Pilihan Raya Umum Ke-13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi dijangka menjadi antara pilihan raya paling sengit dalam sejarah negara.
Anda, bermula dari sekarang kena bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi Pilihanraya kali ini yang akan diadakan bila-bila masa dari sekarang.
Ketidak sediaan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional dari menerima kekalahan dalam pilihnaraya nanti membuatkan mereka tidak tentu arah dan melakukan apa saja bagi sekurang-kurangnya mempertahankan kemenangan sedia ada walau pun dalam diri masing-masing telah merasa tidak selamat lagi.
Umno melakukan apa saja bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka masih steady dengan menyeluarkan kajian entah betul entah tidak bahawa kononnya kelebihan masih berpihak kepada Barisan Nasional (BN) berdasarkan situasi semasa serta populariti yang dimiliki oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Agak menghairankan kajian pelik ini kerana dalam keadaan kononnya DS Najib semakin popular dan UBN yang kononnya terus mendapat sokongan yang meningkat tetapi ahli-ahli dilatih menjadi ahli yang tidak bermoral dan rosak akhlaknya sehingga sanggup memulakan peperangan bagi menakut-nakutkan penyokong Pakatan Rakyat yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Pantang ada program penerangan isu-isu semasa oleh Pakatan Rakyat maka ahli-ahli Umno akan diarah untuk menganggu setiap majlis tersebut.
Alahai Umno, anda silap dalam membaca dan menilai kekuatan mental ahli dan penyokong kami, anda boleh fikir apa saja tentang kami, anda boleh meneruskan agenda kejahatan anda, anda boleh kembali berperangai seperti Umno tahun 60an, anda boleh berfikiran seperti presiden anda yang berkata "Kita akan pertahankan Putrajaya hingga ketitisan darah yang terakhir"
Tapi anda juga kena ingat bahawa rakyat yang semakin hari semakin meluat dengan perangai dan telatah anda yang tidak matang berpoltik ini mahukan kami menakluki Putrajaya. Mereka akan buktikan kata-kata ini dalam Pilihan Raya Umum ke 13 .... Selamat tinggal Umno dan Barisan Nasional.
No comments:
Post a Comment