11 October 2010

Jangan kejam sangat

1. Hanya untuk mendapatkan pulangan RM6000 untuk bahagian atas rumah kedai di Pekan Galas sitamak haloba ini diberitakan sanggup memberi notis 24 jam pindah kepada penyewa perempuan yang membayarnya RM70 seorang sebelum ini. Tak cukup dengan air juga dipotong bagi memastika penyewa sekarang meninggalkan premis tersebut.

2. Jika anda mewakili PAS yang diamanahkan untuk mencari bangunan untuk disewa bagi kegunaan PRK ini, pastikan anda membuat homework terlebih dahulu sebelum deal dengan penyewa tamak haloba macam ni.

3. Saya setuju bila seorang Pengarah Pilihanraya dari sebuah negeri mencadangkan, jika terlalu sukar untuk mendapatkan bangunan untuk disewa disebabkan sewa nya terlalu tinggi, beliau mencadangkan agar didirikan khemah berhampiran Sungai Gua Musang (kerana airnya jernih dan bersih) dan petugas selesa untuk mandi manda selepas selesai bertugas. Cuma dok fikir tandas je macam mana?

4. Adalah dijangkakan jumlah petugas dari luar akan melebihi pengundi sendiri di Galas dalam PRK kali ini.

4 comments:

  1. Cuma dok fikir tandas je macam mana?

    khemahkan jugak.... :-)

    ReplyDelete
  2. Tandas? pilih salah satu: Nak korek kambus atau bungkus.

    Itu alternatif je.... bina khemah di hadapan markas, rumah ahli PAS... sudah pasti ada keperluan asas.... berilah saguhati pada mereka... insyaAllah mereka akan setuju. Tapi kempen di Kelantan berbeza dari negeri-negeri lain...halus kaedahnya... jadi jangan terkejut jika kita hanya disuruh membaca surah al Quran je.

    ReplyDelete
  3. Insya4JJI, mohon Allah permudahkan segala urusan. Tmpt penginapan tidak menjadi soal. Jika perlu masing-masing bwa spare khemah

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini