31 August 2009

Alamak mana satu betul ni

Tiada perubahan harga petrol utama negara - Ismail Sabri (Bernama 31/8/09)

Minyak petrol RON95 ganti RON92, 5 sen lebih mahal
(mStar Online 31/8/09)

Harga petrol naik esok (Malaysiakini 31/8/09)

Pump price rises with RON97 at RM2.05 tomorrow (Malaysian Insider 31/8/09)

Hadiah sempena Merdeka?

Harga bagi minyak jenis RON95 dan RON97 dijangka naik berkuat kuasa tengah malam ini.

Minyak jenis RON95 dijangka dinaikkan 5 sen iaitu daripada RM1.75 seliter kepada RM1.80 seliter. Sementara itu, RON97 pula akan dinaikkan daripada RM1.80 kini kepada RM2.00.

Jika benar pengumumkan kenaikan itu dijangka pada petang ini, maka ianya merupakan hadiah hari kemerdekaan ke 52 yang paling bermakna untuk seluruh rakyat Malaysia. Ianya juga merupakan angpau paling malang untuk umat Islam dan rakyat yang akan bercuti sempena sambutan Eidul Fitri pada tahun ini.

Paling ditakuti dan mengerikan rakyat ialah dalam keadaan susah untuk mendapatkan gula sekarang, kenaikkan harga minyak ini akan menyebabkan kenaikkan seluruh harga barang keperluan yang tidak dapat dikawal lagi selepas ini. Peniaga macam biasa akan mengambil peluang ini manakala permintaan Pak Menteri langsung tidak dilayan.

Jangan ulangi kesilapan yang lalu bila petrol dinaikkan secara mendadak ke Rm2.80 akhirnya rakyat menderita hingga kesaat ini.

Beberapa portal berita seperti Malaysia-instinct.com telah pun mula memaparkan mengenai peningkatan harga minyak itu sejak semalam.

30 August 2009

Kedudukan Kuil yang di pertikaikan : Khalid Samad

Memandangkan persoalan kuil Seksyen 19 yang ingin dipindahkan telah menjadi isu Nasional, saya sertakan di sini peta-peta yang menunjukkan kedudukan lokasi-lokasi yang relevan berhubung persoalan ini. Oleh yang demikian, tuan-tuan boleh menilai sendiri samada tapak cadangan di Seksyen 23 adalah wajar atau sebaliknya.

[PETA 1 - Seksyen 19,20,22 dan 23]
Peta pertama menunjukkan kedudukan Seksyen 19, 20, 22 dan 23 serta kedudukan kuil di Seksyen 19, tapak cadangankan asal oleh BN di Seksyen 22 dan tapak yang dicadangkan di Seksyen 23. Harap diberi perhatian bahawa Seksyen 22 merupakan kawasan Industri berat (berwarna gelap) tanpa adanya rumah berhampiran sepertimana peta yang kedua. Dakwaan Seksyen 22 adalah kawasan majoriti masyarakat India adalah dakwaan palsu.
[PETA 2 - Seksyen 22]
Peta ketiga menunjukkan ‘close-up’ Seksyen 19 dan bagaimana Kuil berkenaan dikelilingi rumah. Jarak di antara rumah terdekat dan Kuil adalah lebih kurang 20 kaki iaitu selebar jalan.

[PETA 3 - Seksyen 19]


View Larger Map
Peta keempat adalah ‘close-up’ lokasi di Seksyen 23. Harap diberi perhatian bahawa kedudukan yang dicadangkan adalah dipinggir kawasan Industri Seksyen 23. Jarak rumah terdekat ke Kuil adalah 200 meter atau 600 kaki iaitu 30 kali lebih jauh dari di Seksyen 19. Begitu juga dengan jarak dari tapak cadangan kuil ke surau. Di antara rumah dan kuil terdapat dewan orang ramai dan taman permainan kanak-kanak. Di antara Surau dan kuil adalah rumah pencawang TNB dan taman permainan kanak-kanak yang sama.

[PETA 4 - Seksyen 23]


View Larger Map
Mungkin bagi orang-orang tertentu tiada bezanya di antara Seksyen 19 dan 23. Kedua-duanya kawasan majoriti ummat Islam. Namun harap maklum, Kuil Seksyen 19 dipindahkan BUKAN kerana Seksyen 19 merupakan kawasan majoriti ummat Islam. Ia dipindahkan kerana Kuil tersebut berada di depan rumah orang (20 kaki). Kawasan itu juga tidak mempunyai tempat parkir kereta dan ini menyebabkan kesesakan berlaku apabila pihak Kuil mengadakan upacara mereka.

Terdapat juga segelintir golongan yang bagaikan tidak sanggup ‘melihat’ kuil dan tok kong. Walau jauh macam mana sekalipun, sekiranya mereka buka jendela rumah dan dapat melihat ‘bumbung kuil atau tok kong’, mereka menjadi bagaikan dirasuk. Adakah wajar sikap ‘ekstrimis’ yang seperti ini disebuah negara yang diwarnai dengan kepelbagaian kaum dan agama?

WaLlahu ‘Alam
KHALID SAMAD

Barbarians at the gate : Marina Mahathir

Al-Hujurat, Surah 49

49:11 O ye who believe! Let not some men among you laugh at others: It may be that the (latter) are better than the (former): Nor let some women laugh at others: It may be that the (latter are better than the (former): Nor defame nor be sarcastic to each other, nor call each other by (offensive) nicknames: Ill-seeming is a name connoting wickedness, (to be used of one) after he has believed: And those who do not desist are (indeed) doing wrong.

49:12 O ye who believe! Avoid suspicion as much (as possible): for suspicion in some cases is a sin: And spy not on each other behind their backs. Would any of you like to eat the flesh of his dead brother? Nay, ye would abhor it...But fear Allah. For Allah is Oft-Returning, Most Merciful.

49:13 O mankind! We created you from a single (pair) of a male and a female, and made you into nations and tribes, that ye may know each other (not that ye may despise (each other). Verily the most honoured of you in the sight of Allah is (he who is) the most righteous of you. And Allah has full knowledge and is well acquainted (with all things).


How little we know about this Surah and these verses in the Quran. And how little heed we take of them.

Today, a Friday in the month of Ramadan, when some barbarians did what they did in Shah Alam, they not only insulted their fellow citizens of the Hindu faith but they desecrated their own religion as well. Because it is obvious they have disobeyed God's orders in the Quran.

All right-thinking people of every race, religion and creed should be enraged. Is this what we will remember our 52nd Merdeka by?

-----------------------------------------------------------------------------
Please also read my fellow LRTQers' posts in response to yesterday:

Walski, Woe to the Foolish Aggressors.
Rapera, Hindu Brothers, Sisters, please Forgive These Wayward Folks,
Anas Zubedy, New Bob Agency, What the Quran Says About Non-Muslim Places of Worship.

Kita tunggu komen Mufti

Para mufti sepatutnya bertindak segera untuk membetulan ajaran sesat yang menghina Islam serta memalukan umatnya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Sebarang perbuatan yang mencetuskan provokasi supaya orang lain menghina Islam serta memberikan gambaran yang sangat buruk kepada Islam hakikatnya adalah perbuatan menghina Islam.

"Adakah para pemimpin Umno Selangor tidak terlibat dengan perarakan ajaran sesat yang memberikan gambaran buruk terhadap Islam itu?" soal beliau ketika mengulas penunjuk perasaan yang mengarak dan memijak kepala lembu di Shah Alam.

Beberapa NGO Melayu mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan sebuah kuil Hindu ke Seksyen 23 Shah Alam..

Dari sepanduk-sepanduk bantahan mereka, adalah jelas mereka adalah penyokong Umno kerana melaungkan slogan yang sama dengan slogan yang dilaungkan oleh para pemimpin Umno.

Mereka turut disertai oleh beberapa orang yang mendakwa penduduk kawasan berkenaan.

Mahfuz menyifatkan perbuatan itu sebagai provokasi untuk mencetuskan api perkauman yang bertujuan menutup kelemahan dan keburukan Umno.

Image"Jika pemimpin Umno mendalangi perarakan ajaran sesat itu, mereka sepatutnya merujuk kepada mufti terlebih dahulu sebelum melakukan perbuatan yang akan menyebabkan pihak lain memburukkan Islam dan umatnya," katanya.

Bagi Ahli Parlimen Pokok Sena itu, mana-mana pihak sekalipun boleh membantah apa yang tidak mereka setujui.

"Tetapi, bantahlah secara bertamadun," kata beliau.

Perbuatan menghina agama lain, kata Mahfuz, adalah bertentangan dengan ajaran Islam kerana terdapat nas yang jelas mengenainya,

Di dalam surah al-An'am ayat 108, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Janganlah kamu mencela atau memaki hamun sembahan mereka selain Allah, nanti mereka juga akan memaki hamun Tuhan kamu kerana marah tanpa sebarang ilmu pengetahuan".

Malaysiakini melaporkan, polis hanya memerhati sahaja perbuatan kumpulan itu.

Mengulas kejadian tersebut dalam blognya, Datin Paduka Marina Mahathir menulis posting yang bertajuk "Barbarians at the gate".

Beliau menyifatkan perbuatan kumpulan itu mencemarkan agama mereka sendiri.

25 August 2009

Janji Umno/BN yang Palsu sudah tidak laku

Tahniah kepada PAS/PR kerana memenangi PRK ini dan Takziah kepada Umno/BN. Pada keseluruhannya dapat diperhatikan secara jelas bahawa pengundi Permatang Pasir memang bijak dan tidak mudah terpedaya dengan janji-janji Umno/BN walau pun dijanjikan sebagai anak emas jika memilih BN pada PRK siang tadi.

Mereka sudah lali dengan janji-janji manis Umno/BN pada setiap kali pilihanraya. Pengundi yang bijak seperti di Permatang Pasir akan menyedarkan Umno bahawa taktik yang diperkenalkan di Manek Urai kononnya amat berjaya tidak laku disini.

Selain itu faktor pengundi Cina yang solid memilih PAS sebagai wadah perjuangan mereka seperti posting saya sebelum ini benar-benar menjadi kenyataan. Umno/BN akan terus hilang punca jika keadaan ini berkekalan hingga PRU 13 nanti.

Tindak tanduk SPRM kebelakangan ini yang menekan semua pimpinan dan kerajaan Pakatan Rakyat pada waktu kebelakangan ini antara punca kebencian rakyat kepada Umno/BN. Kerajaan BN harus berubah dengan memberikan kerajaan PR ruang untuk menunjukkan kemampuan mereka memerintah supaya rakyat dapat melihat kemampuan mereka dan membuat pertimbangan yang sewajarnya pada PRU 13 akan datang.

Kegopohan demi kegopohan Umno/BN dalam menyerang PR amat tidak disenangi oleh rakyat, yang akhirnya rakyat memberi signal yang jelas 'hentikan semua ini'

Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan sikap pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang tidak mahukan perubahan.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir menunjukkan pengundi terlalu selesa dengan keadaan mereka ketika ini sehingga tidak mahukan pembangunan.

Sah Calun PAS Menang

PAS = 9618 undi
BN = 5067 undi
UNDI ROSAK = 43 undi
MAJORITI = 4551 undi

Kiraan Undi : PAS selesa dihadapan

Lapuran tidak resmi dari petugas-petugas parti dan sahabat-sahabat dari UPU yang telah habis mengira undi menunjukkan Calun PAS sedang mendahului calun Umno dengan majoriti yang agak kecil tetapi selesa dihadapan.

Kita tunggu lapuran resminya nanti

24 August 2009

Selamat Mengundi

Esok bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang seramai 20,290 pengundi berdaftar di Pilihanraya kecil Permatang Pasir Pulau Pinang akan keluar mengundi bagi memilih 2 orang calun yang bertanding iaitu Mohd Salleh Man dari PAS (Calun Bersih) yang akan ditentang oleh Rohaizat dari umno (Calun yang banyak daki).

Mengikut ramalan kaji cuaca, esok di disebelah pagi dan petang cuaca diramal hujan dan diharap pengundi dapat keluar mengundi awal bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku pada sebelah petang.

Bagi pengundi luar Permatang Pasir pula diharap pastikan kepulangan anda untuk mengundi calun PAS manakala bagi mereka yang menyokong BN pula tidak payahlah pulang kerana buat habis minyak kereta sahaja kerana Rais Yatim awal-awal lagi dah bagi tahu bahawa Majoriti PAS akan berkurangan kali ini.

Maknanya mengikut perkiraan beliau Umno tak kan menang dan PAS pula akan dapat majoriti yang mengecil. OK lah saya setuju dengan Rais Yatim dan saya percaya ramai lagi yang memuji sikap berterus terang Rais dalam soal ini dimana umno/BN telah menjangkakan bahawa peluang mereka untuk menang memang tiada.

Salleh Man YDP MAIP

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia merangkap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cadangan perlantikan Mohd Salleh Man sebagai Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) malam tadi sekiranya beliau menang dalam pilihanraya kecil Permatang Pasir esok.

Dimaklumkan juga bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang En. Lim Guan Eng juga bersetuju dengan cadangan tersebut.

Tahniah Mohd Salleh Man, PAS dan PR dan semua jentera PRK Permatang Pasir yang berusaha keras bagi merialisasikan impian ini.

23 August 2009

Tempuh 2 hari yang kritikal di Permatang Pasir

Hari ini ada lah hari kedua bagi kedua-dua parti yang bertanding iaitu PAS dan Umno menempuhi pertandingan yang sengit di bulan Ramadhan al Mubarak. Sekali pun berpuasa petugas jentera PAS terutama muslimat terus gigih merayu undi dari rumah kerumah bagi memastikan kemenangan berpihak kepada kita. Syabas dan Tahniah kepada semua petugas yang terus istiqamah dalam perjuangan ini.

Setelah enam hari berkempen, saya optimis dan penuh yakin berkat usaha dan penat lelah petugas-petugas dari pimpinan sehingga petugas biasa, saya meramalkan kedudukan dan sentimen sebenar 20,290 pengundi di Permatang Pasir akan memenangkan PAS sebagaimana PRU 12 yang lalu. Walau bagaimana pun sebagaimana biasa pengundi atas pagar (kerana ahli parti PR tidak cukup untuk memenangkan PR/PAS) dan pengundi Cina yang merupakan 25.85% atau 5,400 undi akan menjadi 'key player' dalam pertempuran ini.

DUN Permatang Pasir mempunyai 20,290 pengundi dan satu undi pos, dengan 72.36% pengundi Melayu, 25.85% Cina, 1.63% India dan 0.16% lain-lain.

Membandingkan pertambahan undi pada 2004 dan 2008, jentera parti harus mengatur beberapa strategi untuk mengekalkan sokongan, terutama dari kaum Cina. Perbandingan ini, menunjukkan beberapa kawasan sokongan kaum Cina bertambah dalam dua pilihanraya umum lalu.

Oleh sebab yang demikian kerjasama yang dipraktikan dengan DAP (bersama Ketua Menteri Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan lain-lain) adalah satu strategi yang paling tepat dilakukan oleh PAS/PR dalam kempen PRK ini. Ianya begitu menjadi kerana kita perlu meteruskan momentum pengundi Cina ini dimana bermula pada 2004, sebagai contoh di Kampung Cross Street, PAS menang dengan majoriti 562, dan pada 2008, majoriti bertambah kepada 1,148 undi - bertambah 36%.

Manakala di Sama Gagah, pada 2004, PAS kalah, dengan majoriti 70 undi, tetapi pada 2008, PAS menang dengan majoriti 946 undi - bertambah 22.59%. Kampung Cross Street dan Sama Gagah masing-masing mempunyai 2,179 dan 2,774 pengundi.

Di atas kertas, Permatang Pasir yang diwakili oleh Allahyarham Dato'Hamdan merupakan kubu kuat PAS sejak 1999 lagi. Allyarham tidak pernah tumbang walau pun pada tahun 2004 dimana PAS kalah teruk disemua tempat yang ditandingi.

Saya melihat kempen kali ini lebih tertumpu kepada kempen dari rumah kerumah dan faktor DSAI juga amat menyebelahi PAS/PR dalam pertempuran ini. DSAI dan jentera tanpa henti meneruskan kempen dari rumah-kerumah dan sambutan yang diterima sungguh positif untuk memenangkan PAS/PR, ini kerana hubungan Anwar dengan penduduk Permatang Pasir cukup kuat - terutama sejak Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman menjadi wakil rakyat - bagi menarik pengundi terutama kaum Melayu.

Faktor calun juga amat menyebelahi kita pada kali ini, saya tidak mahu ulas panjang kerana semua oleh tahu kelebihan yang dimiliki oleh calun PAS dan ini amat memudahkan jentera perayu PAS berbanding dengan calun bermasaalah yang dikemukan oleh Umno/BN menyebabkan Umno/BN kehilangan taring kali ini terutamanya TPM TS Muhyiddin Yassin. Penyundi rasanya telah diberikan cukup maklumat untuk tidak memilih calun Umno/BN pada PRK ini.

Akhirnya tempuh dua hari terakhir ini merupakan tempoh kritikal petugas PAS untuk meyakin pengundi terutama 20,290 pengundi agar memilih PAS sebagai wadah perjuangan mereka. Mulai pada esok pula, saya berharap agar petugas dan perayu undi PAS kena hati-hati dengan strategi yang di gunakan kerana ia akan mempengaruhi pengundi (terutama pengundi atas pagar) untuk swing arah mana. Akhirnya marilah kita sama-sama berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT, setelah segala usaha dilakukan kini marilah sama-sama kita serahkan kepada Nya untuk memberikan taufik dan hidayatnya kearah memenangkan parti Islam yang kita cintai ini.

22 August 2009

Kesalahan Rohaizat bukan 1 tapi 3

The Umno candidate and disbarred lawyer had two other charges of wrongdoing but these were not pursued as he had already been found guilty and struck off the rolls on the first case

Yusri kini musuh ketat Umno

Yusri Isahak - bekas rakan kongsi firma guaman calon BN, Rohaizat Othman - menafikan bahawa beliau dipergunakan oleh PAS dalam kempen pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

"Saya muncul adalah untuk membersihkan nama saya. Ada pihak mendakwa saya memihak kepada PAS, didesak dan dipergunakan oleh PAS, saya nafi sekeras-kerasnya. Beliau mengguna kan pentas ceramah dalam pilihanraya kecil tersebut untuk membersihkan namanya yang didakwa bertanggungjawab berhubung isu penyelewengan wang Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang.

Yusri menolak dakwaan Umno bahawa beliau adalah rakan kongsi yang menyebabkan calon BN Rohaizat Othman dibatalkan lesen gumannya oleh Majlis Peguam.

Beliau menyifatkan sebagai satu pembohongan dakwaan Umno bahawa Rohaizat tidak terlibat dan tidak tahu menahu berhubung transaksi wang koperasi itu.

21 August 2009

Respon TGNA

Hari pertama Tarawikh : Masjid & Surau penuh sesak

Melebihi sembahyang Jumaat dan Hari Raya. Itulah gambaran malam pertama tarawikh di Masjid dan Surau sekitar Lembah Klang pada malam ini.

Ditempat tinggal saya di Taman Setia, AJK surau bekerja keras menambah ruang sembahyang diruang parking motor dan ruang memasak dibahagian dapur surau.

Seperti mana biasa malam ini kami menunaikan solat sunat tarawikh 20 rakaat + 3 witir, bila masuk 8, OK nampaknya tak banyak yang berganjak pulang. harap-harap suasana ini akan berkekalan.

Bermula malam esok sejak belasan tahun yang lalu Surau Al Ikhwan Taman Setia akan meneruskan Tazkirah Ramadhan, antara pentazkirahnya ialah, 1 Ramadhan (AF Ust Dr Sahibuddin Muhaimin), 2 Ramadhan (AF Ust Samsuddin Abu Bakar) + Kuliah Subuh (AF Ust Zawawi Yusof), 3 Ramadhan (AF Ust Halim Din), 4 Ramadhan (AF Ust Ridzuan Md Nor), 5 Ramadhan (AF Ust Abd Rashid Abd Rahman), 6 Ramdhan (AF Ust Fadhil Ismail), 7 Ramadhan (AF Ust Mohd Nasir Zakaria), 8 Ramadhan (AF Ust Uda Kassim).

Jadual seterusnya akan dimaklumkan selepas 8 Ramadhan nanti.

Ramadhan Karim

Salam

Saya mewakili YB Dr Siti Mariah Mahmud dan Sekretariat Parlimen Kota Raja Sdr Azmi Jusoh, Sdr Syed Abd Malek bin Syed Mustapha dan Sdr Azman Mah Hussin mengucapkan

MARHABAN RAMADHAN KARIM

kepada semua adik beradik, sanak saudara, sahabat handai, rakan seperjuangan, AJK PAS Kawasan Kota Raja, Ketua-Ketua Cawangan PAS Kawasan Kota Raja, Dewan Pemuda KR, Dewan Muslimat KR dan semua saudara-saudara Islam yang dikenali atau yang tidak dikenali.

Moga Ramadhan kali ini disambut dengan sempurna dan terus Istiqamah dalam perjuangan.

19 August 2009

Video : BN's ATM

PRK ke 8 menyusul

Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kedah telah menghantar kepada ibupejabatnya di Putrajaya, surat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail berhubung kedudukan anggota DUN Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sarif yang didakwa hilang keanggotaannya.

Pengarah SPR Kedah, Zainal Abidin Zakaria berkata surat Dr Abdul Isa itu memaklumkan mengenai kedudukan Abu Hassan yang hilang keanggotaan setelah beliau dua kali gagal menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lepas.

"Perkara ini akan dikendalikan di peringkat ibu pejabat. SPR mempunyai bahagian undang-undang yang akan meneliti perkara ini," katanya kepada Bernama hari ini.

Seksyen 51 Perlembagaan Negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

Dalam PRU 12 yang lalu BN mengalahkan PAS dengan Majoriti kecil 495 undi sahaja. Kita tunggu esok

Hebat AJK LPN Kota Raja





Terima kasih dan Tahniah kepada Sdr Iqbal, Mutalib, Hj Salehuddin & Shuhaili yg mewakili LPN kota Raja ke Penamaan Calun PRK Permatang Pasir Isnin lalu.

Jangan lupa kita pergi bertugas lagi bermula pada hari Sabtu nanti.

18 August 2009

KISAH-KISAH RAHSIA


Ceramah Isu-Isu Semasa, 20 Ogos 2009 (Khamis) mulai jam 9:00 malam
Semua dijemput hadir & sila war-warkan.
Pendedahan Ekslusif oleh YB Khalid Abd Samad/Ahli Parlimen Shah Alam dan Pimpinan PAS Kawasan Kota Raja.
Anjuran Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Kawasan Kota Raja.

16 August 2009

Pengiktirafan tertinggi untuk KPP

PAS merancang mengemukakan lebih ramai calon bukan Islam, khususnya anggota Kelab Penyokong PAS (KPP), dalam pilihanraya umum akan datang - perkembangan yang akan membuka dampak menarik di kalangan pengundi pelbagai kaum di negara ini.

20,000 orang Cina dan India yang bukan Islam menjadi ahli KPP di seluruh negara dan parti itu juga sedang menyemak perlembagaannya untuk membolehkan mereka menjadi ahli PAS.

Setiausaha Agong PAS Mustafa Ali berkata pada pilihan raya umum lalu perkara ini tidak diputuskan lagi walaupun ada permintaan bertubi-tubi daripada bukan Islam.

"Pada pilihan raya umum akan datang PAS bercadang membenarkan ahli KPP yang diamanahkan bertanding menggunakan lambang bulan purnama. Walaupun ia masih dalam perancangan, namun saya yakin ia akan menjadi kenyataan," beliau dipetik berkata.

Tahun lalu, seorang ahli KPP ingin bertanding atas tiket PAS di Johor tetapi gagal, sebaliknya setelah perundingan, anggota itu dibenarkan menggunakan lambang PKR.

Permintaan bukan Islam untuk menjadi calon PAS, menunjukkan sokongan mereka terhadap parti itu ekoran rasa tidak percaya terhadap Umno dan BN.

15 August 2009

Sekitar Program LPN Kota Raja

Tahniah dan terima kasih kepada semua AJK Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Kota Raja. Sebagai Ketua LPN Kota Raja saya amat beruntung kerana mempunyai AJK yang rajin dan komited dengan tugas masing-masing. Tugas saya bertambah mudah apabila semua AJK yang dilantik dapat menjalankan tagas masing-masing dengan sempurna.Sebagai Pengarah Program Sdr Imran Satiman telah berjaya menggalas tugas yang diamanahkan dengan jayanya. Begitu juga dengan Sdr Ahmad Nizam S/U LPN dan Sdr Syed Abd Malek Penolong S/U LPN yang banyak membantu.Saya juga bertuah kerana disamping kerja keras LPN Kota Raja, Dewan-Dewan yang lain iaitu Dewan Muslimat yang diketuai oleh Pn Rosnah binti Abd Wahab dan Dewan Pemuda yang diketui oleh Sdr Zainal juga membantu. Tidak lupa juga dengan Skuad Wanita Pakatan Kota Raja (ilham dari YB Dr Siti Mariah) juga rajin membantu termasuk ketua mereka Kak Chik dan rakan-rakan yang lain.Ketua Pemuda PAS Kota Raja Sdr Zainal bersama Al Helmi dan Syed sedang print nama peserta dalam sijil.
Ketua Muslimat Kota Raja dan AJK yang banyak membantu sebagai pemudah cara.

Mudah rasanya bila ramai yang datang membantu. Saya yang sibuk ni asyik tenggelam timbul ajelah nampaknya.

Layari blog Dr Siti Mariah di http://drsitimariah.blogspot.com/ untuk berita lanjut

10 Dosa besar dari kacamata Umno

Ceramah Isu Semasa menjawab tohmahan Umno terhadap PAS dan PR yang dianjurkan oleh AJK Pemuda PAS Cawangan Taman setia telah menarik hampir 150 orang hadirin. Rata-rata yang datang inginkan jawapan dari pimpinan PAS berhubung dengan pelbagai tohmahan Umno pada ceramah yang diadakan 20 meter dari tapak ceramah pada malam tadi di Taman Setia Klang.Antara pecermah jemputan PAS adalah Ust Ridzuan Md Nor, Sdr Norhalim dan Cikgu Jaafar YDP PAS Kawasan Kota Raja.Antara tuduhan umno terhadap PAS yang dianggap sebagai antara 10 dosa besar PAS & PR adalah mengharamkan Islam Hadhari di Selangor. Dalam hal ini rasanya ketua PAS Cawangan pun boleh berdebat dengan penceramah undangan Umno yg terdiri dari Ust Sidin dan Lokman Nor Adam berkenaan isu ini.

13 August 2009

Ust Asri Ibrahim Rabbani "Pergi Tak Kembali"

Pada pukul 11.30 pagi tadi, saya menerima SMS dari BOB, bilal masjid al-munawwarah memberitahu Ust Asri Rabbani telah pergi ke alam baqa di hospital pantai. Saya sempat meluangkan masa menziarahi jenazah di rumah ibubapanya di Kampung Bukit Lancong. Turut hadir beberapa nama yang tidak asing seperti Ust Zawawi Yusof, Ust Salehudin Nasir, Ust Akil Hay dan ramai lagi. Beliau akan dikebumikan selepas magrib di Seksyen 21...Al Fatihah
Salah sorang anggota kumpulan Rabbani sedang ditemuramah oleh TV3 dan beberapa stesen TV lagi. YB Shuhaimi yang turut hadir memberikan penghormatan terakhir.

NYDP PAS Kawasan Kota Raja bersama Ust Akil dan Ust Shamshul




12 August 2009

KDN tidak seleweng undian isu ISA...Please!!!

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan tiada "tangan-tangan tersembunyi" menyeleweng jumlah undian di laman web beritanya berhubung isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)."Tidak ada penyelewengan dan tidak ada tangan-tangan yang bersembunyi," kata Ketua Komunikasi Korporat KDN, Jamilah Taib."Kunjungan anda ke portal kami, sama ada mengundi untuk menyokong atau menyanggah, kami amat-amat menghargainya." Jumlah respons bagi soalan pertama dan keempat yang meningkat secara mendadak dan luar biasa mulai tengah hari semalam menjadi bahan pertikaian dan tuduhan ia dimanipulasi.

Tiada tangan-tangan tersembunyi...mmm cuba tengok statistik yang dilampirkan. Confirm ada tangan yang tersembunyi. Laman web tu pun depa punya, dia bleh wat apa saja untuk menguatkan fahaman ISA tu perlu diteruskan. Kalau dah biasa menipu, sampai bila-bila pun depa akan terus menipu rakyat.

Menjawab tohmahan Umno

PAS Cawangan Taman Setia, Kawasan Kota Raja akan menganjurkan Ceramah Isu Semasa bagi menjawab semua tohmahan Umno terhadap PAS dalam ceramah mereka pada 8.8.2009 dihadapan Bilik Gerakan Haram mereka di Taman Setia yang disampai kan oleh Kamal Sidin dan Lokman Adam (lompat si katak lompat) yang lalu.

Pada ceramah yang akan diadakan pada Tarikh : 13.8.2009 (Khamis) Jam : 9.15 malam esok akan menampilkan Penceramah muda terkenal Ust Ridzuan Md Nor, AJK Pemuda PAS Pusat. Selain beliau turut tampil berucap ialah Ketua Pemuda PAS Kawasan Kota Raja dan YDP Kawasan Kota Raja En Jaafar Shamsuddin.

Semua di jemput .... kami juga mengalu-ngalukan kehadiran warga Umno dalam Ceramah ini dan anda akan dilayan sebagai tetamu istimewa.

Informasi : Ismits : 019-3336752

11 August 2009

Program Masjid Al-Munawwarah Bersama Sekolah-Sekolah Seksyen 27 & 28. Dirasmikan oleh YB Dato' Dr Hassan Mohd Ali

PROGRAM MASJID AL – MUNAWWARAH BERSAMA SEKOLAH – SEKOLAH SEKSYEN 27 & 28

Tarikh :13hb. Ogos 2009 - Khamis
Masa: Mula 6.00 petang.
Tempat: Dewan Masjid Al – Munawwarah

A T U R C A R A

6.00 petang ~ Ketibaan Para Jemputan

6.20 petang ~ Ketibaan Y.B Dato’ Dr Hassan Bin Mohd Ali

6.30 petang ~ Bacaan doa
~ Ucapan oleh
Ustaz Muhaiyat Bin Haji Husin
~ Ucapan oleh
Y.B Dato’ Dr Hassan Bin Mohd Ali
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam,Adat Melayu, Infrastruktur dan kemudahan Awam.

~ Bacaan Yasin
Diketuai oleh Ustaz Osman Ibrahim

7.15 malam ~ Solat Maghrib

~ Solat Hajat

~ Zikir Munajat

8.40 malam ~ Solat Isya'

MB Selangor dan PeBT

Pd Ahad lepas (9/8) saya berpeluang menghadiri majlis taklimat tersebut di Sheraton Hotel Subang Jaya.

Sebelah paginya sesi taklimat mengenai Garis Panduan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) oleh Pn Zaraurah/UPEN manakala sebelah petang sesi amanat dari YAB Menteri Besar serta sesi bergambar.


Antara ucapan YAB Menteri Besar adalah beliau mengingatkan tentang program kerajaaan negeri, Merakyatkan Ekonomi Selangor /MES perlu difahami dan diterima kemudahannya dan ganjaran kepada rakyat Selangor.

Keduanya beliau memperkenalkan konsep "Kawal Selia Kendiri" atau "Self Regulation" kepada masyarakat termasuk golongan muda atau belia. Belia merupakan pemimpin yang menentukan persekitaran. Beliau mengambil contoh mengenai sikap membuang sampah yang tidak mengikut peraturan seperti membuang sampanh melalui tingkap (bagi rumah apartment). Jika semu penduduk apartment bersikap demikian sudah tentu ianya akan mendatangkan masalah kerana tingkap seolah-olah sudah menjadi tong sampah !.

Sikap begini perlu diubah kerana "environment invited people to act", justerus masyarakat perlu didik dengan konsep ini, "Self Regulation". Kesedaran perlu ada pada diri kita sendiri bagi menjadikan kawasan persekitaran tempat tinggal menjadi aman dan bersih.
Kita tidak boleh menyalahkan orang lain jika sampah ditempat kita tidak terurus dengan baik kerana semua itu terjadi dari sikap buruk penduduk itu sendiri.

YAB juga menekakkan tentang kepentingan golongan belia sebagai penggerak/pemangkin/ catalyst kepada persekitaran.

Adalah diharapkan dengan perlantikan Pengerusi PeBT setiap Zon mengikut PBT masing-masing akan dapat memacukan lagi semua gerak kerja atau program khususnya yang berkaitan dengan belia mengikut PBT masing-masing.

Sila rujuk lampiran untuk sesi bergambar dengan YAB Menteri Besar serta EXCO yang berkaitan dengan Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan.

Syed Abd Malek .... Kota Raja

10 August 2009

SM vs MS

Antara Salleh Man (SM) dan Mat Sabu (MS). Siapakah pilihan anda?

Ialah sebagai pejuang parti, calun bukan masaalah kita, siapa pun bertanding kita akan tetap sokong 100% tanpa berbelah bagi.

Besarnya replika Najib

Selepas replika gergasi Datuk Seri Anwar Ibrahim di kawasan DUN Batu Caves menjadi kontroversi antara PKR dengan Umno, kini patung besar Datuk Seri Najib Razak di situ dijadikan isu.

Penegakan imej mula memancing kontroversi apabila mufti Perlis waktu itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa ia "berunsur keberhalaan" dan "perlu dihapuskan dengan segera."

Selepas itu, banyak pihak mempertikaikan kehadiran replika besar itu di simpang utama dekat Wisma Keringat - selain dianggap "patung" yang dilarang oleh Islam, ia juga dianggap membazir.

"Tetapi bagi Umno (Gombak) yang ingin mengadakan demonstrasi, kita harap mereka mengambil pendirian yang sama (terhadap patung Najib)," kata Amirudin, yang juga naib ketua Angkatan Muda PKR.

"Begitu juga mereka yang mengeluarkan fatwa, mengharamkan replika Anwar. Kita harap mereka mengeluarkan fatwa yang sama."

Replika besar Najib dinaikkan beberapa ratus meter di depan patung besar Dewa Muruga yang berwarna emas - di pintu masuk gua Batu Caves - bersempena festival Satu Malaysia di situ selama tiga hari sehingga Ahad.

Pada 29 Oktober tahun lalu, Umno Gombak menentang keras penegakan replika Anwar kerana imej besar berdekatan simpang jalan itu didakwa mengganggu kelancaran lalulintas.

Ketuanya Abdul Rahim Kamaruddin turut mengancam mengadakan "bantahan terbuka" sekiranya Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membenarkan tempoh penegakannya dilanjut
sehingga hari natal tahun lalu.

Menurutnya, ketika pemerintahan Umno di Selangor dahulu, parti itu hanya menggunakan imej besar untuk papan iklan, bagi tujuan perlancongan sahaja.

Sementara itu Naib presiden Umno Rasuah, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada waktu itu dilaporkan berkata, pembinaannya menunjukkan PKR "mendewa-dewakan pemimpinnya".

Naib Presiden Umno, Datuk Ahmad Zahid Hamidi pula dipetik berkata, pembinaan replika itu "tidak diizinkan di sisi agama" dan "usaha taksub" penyokong PKR yang bukan Islam.

09 August 2009

Skandal seks : bezanya kita dengan bloggers Umno

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kini menjadi tumpuan sekali lagi ketika bergelut untuk terus kekal di dalam parti berikutan skandal seks beliau pada akhir tahun 2007. Beliau akan sekali lagi akan mempertahan dirinya berhubung isu yang sama dan kali ini berdepan dengan panel disiplin MCA.

Apa pun keputusan yang bakal diambil oleh MCA/BN kita kurang ambil pusing kerana kematangan bloggers kita dalam mengetengahkan isu dalam blog masing-masing.

Ini berbeza dengan bloggers umno yang sering menulis dan mengambarkan keburukkan orang yang mahkamah telah tentukan tiada kesalahan yang dilakukan tetapi mereka masih menulis dan mengambar kesalahan individu tersebut, ini amat berbeza dengan kes CSL yang mengaku beliau adalah individi dalam video tersebut, tetapi kita masih bertindak dengan matang.

Mengapa ini terjadi, jawapannya penulis-penulis dan penyokong pakatan rakyat masih punya etika yang tinggi dalam hal-hal sebegini.

Najib : I want Selangor back

Prime Minister Najib Abdul Razak, who is also Selangor Umno chief, says he is determined to have the Pakatan Rakyat-ruled state back in Barisan Nasional's fold.

08 August 2009

Forum, Zikir, Motivasi & Qayamullail

Bermula malam ini hingga esok pagi, Masjid Negeri,Shah Alam akan mengadakan majlis-majlis berikut:-

Forum Hal Ehwal Islam

bersiri dan berselibus pada minggu ke dua setiap bulan. Oleh itu bagi Bulan Syaaban ini forum perdana tersebut akan diadakan pada

8 Ogos 2009 bersamaan 17 Syaaban 1430 Hijrah Jam 9.00 malam.

Panel-panel terdiri daripada Prof. Dato harun Din dan Dr Rubiah bte Kulub Hamzah serta dimoderatorkan oleh Dato' Dr Hasan bin Mohamed Ali dengan tajuk; "Melahirkan Generasi Yang Beriman".

Sehubungan itu juga, pada tarikh yang sama,

pada waktu Maghrib akan diadakan Majlis Zikir Munajat yang akan dipimpin oleh Ust Othman Bin Ibrahim dari Sg petani dan

Ceramah Motivasi Remaja yang akan disampaikan oleh Dato' Dr Hasan Bin Mohamed Ali.

pada jam 4.00 pagi akan diadakan "Qiamullail Perdana Remaja dan Keluarga", yang juga akan dipimpin oleh Ust Othman Bin Ibrahim.

Semua Muslimin dan Muslimat adalah dijemput hadir bersama-sama anak-anak dan keluarga ke majlis ini.

Tolong Sebarluaskan Maklumat ini. Sekian, terima kasih.

Tiada kompromi

Saya amat bersetuju dengan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali semalam bahawa Kerajaan Selangor patut menguatkuasakan larangan penjualan arak secara terbuka sepertimana dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu kerana melibatkan sensitiviti orang Islam.

Satu garis panduan penjualan minuman keras hendak disediakan dan dikuat kuasakan sepertimana yang dibuata di Kelantan dan Terengganu, ia tidak boleh dibuat secara terbuka di kawasan berpenduduk majoriti Islam.

Setakat ini, kedua-dua negeri itu melaksanakan enakmen melarang penjualan minuman keras secara terbuka di kawasan yang majoriti penduduk Islam dan kaedah ini berjaya.

Penjualan arak ditempat terbuka dikawasan Melayu oleh Seven Elevan dan kedai serbanika yang lain amat tidak sesuai dan tidak menjaga sensiviti orang Islam. Ada banyak lagi tempat yang sesuai untuk penjualan arak kenapa masih pilih tempat yang sensitif yang menjadi kemarahan orang Islam.

Lebih 50 tahun Umno memerintah tiada sebarang tindakan diambil oleh PBT untuk mencegah dan menghalang penjualan arak ditempat terbuka ini. Tindakan Dato Hassan Ali dalam isu ini menepati tugas beliau sebagai Exco Agama dan Pesuruhjaya PAS negeri. Mana mungkin sebagai orang Islam kita berkompromi dalam hal ini.

Tulis seorang sahabat non-mouslim

Only a few months ago, people were saying Ketuanan Rakyat as a new slogan for a new Malaysia. So if the rakyat of Shah Alam, for example, as a Muslim-majority area, agree on the ban of alcohol, so be it. It's not a matter of the big picture or not when dealing with 'babi or beer' (as argued by Shamsul). It's about giving the power back to the people.

And what the heck is this about banning beef in a Hindu-majority area? There is NO Hindu majority area in any constituency in Malaysia to start with (MK). I have been living in London for years now and I don't feel offended if there is limited halal meat in my area. Heck, my canteen don't serve halal meat at all! Do I feel offended? No, why? Because I know that I am the minority here.

I don't see anything wrong with banning alcohol even in a non-Muslim majority area. Alcohol is bad for the society. And this Dato' commented about incest being worse than alcohol - well, let me tell you that most 'Haruan Makan Anaks' are under the influence of alcohol before raping their daughters, Muslims or not.

I can't believe it that these so-called intelligent people are defending the selling of alcohol. Do you actually believe that it's okay for your children to consume alcohol late at night?

06 August 2009

Demontrasi ala umno

Utusan melapurkan Pemuda Umno sedia untuk ikut demontrasi esok dimasjid. Pemuda PAS Selangor dah keluar kenyataan awal tidak jadi penganjur demontrasi tersebut.

Maknanya Umno lah yang mendalangi demontrasi jika benar berlaku esok.

Kalau tuan puan puan nak rasa demontrasi cara umno, esok boleh ikut serta (kalau jadilah ye). Biasanya anggota keselamatan akan menjaga disekeliling mereka bagi menjamin keselamatan kesemua mereka. Mereka akan menyanyi pelbagai lagu dan tiada semburan air beracun dan gas pemedih mata.

Demontrasi ala umno tidak lebih dari berkumpul-kumpul dan bersembang-sembang, dapat air minuman dan mungkin dibekalkan makanan dan balik, tiada cabaran, manakala pimpinan mereka buat P.C dengan semua media arus perdana yang mereka punya tu.

Malamnya tengok TV dan esok tengok akhbar semua gambar-gambar demontrasi tersebut diambil dari shot yang dekat-dekat aje, biar orang nampak 10 orang hadir macam seribu.

Lepas tu TV pula ambil bahagian mengulas setiap malam tentang kejayaan demontrasi itu dan ini. Sampailah mereka sendiri jemu, kerana kita tak kisah pun.

Tak Nak ISA

Majoriti pengunjung laman web berita Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggesa akta ISA dimansuhkan kerana ia disifatkan sebagai kejam.

Daripada 522 responden, setakat ini, 481 atau 92 peratus mahu Akta Kementerian Dalam Negeri (ISA) dihapuskan.

Semakan mendapati 597 responden atau 88 peratus menganggapnya "kejam", manakala 51 responden atau 9 peratus menyifatkan akta itu sebagai "undang-undang pencegahan" daripada kegiatan mengancam keselamatan negara.

Majoriti responden, kira-kira 89 peratus daripada 621 responden, yang menentang akta itu menyatakan mereka "faham dan tahu sepenuhnya mengenai ISA", 51 responden menjawab "saya keliru" dan selebihnya memilih "saya tidak tahu dan tidak faham."

Berdasarkan undian topik-topik yang lepas, tempoh tinjauan di potal berita KDN itu dijalankan selama seminggu.

Demonstrasi anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bersama Pakatan Rakyat, Sabtu lalu, mencipta rekod perhimpunan terbesar dalam sejarah negara menentang akta kontroversi itu.

05 August 2009

Lawatan kerja LPN PAS Pusat ke BPPNS

Saya baru pulang dari mengahadiri mesyuarat LPN BPPNS di Shah Alam mengenai persiapan lawatan serta taklimat oleh Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat ke Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan yang akan diadakan pada Ahad 9.8.2009 bermula jam 9.00pagi hingga 1.30 pm bertempat di Shah Alam.

Lajnah Perpaduan Nasional Negeri Selangor kini diterajui oleh YB Dr Hajjah Halimah Ali, manakala Timbalan Pengerusi pula ialah YB Dr Yunus ADUN Sijangkang.

Sehubungan dengan itu ingin dimaklumkan bahawa semua Ahli Dewan Harian PAS Kawasan, Ketua dan Setiausaha Dewan Muslimat Kawasan dan Ketua serta Setiausaha Dewan Pemuda Pas Kawasan serta AJK LPN diminta hadir dalam program pada ahad ini nanti. Informasi call saya.

AJK LPN PAS Kawasan akan menyusun gerak kerja pada hari Jumaat 7hb ogos 2009 tepat jam 9.30 malam bertempat di Pejabat PAS Kawasan Bukit Naga. Manakala mesyuarat program PMR pada hari Isnin 10.08.2009 di Pejabat Parlimen (YB Dr Siti Mariah) jam 8.30 malam.

Arak

4 Ogos 2009, Jam 4.30 petang, rombongan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPNS) ke pejabat Exco YB Ronnie Liu bagi menyerahkan satu memorandum membantah tindakan exco itu berhubung isu arak yang sedang panas diperkatakan ketika ini. Rombongan seramai sekitar 15 orang terdiri daripada beberapa exco DPPNS dan wakil Pemuda beberapa Kawasan disambut sendiri oleh Ronnie Liu di pejabatnya.

Wakil rombongan DPNS telah menyerahkan sendiri memorandum kepada Ronnie Liu yang isi kandungannya telah diperjelaskan satu persatu kepada beliau berhubung pendirian DPNS dalam isu berkaitan.

Sesi soal jawab dan penjelasan daripada kedua-dua belah pihak kadangkalanya agak panas kerana masing-masing mempertahankan tindakan yang dibuat lebih-lebih lagi yang berkaitan soal perlaksanaan undang-undang dan sentiviti ummat Islam.

Benarkah Ronnie mengarahkan anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan semula minuman keras yang dirampas daripada sebuah kedai serbaneka?

Atau ada dalang disebalik apa yang berlaku.

Menurut Ronnie, kerajaan negeri masih dalam proses untuk menentukan garis panduan dalam hal penjualan minuman keras. Namun sehingga garis panduan itu disediakan, undang-undang yang sedia ada digunakan dalam soal yang berkaitan.

Apakah semua ini satu lagi rentetan konspirasi UMNO terhadap Ronnie Liu dan PAKATAN RAKYAT.

Tunggu kenyataan penuh hari ini!!

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini