27 March 2012

Salam dari Melaka, ada sambungan rupanya : kisah bapa burik anak rintik

Salam4all

Semalam tak habis-habis cerita panas dari Negeri Melaka yang tebal karatnya tu. Diceritakan kepada umum seorang ADUN Umno tersesat ketika melawat Kawasan DUN nya ketika bertemu pengundi hingga ke jam 2.30 pagi dan ditemui terdampar kelesuan disebuah kelab malam bersama sang kupu-kupu malam.

Apa nak jelous selain ADUN kan dia orang kuat MAIM. Dia ada seribu alasan kenapa datang kesitu.

Ingatkan dah habislah cerita tu. Lantaklah biorkan aje orang lain je yang sambung cerita ni. 

Jap tadi terbukak pulak Utusan online .... best juga berita yang dipapar : umpama bapak burik anak rintik. Ni tajuk nya : 

Petugas   MAIM   minta   rasuah   wang   dan   seks


Seorang pekerja rendah am Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan rasuah iaitu meminta suapan wang dan perkhidmatan seks daripada seorang wanita bagi menyelesaikan satu kes khalwat, dua tahun lepas.

Zullias Rasid Manan, 36, dari Jalan Tun Kudu, Bukit Katil, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika kedua-dua pertuduhan dibacakan di depan Hakim Ahmad Sazali Omar.


Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM16,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 April depan untuk sebutan semula kes.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta RM1,500 daripada Siti Aishah Mohd Yusoff sebagai upah untuk menyelesaikan kes di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir pada kira-kira 6.30 petang, 10 Januari 2010.

Bagi pertuduhan kedua, Zullias didakwa meminta perkhidmatan seks daripada Siti Aishah di bilik nombor 225, Coastal Park, Hotel Ujung Pasir pada kira-kira 1.15 petang, 13 Februari 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Heikal Ismail dan Mohd Sa’ad Shukor dari SPRM manakala Zullias tidak diwakili peguam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini