17 March 2012

Najib kata : Rakyat jawab

Najib kata

Sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab adalah kerajaan yang menghabiskan wang negara, dan pada masa menambah hutang negara semata-mata untuk meraih sokongan rakyat, katanya.
    
"Sudah nak dekat pilihan raya, kita baru nak beri bantuan semata-mata nak dapatkan undi tanpa uruskan ekonomi negara dengan baik. Itu namanya kerajaan tidak bertanggungjawab dan tidak fikir masa depan negara," kata Najib di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Changkat Beruas sebentar tadi.

Rakyat diingatkan supaya tidak menggadai masa depan mereka dengan terpengaruh kepada pelbagai dakwaan, tohmahan dan janji pembangkang kerana telah terbukti selama ini kerajaan BN dapat memastikan kesejahteraan negara dan rakyat terpelihara.

Jawab rakyat 

Adakah Umno bertanggung jawab sepenuhnya kepada rakyat? Mana keadilan dalam pemerintahan UBN? Kami yang susah semakin papa kedana, kamu dan kunco-kunco kamu bersenang lenang makan duit rakyat. Cukuplah, rakyat sudah lebih 50 tahun ditipu oleh Umno dan Barisan Nasional. Kami kata cukuplah kamu membohongi kami. Bagi negeri di bawah Pakatan Rakyat kami semakin selesa dibawah pemerintahan yang telus, adil dan berkebajikan. Cuma ahli Umno yang kemaruk makan duit rakyat yang terasa payah dan sengsara kerana tak de projek mashuk.
Umno mati-matian nak minta tolong rakyat bila tersepit, tapi akan menjadi angkuh bila berada dipersada pemerintahan negara. Kita bersatu menolak Umno dalam PRU nanti untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini