21 August 2012

Eidul Fitri bantu kempen PAS Kelantan

Kedatangan Aidilfitri pastinya dinanti-nantikan seluruh umat Islam; bagaimanapun bagi PAS Kelantan, manisnya mungkin berganda.

Ini kerana, sebagai parti pemerintah, mereka lebih berpeluang menganjurkan pelbagai program sambutan menjelang dan semasa Hari Raya, termasuk mendekati anak negeri yang berperantauan.Bagi pemerhati politik, keadaan ini amat menguntungkan, lebih-lebih lagi jika pilihan raya berlangsung tidak lama selepas hari raya Aidilfitri.

Dalam pilihan raya umum lalu, parti Islam itu berjaya bangkit daripada kemenangan tipis pada 2004 dengan meninggalkan BN hanya enam daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Sebuah lagi kerusi dimenangi sekutunya PKR.

Kejayaan itu dianggap pelbagai pihak ekoran kejayaan mereka mendekati golongan muda dan pengundi luar negeri Cik Siti Wan kembang itu.

"Setelah belajar daripada 2008, strategi ini mungkin digunakan kembali. Sebabnya, pengundi dalam negeri, di kampung-kampung dapat dicula dengan mudah. Siapa memang dan jumlah undinya sudah tahu.

"Tetapi ini tidak boleh dibuat terhadap pengundi yang baru pertama kali mengundi dan pengundi luar daripada Kelantan," kata penasihat eksekutif Ilham pusat tinjauan bebas Ilham Center Hisomuddin Bakar.

Hisomuddin berkata, golongan itu amat penting didekati kerana mewakili kira-kira 30 peratus daripada seluruh pengundi negeri itu.

Katanya, walaupun program sambutan perayaan hanya mampu menambahkan sokongan paling banyak sehingga 5 peratus, tetapi ia penting bagi PAS untuk mengekalkan sokongan sedia ada, sekitar 70 peratus daripada pengundi luar.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini