02 August 2010

Menteri: Pemuda Umno usah berkokok

Cadangan Pergerakan Pemuda Umno supaya kerajaan turut membenarkan pensyarah dan mahasiswa melibatkan diri dalam politik seperti yang diberikan kepada guru perlu dipertimbangkan secara mendalam.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata universiti dijadikan sebagai gelanggang politik dikhuatiri akan menimbulkan pelbagai masalah pada masa akan datang.

"Proses mempengaruh akan berlaku sekiranya universiti itu dijadikan gelanggang politik. Walaupun cadangan itu disertakan dengan syarat iaitu pensyarah perlu beri perhatian mengajar dan pelajar beri perhatian untuk belajar, namun, tetap akan menimbulkan masalah," katanya pada majlis penyampaian hadiah golf amal anjuran Majlis Kebajikan dan Pembangunan Penyayang (Mayang) Parlimen Pasir Gudang, di Johor Bharu, hari ini. Semalam, Pergerakan Pemuda Umno mencadangkan supaya kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bagi membolehkan golongan mahasiswa untuk aktif berpolitik.


Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata langkah itu boleh melahirkan barisan pemimpin politik yang terbaik. Mohamed Khaled yang juga anggota Parlimen Pasir Gudang berkata pensyarah yang mempunyai pegangan politik akan berusaha sedaya upaya supaya pemikiran dan pendiriannya menjadi ikutan dan disokong semua pihak.

"Kalau kita benarkan pelajar berpolitik dalam universiti, pensyarah pun hendak berpolitik juga. Kalau kita benarkan kedua-duanya berpolitik, bayangkan kalau pelajar itu orang Umno dan pensyarahnya pula daripada Pas, apabila tidak lulus dia akan salahkan pensyarah.  Macam-macam boleh timbul," katanya.

Comment: Khairy kene berkokok kuat lagi. Pensyarah ni orang bijak pandai, tak kan tak boleh nak beza yang hak (PAS) dan yang batil (UMNO).

1 comment:

  1. Betul juga. PENSYARAH YANG LEBIH BIJAK. KHAIRY TAK BOLEH BERKOKOK LAGI SEBAB TUN M TAK NAK DENGAR KOKOK DIA. ITU FASAL TOK JIB KURUNG AJE DALAM SANGKAR. TAPI DALAM SANGKAR PUN KOKOK JUA. CUMA BEZANYA, KOKOK DIA DAH TAK LAMA. SAMPAI RAYA, TARIK KELUAR DARI REBAN, SEMBELIH BUAT RENDANG.

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini