14 March 2012

Kisah parti sebantal umno

Syiok juga mendengar berita mengarut mengenai Parti komponen Barisan Nasional MCA ni ... senang cakap kawan rapat dan bantal peluk Umno lah.

Apa ke tidaknya weh oii, terkejut teman mendengor bahawa MCA akan mengenakan tindakan menggantung mana-mana anggota yang didapati mensabotaj parti ketika parti itu meningkatkan persediaannya untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja sebelum Mac tahun depan.

Setiausaha agung parti Datuk Seri Kong Cho Ha berkata ini disebabkan MCA masih berdepan ancaman ekoran pertelingkahan dalaman dan sabotaj.

"Dalam usaha menghentikan politik dalaman, lebih-lebih lagi memandangkan pilihan raya umum semakin hampir, mana-mana anggota parti yang didapati mensabotaj parti akan dirujuk kepada Lembaga Disiplin dan mereka boleh digantung selama enam bulan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata sehingga kini, parti itu belum menerima sebarang aduan rasmi berhubung perkara itu namun mereka akan memantau rapi perkara itu yang lazimnya berlaku setelah senarai calon diumumkan.

Aleh-aleh tak de pulak yang sabotaj. Ini jenih berita taik kucing ni, ngelentong aje keroje kome. Ada ke kate takde yang sabotaj, kalau benor tak de yang sabotaj ngaper sampey kalah teruk bebenor MCA pada PRU yang lepeh, habis lingkup hampir semua menteri pun tak menang. Itu komer kata tak de sabotaj.

Kalau gini le cara pikior komer, senang benorlah Pakatan Rakyat menumbangkan MCA yang dah reput ni.

"Setakat ini kami belum menerima apa-apa aduan. Memanglah, pilihan raya belum diadakan lagi. Bagaimanapun, kami akan memantau keadaan untuk memastikan mereka memberi kerjasama, terutamanya di peringkat bahagian dan cawangan.

"Langkah ini untuk memastikan jentera pilihan raya kami lancar dan berjalan dengan betul," katanya.

Pada pilihan raya umum lepas, MCA bertanding bagi 40 kerusi parlimen dan 90 kerusi dewan undangan negeri (DUN). Parti itu mencatatkan prestasi buruk apabila hanya memenangi 15 kerusi parlimen dan 31 kerusi DUN.

Antara alasan yang diberi berhubung prestasi buruk itu ialah sabotaj daripada anggota parti sendiri setelah beberapa penyandang tidak dicalonkan untuk bertanding semula oleh kepimpinan parti.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini