Apa nak hairankan bahawa Umno memang parti paling teruk dalam dunia. Presidennya mengaku dalam ucapan penggulangan petang ini bahawa dalam Umno ada kumpulan Lanun.
"Bincang dengan Jawa, Turki dan lanun semua apa formula terbaik," katanya merujuk kepada ketiga-tiga naib presiden - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Shafie Apdal.
Bagi menghadapai pilihan raya umum akan datang, Najib berjanji akan membuat perubahan kepimpinan parti itu di peringkat tertentu dan yang bahayanya beliau akan berbincang dulu dengan kumpulan lanun bagi menentukan hala tuju parti. Selain kumpulan ni yang lain dalam Umno tu semuanya UmNGOK dan tidak mendapat kepercayaandari Najib.
Sebelum itu dalam ucaptamanya beliau berkata akan mempertahan dengan apa cara pun Putrajaya yang bermaksud hingga ketitisan darah dari Pakatan Rakyat.
"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" kata Najib
"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" kata Najib
Takutnya beliau Putrajaya jatuh ke PR lalu akan menggunakan idea dari lanun pula bagi mempertahankannya.
pertahan putrajaya dengan nyawa adalah iktikad yang salah. pertahan nyawa kerana Allah yang dituntut. iktikad sebegini merupakan amalan syirik. kalau ini dijadikan amalan maka tempatnya di neraka.
ReplyDeleteNajib dan Lanun-lanun UMNO kena faham.Kuasa yang ada ditangan hampa tu, Allah yang beri.Al-Quran ada menyebut" Allah yang memberikan kuasa dan Allah boleh menarik kuasa tu bila-bila masa".Kalau Allah SWT menarik kembali kuasa yang ada pada UMNO,titisan darah dari lanun-lanun dan balaci-balaci UMNO tidak akan mendatangkan sebarang kesan.Ada baca dan faham Al Quran?
ReplyDeleteSeorang pejuang 'bangsa' sanggupkah berkecai tulang dari badan, bercerai jasad dari nyawa... sejarah tidak pernah menemukannya. Hanya pejuang Islam tulin mampu lakukan. Roh perjuanagan 'bangsa' tak akan ke mana-mana...
ReplyDelete