05 March 2012

Mereka bukan macam Hasan Ali : Umno gigit jari

Umno gigit jari dengan keputusan Timbalan Pesuruhjaya 1 dan 2 PAS Kedah Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh  akan menyertai semula barisan Exco kerajaan negeri.

Walau pun ramai yang tidak selesa dengan kemelut yang melanda ini namun kedua pemimpim menunjuk kan kepada Umno bahawa mereka lebih mengutamakan jemaah dari kepentingan diri dan lain-lain.

"Kami tidak ada niat lain melainkan untuk kepentingan jamaah. Kami bukan nak jadi Hasan Ali. Tok Guru Haji Hadi  tok guru kami, ustaz kami. Kami hormati mereka," kata Dr Ismail yang bersama Phahrolrazi.

Parlimen Kota Raja mengucapkan tahniah kepada Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden serta AJK PAS Pusat yang berusaha keras bagi menamatkan kemelut ini agar tidak berpanjangan bagi memberikan fokus sepenuhnya bagi menghadapi PRU 13 bila-bila masa dari sekarang.

Tutup buka lama ... buka buku baru.

Cuma nak termuntah dengan komen MP Bayan Baru di TV3 sebentar tadi .... kesian DSAI kena jugak dia dalam kes ini. Apa lah dosa Anwar dalam isu ini hingga membabitkan beliau. 

..... bersambung ..... Politikus katak memang setaraf haiwan.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini