12 October 2010

Petanda kegelapan masa depan Rosmah

1. Nampaknya Persidangan Pertama Wanita Pertama Dunia menjadi kenyataan dan kegembiraan yang teramat sangat sehingga tidak boleh digambarkan oleh seluruh rakyat Malaysia yang menyokong UBN dalam PRU12 yang lalu.

2. Datin Rosmah isteri PM Najib yang mengaku dirinya sebagai Wanita Pertama Malaysia begitu teruja dengan kehadiran begitu ramai deligasi dari seluruh dunia khususnya dari Afrika. Kenapa Afrika?

3. Antara negara yang menghantar wanita pertama mereka adalah Albania, Congo, Gambia, Ghana, Jamaica, Kiribati, Laos, Mali, Mauritius, Mozambique, Nigeria, Paraguay, Seychelles, Sierra Leone, Sri Lanka dan Zambia.

4. Bagi Teng Chiang Kim, Speaker DUN Selangor berkata sidang ini lebih sesuai dinamakan 'Sidang wanita Pertama Afrika'

5. Bagi mewakili Asia isteri Tok Najib juga amat gembira dan berbesar hati walau pun hanya Laos yang menghantar wakil, manakala yang lain semuanya boikot sebab menghormati Raja Permaisuri Agong sebagai Wanita Pertama negara penganjur.

6. Apa pun tahniah kepada Isteri kesayangan Tok Najib yang berjaya menghabiskan RM1.5 juta wang rakyat untuk iklan di New York bagi program yang sangat berjaya ini.

7. Apakah ini suatu petanda akan gelapnya masa depan Rosmah, Najib, Umno dan BN selepas PRU 13 nanti .... wallahuaklam.

2 comments:

  1. YB Ahli Parlimen Kota Raja,

    Parlimen sedang bersidang sekarang.Harap YB tanyakan dalam sidang,atas dasar(kuasa) apa isteri PM boleh gunakan wang rakyat untuk kerja-kerja yang membazir.Wang kerajaan,wang rakyat bukan boleh digunakan sewenang-wenangnya ikut nafsu-nafsi isteri PM.Apatah lagi sekadar untuk mendapatkan publicity murah.

    ReplyDelete
  2. Orang Malaysia jer yang suka iklan diri sendiri dalam paper. Tu yang kat New York tu kan iklan orang Malaysia

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini