Apa kecoh-kecoh nih, memekak je ....sejak semalam tak habis-habis semua bloggers pro-umno marah kepada Dato Farid Ridzuan. Farid Ridzuan ni memang orang pandai ... maaf cakaplah tapi dia memang lebih pandailah dari sesetengah bloggers umno sekarang ni ... itu bukan saya cakap tapi dari gaya dia cakap lebih kurang maknanya bloggers pro-umno ni dikira bodohlah.
Itu sebab DS Rosmah dan DS Najib angkat dia jadi PMO,
Dari segi pandangan ramai pada ketika ini terbahagi dua - satu tak setuju kata bloggers umno bodoh dan yang pihak lagi setuju bebenor (kata orang Perak) dengan kenyataan yang dibuat oleh Farid ni.
Penulis malas nak masuk campur dalam urusan bloggers-blogers upahan umporno melawan Farid Ridzuan ni. Lantak hangpa lah ... bergaduhlah sesama sendiri semahu-mahunya ... teruskan lagi setiap hari pun bagus juga.
Cuma sebagai rakan bloggers yang berlainan pandangan dan tujuan ni .... nak nasihat sikit .... hangpa tu gempak aje naj lawan Farid ... dia kan orang PM ... hangpa siapa .... kang tak de orang nak bayar duit upahan saper pulak yang rugi .....
Bukan setakat nak tahu lebih lanjut...tapi kena tahu lebih lanjut baca artikel dibawah ini..APA agenda sebenar yang Farid Redzuan sedang rancangkan hingga begitu sekali beliau dikatakan mempertikaikan peranan yang dimainkan oleh bloger yang pro UMNO dan juga kerajaan sehingga tanpa segan silu `menyerang’ kerja-kerja pemain di ruang maya ini dan menyelar kononnya bloger-bloger pro kerajaan dan UMNO ini sebagai bodoh dalam menangani sesuatu isu?
Beliau sedar atau tidak betapa seksa dan sengsaranya bloger pro UMNO dan kerajaan bertungkus lumus mempertahankan parti serta kerajaan yang difitnah oleh pembangkang sedangkan dalam masa yang sama tidak ramai pemimpin,Menteri,Timbalan Menteri dan juga pegawai-pegawai Pejabat Perdana Menteri turut sama seiring dan sederap bersama bloger mempertahankannya hingga ada dari kalangan bloger tersilapa arah hingga menyerang sesama sendiri?
Farid Redzuan sedar atau tidak hingga ada blogger dan juga pemain media baru berdepan dengan tindakan saman pihak pembangkang walaupun mereka memperkatakan yang benar dan apa bantuan yang kumpulan dari Pejabat Perdana Menteri berika?.Nasib mereka jarang dibela tetapi demi mempertahankan kerajaan dan juga bangsa,agama dan negara,mereka ini sanggup menelan segala risikonya.Mereka terus berjuang walaupun yang berjawatan kenyang dengan gaji besar serta jawatan yang tinggi.
apa maksud perenggan di bawah itu macam pembangkang jahat saja teramsuklah Puan ye. demi memeprrtahankan kerajaan bangsa, agama dan negara,Inna ra?
ReplyDeleteanon 4.54am
Deletehang baca dari sini .... ini petikan artikal dari pelbagai bloggers pro-umno ... bukan puan ni yg tulis ....
Bukan setakat nak tahu lebih lanjut...tapi kena tahu lebih lanjut baca artikel dibawah ini ....