09 August 2012

Dari 5% ke 20%

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan kerajaan tidak perlu mewujudkan jawatankuasa khas bagi mengkaji pemberian royalti minyak, sebaliknya Putrajaya perlu memberikan royalti secara tunai kepada negeri-negeri terlibat berdasarkan peruntukan dalam Akta Petroleum 1974.
Anwar Ibrahim: PR akan agihkan 20 peratus royalti petroleum kepada negeri-negeri berkenaan. — Foto fail
Jelas Anwar, berdasarkan akta berkenaan cukup jelas kerajaan tidak boleh menafikan hak rakyat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak berhubung royalti minyak dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jelas beliau diharapkan untuk tidak berlengah dan berdalih, sebaliknya menyegerakan pemberian royalti tersebut.
“Pusat juga tidak berhak untuk campurtangan ... langkah PM campurtangan itu tak kena,” kata Ketua Umum PKR itu lagi.
“Pendirian PR jelas, seperti mana Buku Jingga, kita akan agihkan 20 peratus royalti petroleum kepada negeri-negeri berkenaan.”
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, pula menegaskan tindakan Najib mengumumkan membentuk jawatankuasa berkenaan juga bukanlah satu cara yang ikhlas.
“Ini bukanlah cara yang ikhlas,” tegas Husam kepada pemberita. “Mereka beri enam bulan tempoh kajian dan 80 hari untuk kabinet menentukan keputusan.
“Kalau PR kuasai Putrajaya, tempoh bayaran itu boleh dibuat lebih cepat.”
Putrajaya awal Ogos lalu membayangkan untuk memberikan pembayaran secara “adil” untuk royalti minyak bagi negeri-negeri seperti Pahang, Kelantan dan Terengganu, dalam pertikaian berhubung perkara itu yang berkemungkinan akan dijadikan sebagai isu utama dalam kempen untuk pilihan raya akan datang.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dalam tempoh enam bulan sebelum mengemukakan cadangan kepada kerajaan persekutuan.
Malah, Husam turut berpendapat Putrajaya juga tidak seharusnya melengah-lengahkan isu pembayaran royalti tersebut yang menurutnya berdasarkan Akta Petroleum.
Petronas perlu membayarnya dalam bentuk tunai sebanyak dua kali setahun.
“Kami berharap rakyat Kelantan boleh terima PR ...  jawatakuasa yang dipilih perlu meletakkan dua objektif — pertama, kaji negeri pantai timur yang layak terima royalti, dan kedua kajian tentang kaedah pembayaran royalti berkenaan.
“Bagaimanapun, saya rasa objektif kedua itu tidak perlu, akta itu sudah menyatakan ia perlu dibayuar secara tunai,” tambahnya.

1 comment:

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini