15 August 2010

Unit Penerangan Negeri Selangor lemah ... DSAI

Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa unit Penerangan Negeri Selangor masih lemah dan perlu dibuat penambahbaikan supaya segala maklumat dan penjelasan mengenai agenda Kerajaan Negeri dapat disalurkan kepada masyarakat secara berkesan.

Menurutnya, kelemahan itu jelas kelihatan apabila segala agenda yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri tidak semuanya sampai kepada masyarakat di peringkat akar umbi kerana kekurangan ruang di media arus perdana.

“Unit Penerangan Negeri Selangor perlu bekerja keras untuk menyampaikan maklumat mengenai apa yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri supaya semua masyarakat pelbagai peringkat di negeri ini tahu mengenainya.

“Dalam lawatan saya ke Hulu Selangor, saya mendapati kebanyakan masyarakat di sana tidak mengetahui perkara yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri seperti pemberian air percuma, Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) dan Skim Mesra Usia Emas (SMUE),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan salah seorang peserta pada Seminar Ekonomi Perspektif Muda bertempat di Dewan Bankuet MBSA, dekat sini, semalam.

Menurutnya, jentera penerangan di negeri ini perlu berusaha dan bekerja lebih keras untuk memastikan agenda yang dibuat untuk rakyat dapat disampaikan dengan telus kepada rakyat Selangor.

Sebelum ini. Kerajaan Negeri menyediakan peruntukkan RM15 juta untuk menyebar maklumat dengan lebih tepat dan rakyat mengenai pelbagai bantuan yang diberikan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, langkah itu bertujuan mempertingkatkan pemahaman rakyat terhadap dasar- dasar dan program negeri.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini