24 March 2012

Berita tidak resmi

Berita dibawah dipetik dari sumber tidak resmi PAS. Apa yang dikatakan oleh TGHH belum keluar dan diulas oleh harakahdaily.


Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menutup pintu untuk cadangan bukan Muslim dibenarkan memegang jawatan tertinggi dalam PAS kerana perkara itu jelasnya bertentangan dengan perlembagaan parti.


“Tidak masuk akal untuk bukan Muslim memegang jawatan Timbalan Naib Presiden PAS kerana ini negara Islam.
“Dalam negara komunis, ada bukan Komunis dilantik menjadi ketua? Mereka (bukan Muslim) tidak boleh dilantik mengisi jawatan tertinggi dan ini pegangan kita,” kata Presiden PAS itu dipetik News Straits Times hari ini.
Namun begitu, beliau menambah bukan Muslim di dalam parti komponen Pakatan Rakyat (PR) boleh memegang jawatan menteri sekiranya pembangkang menguasai Putrajaya.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali sebelum ini berkata kenyataan Dzulkefly itu hanya bersifat teori dan sukar dilaksanakan berdasarkan keadaan semasa.
“Saya rasakan PAS harus kekalkan apa yang ada sekarang. Sekiranya bukan Muslim berminat, mereka boleh mengemukakan cadangan melalui sayap parti,” katanya dipetik Sinar Online.
Bagaimanapun, Mustafa menambah walaupun perlembagaan parti melarang bukan Muslim memimpin parti, beliau tidak memberi jaminan sekiranya berlaku perkara itu di masa hadapan.

1 comment:

  1. YB. Rasmi bukan resmi. Satu lagi hati2 gunakan di. Sekarang dah jadi kacau bilau jadinya.

    ReplyDelete

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini