02 October 2010

Satu lagi tamparan buat Muhyiddin di Galas

Berita dari Bernama yang menyatakan bahawa Ku Li belum menyatakan kesanggupan untuk menjadi Pengarah Jentera Pilihanraya kecil Galas membuktikan bahawa Umno semakin tidak bersedia untuk menghadapi PRK tersebut.

Secara logiknya memang sepatutnya Ku Li tidak menerima jawatan tersebut memandangkan Ku Li dilihat lebih selesa berada di pentas Pakatan Rakyat khususnya dalam memperjuangkan kepentingan rakyat Kelantan. Jawatan tersebut juga sebenarnya merupakan rasuah politik TPM kepada Ku Li. TPM mahukan Ku Li menyerang PAS dalam kempen nanti disamping menekan Ku Li agar menukar pendirian 180 darjah berhubung tuntutan royalti oleh rakyat Kelantan dimana Ku Li mengetuai kaukus tersebut.

Selain itu jika Ku Li menerima jawatan tersebut ia sebenarnya cuba dikambing hitamkan oleh UBN untuk membunuh karier politiknya kerana mereka melihat peluang untuk memenang PRK tersebut kini menjadi semakin tipis kesan dari kemarahan rakyat Kelantan berhubung isu royalti. PRK ini akan menjadi peluang terbaik buat pengundi Galas yang mewakili Rakyat Kelantan menunjukkan kemarahan terhadap sikap buruk PM dan Umno.

Jika ini berlaku orang yang paling selamat ialah TPM Muhyiddin Yassin yang secara tradisinya sepatutnya menjadi Pengarah Jentera ini dan juga Ketua Perhubungan Umno Kelantan Dato Mustapha Mohammad.

2 comments:

  1. mengapa tak muhyidin sendiri jadi calun?. kalau dak pun awang adek ke, mustafa ke, anwar musa ke atau yang sebaiknya najib sendiri. kita tengok boleh menang ke dia ni.

    ReplyDelete
  2. bukan orang2 tulah, nazri yang paling layak. orang sanggup mendabik dada, anak jantan.

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini