Hasan beras Jati ni memang dah jadi macam orang gila talak 3 bila dah kena buang padang sebulan lalu. Cakap bukan main merapu, sesuailah bila ada orang kata selain gila talak dia ni disampuk gila meroyan pula.
Kenyataannya yang disiarkan oleh Malaysiakini sebentar tadi menguatkan dakwaan bahawa HA kini menjadi orang yang sudah tidak betul dan perasannya menjadi-jadi. Hari ni dia nak lawan takdir kuasa Allah pulak. Ada ke dia kata punya lah hebatnya dia dalam PAS sehingga pemecatannya menjadi faktor utama kekalahan PAS dalam PRU 13 akan datang. Ni cakap orang ada masaalah pengetahuan agama ni ... orang macam ni tak layak langsung nak pegang jawatan Timbalan Pengerusi MAIS sepatutnya.
Bekas Pesuruhjaya PAS Datuk Hasan Ali hari ini mendakwa pemecatannya sebagai anggota PAS akan menjadi sebahagian daripada faktor yang menyebabkan kekalahan parti itu pada pilihan raya umum akan datang.
Katanya, faktor pemecatannya masih relevan dan akan menyebabkan "kekalahan teruk" PAS di samping pendirian Pakatan Rakyat terhadap isu-isu lain seperti Palestin-Israel dan masalah Kristianisasi.
"Dan isu-isu lain, termasuk pemecatan Hasan Ali masih relevan dan saya nampak ribuan tanya saya, yang disampaikan dengan begitu baik," katanya yang menampakkan sangat kebodohan dalam menafsirkan sesuatu isu.
La dok p layan lagi orang dah tak jadi tiga suku ni dulu tiga suku la tapi la ni dak penuh suku kerana dia dah dapat mandat gila suku nak jadi menteri jadi kena buat cerita konon orang ramai banyak dok tanya soalan kat dia pasai apa dia kena tendang keluaq dari PAS ,aku tengok yang p dengaq dia becakap banyak kerusi dari orang ,kita tengoklah nanti dia nak p kot mana .
ReplyDeletePesan saya kepada DHA: berisytigfar banyak-banyak Datuk. Lawan nasfu yang memesongkan perjuangan Datuk. Sekarang ni Datuk tak ubah macam orang UMNO..meroyan macam mabuk todi...
ReplyDeleteitu kata hasan jati.... dia tau ke kerana pemecatapya pas menang basar pru13.. pada teorinya ya... pejuang yg tidak ikhlas dan ada personal interest adalah libiliti pada pas... malah kalau jadi anai2 ..itu labih teruk... bila libiliti dilepaskan pasti peluang semakin cerah.... Hasan Jati akan berhenti berkokok bila tiba masanya... Tun M dan Tun B bekas PM pun la ni dah tak popular... masakan orang kena sack akan kekal kepopularannya.... sejarah dah tunjuk apa jadi dengan Hasan2 yang sebelum ni ... akhirnya sunyi sepi dan balik kampung tanam jagung.... lebih baik duduk mesjid pegang tasbih la...... moralnya..jadilah pejuang yang ikhls kerana Allah.....ab-mt
ReplyDelete