27 March 2010

Flatform Brahim Ali bila kalah PRU 13 nanti

Tak syak lagi Brahim Ali akan memperkudakan sesiapa saja demi untuk menjaga survival dirinya sendiri bila tidak akan menang lagi dalam PRU ke 13 akan datang. Apa pun parti yang akan diwakilinya pada ketika itu jika ia berhasrat untuk bertanding mempertahankan kerusinya beliau tetap akan ditumbangkan oleh pengundi Pasir Mas sendiri kerana beliau bukan pembela atau wakil rakyat kepada pengundinya tetapi beliau merupakan orang yang mementingkan diri sendiri dan mengambil sikap bermusuhan dengan akan yang membantunya selama ini.

Beliau mencari pasal dikeliling pinggang, ia tidak disukai oleh Ketua Pemuda Umno bilamana menantu bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi itu dilaporkan tidak bersetuju dengan retorik PERKASA yang disifatkan sebagai ofensif terhadap bukan Melayu dan tidak selaras dengan masyarakat Malaysia yang saling hormat menghormati.

Hari ini beliau memperkudakan ahli-ahli Perkasa dan Ahli Umno termasuk Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad untuk menunjukkan bahawa beliau merupakan jaguh menjaga ketuanan Melayu wal hal pelbagai gelaran dan istilah yang telah dianugerahkan kepada beliau (dengan kebanyakan istilah tersebut merujuk kepada sejenis reptilia) menunjukkan kelayakkan sebenar pemimpin ini. Apa pun agak memelikkan bilamana masih ada orang yang mahu mengangkatnya sebagai pemimpin dikalangan mereka.

"Jika Brahim Ali punya gelaran tertentu, Apakah gelaran terbaik untuk pengikut-pengikunya pula?"

"Jika kepala macam ini, ekor bagaimana"

2 comments:

  1. bukan reptilia YB, tapi amfibia... sang pemanggil hujan...

    ReplyDelete
  2. maulana,
    kalau ketua katak pengikut berudu la..sapa lagi.

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini