06 May 2012

Backfire : Lapuran yang memburukkan negara sendiri

Semua orang boleh keluarkan lapuran dan membuat andaian .... tapi pastikan juga lapuran yang dikeluarkan itu munasab dan berasas. Ini penting bagi memastikan kita yang begitu mengakui seorang nasionalis akhirnya tidak terjebak dan membenarkan masyarakat antarabangsa meneropong negara kita dan mengambil berita dari pencacai dan sudut yang salah dan tidak baik.

Umum telah mengetahui bahawa Himpunan yang dimaksudkan adalah atas kerelaan dan kehendak rakyat. Penganjur mana yang mampu untuk mengadakan himpunan tersebut tanpa restu dan sokongan padu rakyat Malaysia yang merentasi sempadan kaum dan agama. Bersama dalam himpunan tersebut tidak pernah terbayang akan mendapat sokongan luar biasa selepasa media perdana tidak memberi promosi serta cabaran seperti 2 himpunan bersih sebelum ini.

Tindakan Najib dan Umno yang cuba menyaingi kekuatan dan kekentalan rakyat untuk menuntut pilihanraya yang bersih, adil dan telus sudah pasti akan gagal kerana matlamat himpunan tersebut hanya untuk menunjuk-nunjuk dan bermain wayang sahaja. Penulis menganggap Himpunan Raksaksa Umno yang kononnya akan diadakan pada petang hari jumaat ini di  Stadium Bukit Jalil pasti GAGAL kerana 1Malaysia pasti tidak diterjemahkan dalam perhimpunan tersebut kerana yang hadir nanti hanyalah muka-muka Melayu dan muka mirip melayu sahaja. Malahan yang hadir sudah pasti diangkut dengan ribuan bas dan dibayar duit poket.

Bagi anak muda pula mereka sudah pasti datang bila di offer dengan minyak penuh tangki, RM50.00, t-shirt, skaf ikat kepala dan makan minum FOC. Ini style Umno sejak azali memperalatkan rakyat untuk kepentingan peribadi.

Sementara itu tindakan 3 orang bekas ketua polis negara menyeru supaya pasukan berkenaan mengambil tindakan tegas ke atas penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 yang didakwa mahu menawan Dataran Merdeka dan mengguling kerajaan, dalam lapuran Berita Minggu dilihat sengaja cuba memburuk-buruk rakyat dinegara sendiri. Mengeluarkan kenyataan seperti ini hanya akan memburukkan keadaan dan sengaja menuang minyak didalam api.

Sepatutnya pihak kerajaan perlu bijak menangani situasi sebegini supaya keadaan menjadi tenang dan reda, sebaliknya tindakan-tindakan yang dibuat oleh machai-machai DS Najib lebih menguntungkan PR.

Secara jujur, Najib bakal gugur kerana kesilapan dan keangkohan orang-orang dibawahnya yang kononnya memberikan sokongan padu tetapi sebenarnya ... Sokong bawa rebah.

Laporan berkenaan memetik kenyataan Tan Sri Rahim Noor, Tan Sri Musa Hassan dan Tun Haniff Omar yang bimbang perhimpunan tersebut diadakan untuk mencetus anarki dan keadaan darurat.

Untuk maklumat anda ber3 dan Mahathir Bersih 3.0 hanyalah untuk memastikan Daftar Pemilih SPR betul-betul bersih dari sebarang penipuan menjelang PRU 13 .... itu saja ... yang hang merapu pi ketempat lain apa hal ... nasib baik lah dah jadi mantan ... buat malu negara aje.

Secara jujurnya lapuran yang dibuat memang salah dan menyimpang dari tujuan penganjur. Anda boleh kata apa saja .... tetapi anda juga sedia maklum bahawa ini Malaysia dan anda sendiri sebagai rakyat tentu maklum  bahawa rakyat Malaysia tidak akan pergi sejauh itu ... menyamakan tindakan dan sikap rakyat negara lain dengan rakyat dinegara sendiri adalah satu tindakan terdesak oleh pihak-pihak yang bakal rebah dalam PRU13 akan datang.... wallahuaklam.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini