10 May 2012

13 Mei ; Sambutan Hari Perpaduan di Tol Bt. 3 & Sg Rasau.


SHAH ALAM: Pakatan Rakyat Selangor mahu menjadikan 13 Mei ini sebagai "tarikh perpaduan" pelbagai kaum dan agama dengan menganjurkan perhimpunan bersama menuntut pemansuhan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau.

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, sebelum ini tarikh tersebut diperingati sebagai "hari perkauman dan perpecahan" rakyat di negara ini.

"Sehubungan itu kita nak ingatkan (tarikh itu) sebagai hari perpaduan dan kesatuan rakyat iaitu kita menuntut supaya tol tersebut dimansuhkan," tambahnya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Bercakap dalam sidang media di Shah Alam hari ini, Khalid berkata pemansuhan tol itu merupakan janji Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008 dan pihaknya bertujuan memberikan tekanan kepada pusat bagi memansuhkannnya.

Katanya, sudah sampai masanya kerajaan menamatkan konsesi syarikat yang terlibat kerana mendakwanya "tol yang terlama dan pulangan pelaburan yang cukup sedikit telah dinikmati oleh syarikat konsesi berkenaan".

Menurut Khalid, pihaknya mahu membuat perhimpunan aman dan tidak bertujuan untuk menganggu lalu lintas di kedua-dua tol tersebut.

Ia akan berlangsung selama sejam bermula jam 2 petang di kedua-dua tol tersebut yang dijangka dihadiri kira-kira dua hingga tiga ribu orang.

Katanya, peserta yang hadir dikehendaki berhimpun di sepanjang jalan dari kedua-dua arah dan meletakkan kereta di kawasan 'Rehat dan Rawat' yang berdekatan bagi mengelakkan kesesakan dan mengganggu lalulintas.

Beliau juga berharap pihak keselamatan  dapat mengawal keadaan di situ sepanjang perhimpunan berlangsung.

Katanya, sejak mula tol tersebut dibina pada lewat tahun 1980-an, beliau antara pemimpin yang ditahan kerana membantah pembinaan tol tersebut.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini