Semakin hari, semakin dekat demam pilihanraya keadaan di kem Umno tidak begitu membanggakan. Pelbagai cara dan kaedah telah digunakan oleh DS Najib dan penasihat-penasihatnya bagi memenangi hati rakyat, namun kelihatan kerja-kerja tersebut lebih merupakan kerja sia-sia.
Hari ini kebencian rakyat kepada Umno dilihat semakin membuak-buak oleh ahlinya walau pun dari seorang yang merupakan Bekas Menteri Kabinet yang telah berjuang dalam Umno begitu lama dan memegang pelbagai jawatan dalam parti dan kerajaan.
Sekali pun Umno dilihat begitu sebati dengan kehidupan Bekas Menteri ini namun bila beliau mengimbau kembali salah dan silap Umno yang pelbagai dan penindasan terhadap rakyat tanpa belas kasian, akhirnya dia memuntahkan kembali kekotoran tersebut dengan membuang parti tersebut dalam kehidupannya.
Dalam usia 73 tindakan Dato ini amatlah dipuji dan patut diikuti oleh ramai lagi bekas-bekas Menteri, kakitangan kerajaan dan sebagainya.
Pada yang lain apa yang patut anda lakukan ialah dengan cara bermuhasabah diri dan mengingati kisah-kisah lampau bersama Umno dan Barisan Nasional. Nikmat perjuangan sebenar hanya ada diluar kotak Umno.
Syabas Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir kerana keluar Umno. Semoga anda bersama Rakyat Malaysia memperjuangkan HAK RAKYAT!!
No comments:
Post a Comment