bersifat menghapuskan budaya dan nilai positif yang dimiliki oleh sesuatu kaum. Setiap pasangan berhak mengekalkan budaya dan adat resam kaumnya yang baik. 

“Hendaklah setiap pasangan meraikan warisan dan budaya pasangannya yang tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip yang dipegang. Memaksa seorang Cina menjadi 'Melayu' atau Melayu menjadi 'Cina' selepas perkahwinan adalah tindakan yang salah dan tidak membawa keharmonian kaum,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Asri, bagi yang beragama Islam, hendaklah dipastikan keislaman mereka terpelihara. Bahkan individu berkenaan wajar menunjukkan contoh pegangan dan akhlak yang baik kepada pasangannya kerana sikap dan teladan yang buruk akan menyebabkan salahfaham terhadap Islam.

“Fahaman agama yang sempit seperti menghalang pasangan yang menganut Islam berhubung dan berbuat baik kepada keluarga asalnya, menziarahi mereka atau menafikan nama keluarga seperti menukar nama 'bapa' adalah sesuatu yang tidak diajar oleh Islam. 

“Bahkan nas-nas Islam menyanggahi hal tersebut. Ia adalah 'kesempitan pemikiran setempat' yang patut digugurkan dari masyarakat kita. Ia antara penghalang keharmonian kaum dan agama,” katanya.

Bekas mufti Perlis itu juga berkata perkahwinan antara kaum patut dijadikan kesempatan memahami dan mempelajari nilai-nilai mulia yang dimiliki oleh setiap kaum dan bukan bertujuan menghapuskan identiti kaum berkenaan. 

“Dengan itu, setiap kaum akan hormati dan cuba memahami kelebihan dan kekurangan yang dimiliki lantas melaksanakan apa yang Allah firman: (maksudnya): Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).”

Katanya lagi, perkahwinan campur hendaklah bebas dari anggapan bahawa sesuatu kaum lebih mulia dari kaum yang lain hanya atas faktor keturunan semata-mata. 

“Sabda Nabi SAW “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang Arab ke atas 'Ajam (yang bukan Arab), atau 'Ajam ke atas Arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani),” katanya.

Menurutnya, jika hal-hal itu, dihayati, perkahwinan campur boleh membantu mengeratkan hubungan antara masyarakat majmuk di negara ini.

27 November 2010

Mat Sabu kata "pergolakan dalam parti lumrah"

1. Haji Mohammad Sabu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dalam ucapannya didalam Majlis Hi Tea anjuran PAS Cawangan Teluk Menengun petang tadi memberitahu para hadirin dan pimpinan serta ahli PKR bahawa apa yang berlaku pada PKR pada ketika ini adalah sesuatu yang lumrah bagi mana-mana parti politik khususnya di Malaysia.

2. Bagi beliau apa yang berlaku pada parti Umno dalam perebutan jawatan adalah lebih teruk sehingga parti tersebut diiharamkan suatu ketika dulu. Akibat dari pergeseran tersebut ramai pemimpin termasuk Menteri Umno yang keluar parti dan menubuhkan Parti Semangat 46 pimpinan Tengku Razailegh Hamzah.

3. Sementara dalam PAS berlaku peristiwa yang sama dimana pada ketika PAS baru ditubuhkan, yang Di Pertua PAS ketika itu iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Fuad telah meninggalkan parti dan terpaksa dipangku oleh Ustaz Dr Burhanuddin Al Helmi. Selain beliau Panglima Jihad iaitu Ust Adli juga meninggalkan PAS.

4. Selain itu Ust Nakhaie juga meninggalkan PAS untuk menyertai Umno dan yang paling memilukan ialah bila Presiden PAS Allahyarham Dato Asri Muda juga turut meninggal kan PAS.

5. Apa pun ucapan Hj Mohammad Sabu, keluarnya mereka dari PAS tidak meninggalkan kesan kepada parti malah parti dilihat semakin kuat dan unggul selepas semua peristiwa ini berlaku. Ini terjadi kerana kekuatan PAS terletak kepada ahli-ahlinya yang ikhlas berjuang untuk parti.

6. Untuk itu beliau menyeru supaya perpaduan diantara parti -parti Pakatan rakyat perlu diperteguh dan di mantapkan menjelang PRU 13 akan datang.








Baca lagi berita berkaitan majlis Hi Tea ini

26 November 2010

Pendemokrasian Rakyat Negeri Selangor (2)

Tahniah ARO Pn Azimah serta En Majid diatas kerja yang anda lakukan.


JOM ramai-ramai ikut MB serah memorundum

Penduduk di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya dijemput mengiringi Menteri Besar Selangor dan pimpinan Pakatan Rakyat untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) pada 5 Disember ini, lapor

Exco Selangor, Dr Halimah Ali dalam satu sesi dialog berkenaan isu air bersama guru-guru besar di seluruh Selangor hari ini menyeru rakyat Selangor untuk bangkit berjuang bersama-sama pimpinan kerajaan negeri demi mempertahankan hak mereka.

"Maka kerajaan negeri Selangor menjemput rakyat, menyuarakan hak rakyat ini kepada mereka yang tidak faham-faham.

"Jadi kita semua dijemput bersama-sama dengan Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim) pada jam 12 tengahari di Masjid Negara, kita jalan ramai-ramai, kita selawat," katanya.

Kira-kira 25 ribu penduduk Seksyen 24, Shah Alam dijangka menandatangani memorandum yang bakal diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus oleh SYABAS yang dianggap membebankan rakyat di negeri ini.

NONEPada sesi dialog semalam, Halimah mengingatkan bahawa kerajaan negeri mempunyai matlamat jelas dalam membantu rakyat Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya untuk mempertahankan hak mereka.

Katanya kerajaan negeri sedaya upaya mengadakan rundingan bersama syarikat konsesi air di Selangor dalam memastikan rakyat menikamati keperluan asas itu dengan harga yang sewajarnya.

"Kerajaan Selangor tidak berminat untuk berpolitik mengenai isu air, tidak berminat untuk menghabiskan masa untuk perkara asas.

"Kerajaan negeri tidak berminat untuk mendapat untung dari air ini tetapi kerajaan negeri berminat untuk memberikan air percuma supaya rakyat di negeri Selangor ini mendapat air yang bersih supaya rakyatnya sihat dan kuat," katanya.

Kerajaan Selangor sebelum ini menegaskan lesen pembekalan air yang diberi kepada SYABAS akan ditarik balik jika didapati mengutip balik kos 20 meter padu air yang disubsidikan kerajaan negeri kepada rakyat menerusi Tabung Budi yang dilancarkannya pada Ogos lalu.

24 November 2010

Gerak Kerja PRU 13 Muslimat Ulu Kinta

23 Nov 2010, YB Dr Siti Mariah Mahmud selaku Timbalan Pengarah 3 Jabatan Pilihanraya PAS Pusat telah di jemput oleh Muslimat PAS Ulu Kinta untuk memberi Motivasi serta rangsangan  kerja parti kepada Muslimat  PAS bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 yang dijangka tidak berapa lama lagi.

Tahniah diucapkan kepada Ketua Muslimat Ulu Kinta serta Ahli Jawatankuasa nya yang berjaya mengumpulkan sebegini ramai ahli untuk hadir. Sudah tentu anda bertungkus lumus untuk menjayakan program ini.
 YB Dr Siti Mariah menyampaikan ceramahnya pada majlis pelancaran gerak kerja PRU 13, anjuran Muslimat Ulu Kinta.
Moga semangat juang ini diteruskan bagi memastikan Perak dapat dirampas kembali  dari kerajaan haram UBN dan dikuasai semula oleh Pakatan Rakyat pada pilihnaraya Umum akan datang.
Antara hadirin yang hadir

Teruskan dengan gerak kerja puan-puan seperti yang telah dibentangkan oleh YB Dr Siti Mariah.
 Buah tangan hadiah Muslimat Ulu Kinta untuk dibawa pulang ke Kota Raja

catatan ; norakif, pusat khidmat masyarakat parlimen KR yang mengikuti rombangan YB kesana.

23 November 2010

Rebranding UBN

Umno-Bn kini mendapat nasihat agar berubah demi menarik undi rakyat. Bimbang dan ketakutan hilangnya kuasa dan terpaksa keluar dari Putrajaya menyebabkan serba-serbi perubahan cuba dilakukan.

Seolah-olah para pemimpin BN sendiri trauma dengan kekalahan yang berlaku pada Pru-12 menyebabkan mereka takut kepada bermacam perkara. Kini mereka takut kepada lambang dan logo mereka sendiri. Takde pertandingan mencipta logo ke? 

Logo dan warna dacing pada lambang Barisan Nasional (BN) mungkin akan berubah. Ia antara kejutan yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Konvensyen BN, 28 November ini. "Perubahan-perubahan lain akan kita umumkan pada hari konvensyen itu. Ada sedikit perubahan dari segi logo dan warna. Saya akan umum pada hari itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Pemimpin BN dan Umno sendiri seolah-olah ingin keluar dari kepompong mereka. mreka hilang keyakinan. Mereka merasakan kebencian rakyat kepada BN sebagai logo yang dipangkah ketika mengundi perlu digantikan dengan lambang lain. 

Bahkan warna biru perlu ditukarkan dengan warna lain. Mungkin dirasakan sudah tidak releven. Manusia moden kini sudah tidak menggunakan dacing ketika menimbang. 

Orang menggunakan timbangan metrik yang lebih moden. Lambing dacing tidak menarik orang muda untuk memangkahnya. Apatah lagi kini lambang dacing terlalu banyak grafik kreatif di internet yang menggambarkan betapa tidak relevennya logo tersebut.

Logo dan lambang ini memainkan peranan yang besar juga. Lain siket menyebabkan orang ramai menjadi keliru. 

Manusia amat berhajat kepada bulan. Bahkan warna traffic light hijau ini sudah sinonim dengan warna Islam diseluruh dunia.

Dulu pemimpin UMNO sendiri mengarahkan untuk diubah logo dan warna Petronas kerana trauma dengan warna dan logo Pas.

Bahkan kat kenduri hari ini warna air sirap hijau lebih digemari. Orang Umno nak minum pun rasa terlekat ditengkok.

Sebenarnya mereka merasakan serba serbi tak kena. Rasulullah pernah mengingatkan kita:

“Takutlah kamu kepada Allah nescaya Allah akan menanamkan perasaan takut makhluk kepada kamu dan jika kamu takut kepada makhluk nescaya Allah akan menanamkan dalam hati kamu rasa takut kepada semua selain Allah”

Bagi pejuang Islam, kalah dan menang itu ketentuan Allah swt. Mereka menerima dengan keadaan tenang. Bagi UMNO kekalahan adalah kiamat.

Mereka tak pernah kalah. Mereka tak mahu menerima kekalahan. Sebelum berlaku mereka cuba melakukan perubahan agar dapat meraih sokongan rakyat.

Tapi ingatlah, Umno kini dihimpit kekalahan. Selagi berubah selagi cepat rebah.Macam orang nak mati. Gelisah tak tentu pasal. Serba tak kena. Ini tanda BN nak mati ! Tempoh ajal sudah dekat!

18 November 2010

Jangkaan Mahathir

Barisan Nasional dijangka terus gagal mendapatkan majoriti dua pertiga di parlimen tetapi mungkin berjaya merampas satu atau dua buah negeri kembali pada pilihan raya umum akan datang, kata mantan, perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada wawancaranya dengan Bloomberg pada 16 November lalu, Mahathir berkata “BN mungkin tidak dapat dua pertiga majoriti yang membolehkan mereka memerintah negara dengan mandat yang kukuh” pada pilihan raya umum yang perlu diadakan sebelum 2013.

Namun, katanya parti pemerintah itu “mungkin mendapat satu atau dua” daripada lima negeri yang sekarang di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Mahathir bagaimanapun tidak menamakan negeri-negeri yang dijangkakan akan jatuh semula ke tangan BN. Namun dipercayai beliau merujuk kepada negeri asalnya, Kedah yang jatuh kepada PAS buat pertama kali pada pilihan raya 2008.

Sebuah negeri lain yang diintai oleh BN adalah Selangor, antara negeri paling kaya di Malaysia. Andaian Mahathir itu dipercayai dipengaruhi oleh kejayaan BN pada dua pilihan raya kecil awal bulan ini - kerusi DUN Galas dan parlimen Batu Sapi - dan juga krisis kepimpinan yang melanda PKR sekarang.

17 November 2010

SPR & Rasuah

Badan Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel) Bahagian Timur berpendapat  sasaran sifar rasuah dalam pilihan raya hendaklah dijadikan objektif utama di samping usaha berkesan digerakkan bagi mempastikan etika, keadilan dan kebebasan pilihan raya tercapai.
 
Pengarah Mafrel Bahagian Timur, Dr Abdul Halim Yusof berkata, ini kerana pilihan raya yang adil, bebas dan telus itu merupakan ‘jantung kepada demokrasi’.

Justeru, katanya semua pihak mestilah memainkan peranan bagi mempastikan objektif itu terlaksana.

Tambahnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hendaklah mewujudkan strategi lebih agresif dan berkesan dalam mencapai sifar rasuah.

Sementara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula, ujarnya hendaklah melaksanakan operasinya lebih terbuka di lapangan semasa pilihan raya supaya menjadi strategi bagi menutup pintu rasuah.

“Dalam masa sama, rakyat perlu dididik tentang maksud an bentuk rasuah yang boleh terjadi dalam pilihan raya.  Ini penting agar rakyat boleh menjauhinya, sementara  ‘peniup wisel’ pula mampu memainkan peranan dengan berkesan.

“Walau pun dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri N.45 Galas pada 4 November lalu Mafrel tidak diberikan akreditasi oleh SPR dalam kerja pemantauan, namun Mafrel tidak berputus asa dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab sosialnya dengan meneruskan pemantauan perjalanan pilihan raya,” katanya.

Beliau turut mengulas betapa perlunya pendekatan baru dalam kempen pilihan raya termasuk ketidakwajaran kehadiran polis dalam jumlah yang ramai.

“ini kerana dalam konteks PRK N.45 Dun Galas, 88 peratus responden menyatakan tidak wujud pergaduhan atau keganasan, manakala selebihnya mengakui wujud sedikit pergaduhan tetapi tidak serius.

“Sementara 86 peratus tidak merasai apa-apa kebimbangan untuk keluar mengundi dan semua pihak perlu berusaha mengurangkan kos pilihan raya,” katanya.

Analisis dari Laporan Kajian Persepsi Penduduk Kawasan N.45 Dun Galas yang di sediakan Mafrel Kelantan juga menekankan aspek pengundian pada hari bekerja di mana ramai penduduk setempat tidak bersetuju. 

Ini, katanya kerana kemungkinan membebankan pengundi dari segi aspek pergerakan, masa, pekerjaan atau perniagaan mereka.

16 November 2010

Tak tau Malu

1. Umno memang jenis tak tau malu dan Ahmad Maslan menunjukkan kepada umum bahawa Umno sebagai “hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong” apabila terus-menerus mengajak PAS agar bersamanya dalam Barisan Nasional (BN).

2. PAS sudah tutup buku dan tiada lagi kerjasama dengan Umno, tapi Umno secara terang masih lagi ajak PAS untuk menyertai BN.

3. Ketua Penerangan PAS Pusat menegaskan tidak akan bersama Umno kerana menganggap tidak selamat duduk dalam kapal yang bocor.

4. Umno semakin goyang bila PAS menganjurkan seminar "PAS ganti Umno" di Shah Alam baru-baru ini.

5. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berkata, Umno perlu bersikap terbuka dalam menerima kekalahan dalam pilihan raya, bukan dengan berusaha mencari taktik untuk menang dan bertindak macam di Perak tahun lalu.

6. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin juga menyokong tindakan PAS yang menggunakan strategi “PAS Sedia Ganti Umno” kerana berpendapat PAS layak untuk bersaing seterusnya menggantikan Umno sebagai sebuah parti Melayu.

7. Kesimpulannya, PAS tidak akan bersama Umno sampai-bila tetapi Umno dipersilakan bersama PAS.

Aku Keluar Parti

Ada berapa episod lagi drama yang panjang dan membosankan ini?. TV pro-umno macam pembuat film oshine pada tahun 80an dulu. Cerita sikit aje ..... tapi disambung-sambung sampai bertahun-tahun cerita tu baru habis. Tapi kita mana boleh tahan apa yang mereka nak buat, lantaklah. lepas PRU 13, kalau ada rezeki PR menang, siaplah.

Kemuncak drama yang panjang ini, akhirnya hero ini menulis dari kejauhan dalam blognya "Aku Keluar Parti". 

Dalam PRK Hulu Selangor dulu, baru kita sedar ada hikmah disebalik keputusan PRK tersebut.

OK lah yang sudah tu sudahlah, kita ucapkan selamat berehat dan tak payah fikir dan cakap pasal parti lagi bila dah buat keputusan begitu. Buatlah kerja sendiri. 

Banyak juga jasanya antaranya menjual bangunan umno Kota Bharu kepada PAS. Jasa untuk PKR lagi banyak kut, namun jasa dan pengorbanan itu tidak payahlah diungkit-ungkit, sekadar ingatan jangan ikut ajaran songsang YB Kulim dah lah.

13 November 2010

Kalau saya keluar PKR..... DSAI

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno-Barisan Nasional menerusi agen propagandanya, Utusan Malaysia kini cuba mencetuskan krisis dan suasana tegang dalam parti setelah segala usahanya untuk memfitnah dan mentohmah pemimpinnya menemui kegagalan.

Kata Anwar antara usaha tersebut adalah seruan agar beliau dan Naib Presiden, Azmin Ali mengundur daripada parti yang dibuat oleh individu tertentu dalam KEADILAN atas dakwaan beliau dan Ahli Parlimen Gombak itu punca kepada segala masalah dalam parti.

"Kalau saya umum hari ini, dengan ini saya Anwar mengisytiharkan keluar daripada KEADILAN' Umno akan buat kenduri besar-besaran esok. Malah mereka akan sambut perayaan korban lebih awal daripda Hari Raya Haji," Anwar berseloroh di depan lebih 1,000 penyokong di majlis ramah mesra anjuran KEADILAN Cabang Simpang Renggam semalam.

Dalam nada yang lebih serius Anwar menyakinkan kepada anggota parti bahawa segala usaha dan komplot tersebut tidak akan berjaya.

"Semasa saya dalam kerajaan dan pernah memegang jawatan sebagai Pemangku Perdana Menteri, semua tokoh-tokoh kaya yang berpangkat daripada Datuk, Datuk Seri, Tan Sri, Tun mengelilingi saya dan angguk kepada semua kata-kata saya tetapi selepas saya dipenjarakan, dipukul setengah mati, ditelanjangkan satu satu panggilan kepada Azizah untuk bertanyakan khabar anak-anak pun tidak ada daripada orang seperti ini.

"Siapa yang bantu perjuangan saya, mereka yang tinggal Kampung Kerinci yang setiap malam memasak nasi dan memberi air kepada penyokong, pemandu teksi yang membawa penyokong ke rumah saya tanpa meminta wang tambang dan rakyat biasa yang berkorban tanpa meminta apa-apa pembalasan. Mereka inilah sebenarnya tunggak kekuatan menegakkan keadilan di negara ini.

"Tokoh korporat yang kaya, bekas menteri yang kaya boleh datang dan pergi dalam parti kita tapi yakinlah kalau parti ini menjaga hak dan kebajikan rakyat bawahan kita akan berjaya, insyaAllah.

"Yakinlah kejayaan adalah hampir jangan kita lupa pada PRU-12 Pakatan Rakyat menang di Semenanjung denga 51 peratus undi, Umno-BN hanya dapat 49 peratus, mereka dah kalah. Kita hanya perlukan 5 peratus lagi dan insyaAllah kita akan ambil alih Putrajaya dan buat perubahan untuk rakyat. Jadi saya menyeru semua anggota parti, pendokong pakatan Rakyat serta rakyat berusaha sikit lagi da bersabar," tegas Anwa.

Umno hanya layak jadi pembangkang

Bukan sahaja di Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, malah Insa Allah selepas PRU 13 akan dituruti oleh beberapa negeri lagi, Umno memang selayaknya menjadi parti pembangkang yang tidak berwibawa dinegeri-negeri yang dikuasai oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Dengan Putrajaya masih dikuasai oleh mereka, penipuan, manipulasi dan segala pembohongan dan lapuran ikut sedap mereka disaji hampir setiap hari oleh media arus perdana. Kalau sebelum ini Kedah dianggap negeri paling cool dikalangan negeri-negeri yang diperintah oleh PR kerana kebijaksanaan dan keadilan yang ditunjukkan oleh MB Dato Seri Azizan, hari ini Azizan terus dihentam semaunya oleh UBN tanpa ehsan walau pun dalam masa yang sama MB ini sedang bertungkus lumus serta bermati-matian membantu mangsa-mangsa banjir.

NGO Munirah Care dari Parlimen Kota Raja turut menghulur bantuan kepada mansa-mangsa banjir, sumbangan disampaikan oleh Tn hj Termizi Ismail, Pengerusi Munirah Care kepad Ketua Pemuda PAS Kedah, berita lanjut dan gambar boleh rujuk dalam Akhbar Harakah keluaran terkini.

Sudah menjadi amalan Umno dan BN memanipulasikan apa jua sumbangan yang diberikan oleh Pakatan Rakyat (PR) supaya diberikan imej buruk dengan pelbagai dakwaan yang bersifat prejudis.

Naib Presiden PAS Mahfus Omar pula menyifatkan kepimpinan Umno dan BN yang turun padang adalah tidak telus jika dibandingkan dengan apa yang telah dilakukan oleh kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah.

"Sebelum mereka sampai dari Kuala Lumpur ke Pendang, Kubang Pasu, Pokok Sena atau Padang Terap yang dilanda banjir besar, kita sudah pun meredah air banjir. Walaupun kita turun padang dini hari mereka tidak beri liputan yang adil.

"Media arus perdana yang mengamalkan diskriminasi sehingga menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat. Mereka mengambil kesempatan di atas kesusahan dan musibah yang menimpa rakyat untuk raih sokongan.

"Amalan tidak telus Umno BN inilah yang menyebabkan mereka akan tersungkur sekali lagi dalam pilihan raya yang akan datang apabila rakyat sedar politik murahan yang sedang diamalkan mereka tidak mampu untuk mengembalikan sokongan rakyat terhadap mereka," ujarnya lagi.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena menyifatkan Umno BN tidak bijak dalam menangani masalah membantu mangsa banjir yang terlibat di Kedah baru-baru ini.

Dalam pada itu katanya, pemimpin Umno BN hanya datang ke pusat penempatan banjir setelah mangsa dipindahkan dan berada dalam keadaan baik sedangkan kepimpinan kerajaan negeri meredah air banjir sehingga basah kuyup.

"Media Umno BN tak berani dedahkan perkara sebenar apa yang telah kerajaan negeri lakukan. Memang mereka tak berani beri publisiti kerana takut sekiranya rakyat tahu kerajaan negeri turun padang sebelum mereka dari pusat sampai, sebab itulah saya nyatakan Umno BN mengamalkan politik murahan yang tidak bermoral dalam menangani musibah yang menimpa rakyat. Mereka ambil kesempatan di atas kesusahan orang lain bagi menjadikan ia sebagai kredit," tegasnya lagi.

09 November 2010

Dia dah undur, Anwar tak perlu undur

1. Hebat statement mereka berdua di TV 3 sebentar tadi.

2. Mereka dah undur jadi DSAI tak perlu undur, sebab kalau semua undur apa nak jadi pada PKR.

3. Ada betul juga pandangan Aziz Bari mengenai Dato Zaid dan PKR dan ketidak sempurnaan pemilihan kali pertama ini.

4. Mengenali Zaid, tak ada apa yang perlu digundah gulana kan, dulu Umno pitam dengan dia, hari ini  TSMY mengambil kesempatan untuk berkokok pulak.

5. Perjuangan kena diteruskan .... "Biar pun tinggal saya seorang, perjuangan PAS perlu diteruskan" kata Almarhum Dato Fadhil Nor dikatil pesakit HKL sebelum menghembuskan nafas terakhir.

08 November 2010

Isu Kafir : LKS saman NST

DAP advisor Lim Kit Siang has filed a defamation suit against New Straits Times Press (M) Bhd over a report published by its Malay-language daily Berita Harian on Tuesday.

The suit was filed by senior lawyer Karpal Singh.

The Ipoh Timor MP, in his statement of claim, alleged that the report was malicious and false in claiming that he had branded Umno as kafir (infidels), particularly in light of ongoing campaigning then for the Galas by-election.

Claiming that the respondent had failed to verify the facts, Lim said the report claimed that he had given a speech at Kesedar Sungai Terah, when he had not.

The report, he said, could be construed to mean that he had interfered in Islamic affairs and that he was guilty of sedition in making the alleged remark.

Another possible meaning was that he intended to sow hatred in a plural society and that he was an irresponsible politician.

In his statement of claim, Lim said the report was directed to lower his self-esteem and position.

For this, he is seeking general and aggravated damages for libel, as well as interest and costs of the action.

He also said a ralat (correction) published by Berita Harian on Thursday could be used as admission.

Karpal later said he would file a notice of action against Malacca Chief Minister Mohd Ali Rustam to verify whether or not he had commented on the matter, as quoted by Berita Harian.

This will be sent to Mohd Ali tomorrow, giving him seven days to reply.

“We will consider our next course of action following Ali’s reply – whether he apologises or denies making such a statement,” added Karpal.

‘Investigate the reports’

Lim later said the newspaper had shown lack of sensitivity and carelessness in what it published.

“This goes beyond Prime Minister Najib Abdul Razak’s 1Malaysia concept (which requires) being sensitive to all races, as we live in a multi-religious society,” he said.

Karpal also renewed calls for new Inspector-General of Police Ismail Omar to quickly investigate the matter as several reports have been lodged.

“There is not only civil liability but also sedition and criminal defamation,” he claimed.

“DAP will not sit back (if there are any more similar incidents), let’s make this clear.”

Last Tuesday, Berita Harian had quoted Ali as saying that the DAP and Lim have become braver by asserting that Umno members are kafir.

The daily issued a correction two days later.

Bila sudah tidak mabuk

Liverpool 2 - Chelsea 0

Torres put the Reds in front after 11 minutes. Martin Skrtel began the move, finding Dirk Kuyt in space inside the Chelsea half. Kuyt then looked up and picked out Torres' run into the box by lifting a superb ball over John Terry's head. With Terry beaten, Torres took one touch and rolled the ball past Petr Cech for his third goal of the season.

Torres, confidence soaring, hit a superb second a minute before the break. Raul Meireles won possession in midfield and charged forward, feeding Torres on the left. Torres cut inside and curled an unstoppable shot around Cech to double the lead.

07 November 2010

Bantuan Banjir di Kedah

Munirah Care sebuat NGO yang berpusat di Taman Setia, Johan Setia telah mengorak langkah menghantar bantuan kemanuksian kepada mangsa-manga banjir di Kedah. Misi bantuan ini adalah dengan kerjasama diantara Masjid & Surau di Parlimen Kota Raja.

Bantuan disampaikan oleh Tn Hj Md Termizi Ismail selaku Pengerusi Munirah Care tengahari tadi.

Barangan sumbangan berupa beras, air mineral, mee segera, biskut dan kain lampin pakai buang untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

Sumbangan merupakan hasil kutipan derma masjid & surau dari Parlimen Kota Raja diantaranya Masjid Jamek Ar-Rahimiah Klang dan Masjid Sultan Sulaiman Klang termasuk Pusat Tahfiz Al-Quran Sofiuddin/KOMTAS.

Dalam majlis tersebut turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar Kedah, Al-Fadhil Ustaz Azizan
Berita lanjut layari : Munirah Care

04 November 2010

Video Clip PRK Galas

Update bil. (6) : dimana Ku Li

Sepanjang kempen sehingga tengahari ini bilangan petugas dan perayu PAS jauh mengatasi kehadiran perayu undi BN.
Malah di daerah mengundi Sungai Terah hanya kelihatan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Adun Kuala Balah, Datuk Abdul Aziz Derashid dan beberapa penyokong Umno dari Jeli. Turut kelihatan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.

Namun kami para blogger dan media tidak dapat mengesan di manakah pengarah jentera BN, Tengku Razaleigh Hamzah.

Sedangkan ramai pemimpin Pakatan Rakyat kelihatan termasuk Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa,  Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengarah Strategik Keadilan, Tian Chua.

Habuan p'raya: Ratusan lagi beratur untuk RM250

Barisan panjang kelihatan di bilik operasi BN di Bukit Cekati, Gua Musang, di mana kira-kira 300 orang beratur selepas mengundi.

Kira-kira 12.30 tengah hari tadi, Orang ramai kelihatan mendaftar di kaunter sebelum masuk ke dalam sebuah bilik secara bergilir. Mereka kemudian kelihatan memegang sepucuk sampul coklat. Semakan mendapati jumlahnya bernilai RM250.

Hah. Kantui..EC dok apa tunggu lagi. Kalau di periksa nanti EC akan bagi tau, oooo ini habuan untuk pekerja dia.


Update Galas (4) : Sah undi Umno ke PAS

Sepenuhnya di sini.

 Ada diantara mereka yang keluar dari perjuangan yang terkinja-kinja dan tidak bermaruah ini kepada perjuangan yang lebih bermatlamat dan menuju jalan Allah.
Seperti yang ditunjukkan oleh Muslimat PAS ini, rupanya gaya, ketenangan dan displin  anda diperhatikan juga oleh Puteri Umno yang kini memberikan 2 undi (termasuk suami) Confirm kepada PAS.Jalan menuju kemenngan.

Pejabat Agung PAS terbakar

Tingkat 1 Pejabat Agung PAS yang terletak di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur dilaporkan terbakar sehingga ke tingkat bawahnya. Menurut HarakahDaily, kebakaran itu bagaimanapun, tidak merebak ke seluruh bangunan dan berjaya dikawal oleh pasukan Bomba dan Penyelamat. Ketika ini, kebanyakan petugas dan kakitangan pejabat PAS dilaporkan berada di Galas, Gua Musang dan juga di Batu Sapi, Sandakan untuk pengundian pilihan raya kecil hari ini.

24.02 peratus keluar mengundi di Galas

LANGSUNG GALAS Setakat 10 pagi, peratusan keluar mengundi sebanyak 24.02% (2775), tidak termasuk 6 kawasan Orang Asli.

Update dari Galas (3) : Suhakam di Pusat Pengundian

Apa nak jadi, mana-mana pusat pengundian yang kontigen Selangor bertugas pasti keadaan jadi panas.

Panas tidak mengapa janji keselamatan semua orang termasuk pengundi dan perayu undi terjamin. PAS sebagai sebuah parti yang mengamalkan disilin yang tinggi dikalangan ahli meletaskan petugas keselamatan sendiri bagi mengawasi gerak geri perayu agar menjaga batas-batas yang telah ditentukan serta tidak mencemah agama Islam.
Di Pusat Pengundian Sek Men Indra Putra Gua Musang - Suhakam telah mendirikan khemah dan pusat aduan ramai bagi mengawasi perjalanan pilihanraya kali supa dijalankan dengan telus dan adil. Baguslah mereka datang dan teruskan ditempat lain, kita mahu keadilan ditegakkan dan ada lah tempat mengadu.
 lagi berita klik

Live dari Galas : D-day

Bagi calun, pemimpin PAS/PR, penyokong dan pendokong PAS telah berusaha sahabis baik bagi memastikan kerusi Galas dapat dipertahankan buat kali ke 2 selepas PRU 12 yang lalu.

Ada pemimpin dan petugas parti yang telah berkampong sejak hari penamaan calun lagi, hanya Allah yang dapat membalas segala kerja baik yang tuan puan lakukan.
 Hero Kota Raja di hadapan Pusat Mengundi Sek Men Indra Putra Gua Musang

Ada anak yang ditinggalkan ibu mereka. ada suami yang terpaksa menggalas tugas didapur dan pelbagai lagi pengorbanan yang dilakukan oleh semua petugas PAS/PR. Ini lah perjuangan yang tidak pernah mengharapkan sebarang imbuhan melainkan ikhlas demi Allah SWT.
Tauladan : Makcik ni berumur 70 tahun tapi masih gagah merayu undi untuk PAS

Bagi para pengundi Galas anda telah diperlakukan dengan seamat-amat mulia oleh semua para perayu undi baik dari PAS/PR juga dari UBN. Anda tidak mungkin dirayu sebegini oleh mana-mana pihak jika tiada pilihanraya. 

Hari ini adalah hari penentuan, keputusan di hujung jari anda, kami telah meminta dari anda dan diteruskan dengan bermunjat kepada Allah SWT supaya anda diberi petunjuk agar menyokong perjuangan yang ada didalam ramai para alim ulamak yang tentunya anda ingin bersama mereka.
 Taklimat di Bilik Gerakan lepas subuh sebelum pergi berjuang
Berita bergambar menyusul lagi di   http://drsitimariah.blogspot.com/

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini