Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu, dengan membangunkan sebuah negara Islam.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno amat mengalukan-alukan penyertaan Pas dalam parti itu jika ia berpisah dari Pakatan Rakyat (PR).
Beliau berkata, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam.
“Sebelum itu, kita harus pastikan hudud yang akan dilaksanakan adalah bukan hudud Pas, sebaliknya hukum hudud yang ditetapkan oleh agama Islam.
“Pas harus keluar dari PR secepat mungkin kerana mereka saling berpelukan dengan orang kafir yang secara nyata menolak hudud,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis sumbangan dan berbuka puasa peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Ayer Hitam, di Masjid Pekan Jerlun, di sini, semalam.
Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan PR dan menetapkan pendirian sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.
“Apabila Pas meninggalkan PR yang disertai parti bukan Islam, baru mereka boleh meneruskan perjuangannya yang didokong selama ini.
“Selagi Pas bersama parti yang tidak mengakui Islam adalah agama unggul, hukum hudud tidak dapat di laksanakan,” katanya.
Menurutnya, dunia mengiktiraf Malaysia adalah sebuah negara Islam tetapi ia tidak dapat melaksanakan hudud kerana Malaysia mempunyai kehidupan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.
“Umno akan mewujudkan sebuah negara Islam yang lengkap jika Pas berbesar hati untuk menyertai Umno.... Sinar Harian
Baca lagi : http://drsitimariah.blogspot.com/2012/08/respon-saya-kpd-komen-di-fmt-ill-not.html
Baca lagi : http://drsitimariah.blogspot.com/2012/08/respon-saya-kpd-komen-di-fmt-ill-not.html
Assalamualaikum.... Saranan Che Det tu betoi ka? Kalo PAS keluar PR untuk join UMNO bagi melaksanakan hukum ISLAM sebenar, adakah UMNO sedia meninggalkan parti2 komponen bukan Islam dalam BN untuk bersama-sama berganding bahu melaksanakan Undang-Undang Syariah Islam sepenuh nya dan mengistiharkan Malaysia adalah Negara Islam sepenuhnya??
ReplyDeleteAlasan Che Det dan Umno untuk tidak melaksanakan Hudud dan menjadikan PAS sebagai kambing hitam.
DeleteSkrip terbaru Ust Nasa .....
siapa dia dalam kerajaan? sebagai pengerusi petronas pun dia sanggup 'memaksa' mas sain kontrak dengan syarikat petron milik anaknya.
ReplyDeletekejatuhan kesultanan melayu melaka dahulu adalah akibat mamak mendeliar. apakah sejarah akan berulang kembali?
apakah ada kepimpinan pas yang sanggup mempercayai tawaran mahathir ini? sedangkan semasa dia piem dahulu apa dia tak kata terhadap islam dan hudud. alih2 hari ini dia tawar ontuk melaksanakan hudud jika pas keluar dari pr dan bersama umno. saling tak tumpah dengan seruan nasharudin mat isa! kalau ada pemimpin pas yang mahu telan bulat2 tawaran mahathir ini, ingat kembali nasib petronas yang dia sebagai pengerusi terpaksa dikorbankan demi kepentingan anaknya.
entahlah jika mahathir juga "jambatan" penghubung umno dengan pas seperti nasha "jambatan" penghubung pas dengan umno. kedua2 belah pihak sudah siap "jambatan" masing2 dan pembinaannya sedang dalam proses dan akan bertangkup di tengah2...
pemimpin pas perlu sedar dan insaf dan tidak lupa kepada amanah almarhum ustaz fadhil kalau pun tak mahu ambil kisah tentang ucapan2 permusuhan terhadap islam/hudud/pas dari pemimpin2 umno khususnya mahathir sendiri. janganlah jadikan syawal sebagai alasan untuk menyiapkan jambatan!
1 lagi projek untuk memporak perandakan perancangan PAS dan Pakatan Rakyat untuk merampas Putrajaya dari UBN.
DeletePAS bukan Rais Yatim ..... TIPU rakyat kata bakar jambatan.
Kita tetap terus mara ke Putrajaya tanpa Umnuuuuuuuuuu
PRU 13 ... pastikan untuk PR.
Deletekedudukan 10 budak hitam pasti menjadi tumpuan...
DeleteTuan Hussin cok kongsikan citer dan senaraikan 10 budak black tu
Deleteadmin,
Deletesudah gaharu cendana pula...
ha3x
Deletehttp://misaimerah.blogspot.com/2012/08/nasa-cuba-perbodohkan-orang-pas.html
ReplyDeletePRU 13 semakin hampir. Jadi janganlah kita termakan dakyah yang dibuat oleh musuh PAS iaitu UMNONGOK DAN PEMIMPINNYA. Bagi umno dan pemimpin mereka sekarang cukup jelas...selagi PAS bersama DAP dalam PR selagi itu umno akan senak perut untuk menghadapi pru 13 ini. Jadi sekarang semua hulubalang umno termasuk yang dah lama pencen akan menyalak untuk membunuh PAS.
ReplyDeleteMain Wayang ....
ReplyDeletesehingga saat ini sebulat suara TOLAK penggabungan UMNUuuuu PAS - sorry che det
Delete